“Bestnya dapat invitation open house! Bolehlah jumpa kawan-kawan dan dapat makan macam-macam hidangan.
“Eh, tapi anak kecil saya ni susah nak behave! Segan pulak nanti macam-macam perangai cranky dia buat, malu dekat orang ramai.
“Patut pergi ke atau cakap je tak dapat datang? Tapi ruginya kalau tak dapat join open house tu.”
Mungkin ini antara kegusaran yang bermain di fikiran Mama dan Papa sekiranya anak anda adalah bayi yang sukar dikawal lebih-lebih lagi jika berada di tempat orang.
Dalam keghairahan Mama dan Papa nak bawa anak bertemu dan perkenalkan kepada rakan-rakan sekerja atau jiran tetangga pada majlis open house nanti, pastinya hati berbelah bahagi tatkala membayangkan mood si kecil yang kadang-kala susah nak dijangka.
Rasa macam malas nak fikir dan susahkan diri, jadi ada baiknya tak payah pergi.
“Mungkin sebaiknya duduk di rumah jer lah, nanti kalau bawa ke rumah orang anak ni nak berdukung sepanjang masa, merengek dan serba-serbi tak kena.”
Tapi sampai bila Mama dan Papa rasa anak beri alasan untuk elakkan daripada memenuhi undangan rumah terbuka rakan-rakan?
Perlu tunggu sampai anak dah faham arahan? Itu mungkin berlaku selepas usia menginjak tiga tahun. Lama tu, tak akan selama tiga tahun anda tak nak bawa anak ke mana-mana majlis yang ramai orang?
Hmm, apa kata Mama dan Papa cuba checklist yang Mama Siti nak kongsikan ini tentang preparation si kecil dalam majlis open house.
Mungkin ada antaranya yang berkesan dalam memastikan si kecil tenang sepanjang di majlis nanti.
Checklist Sebelum Bawa Anak Ke Open House
1. Pastikan Si Kecil Kenyang
Mama Siti akui bukan mudah nak baca mood seorang bayi. Adakalanya dia gembira dengan orang yang tak dikenali, tapi adakala dia buat perangai itu tak kena, ini tak nak.
Dalam memastikan bayi Mama dan Papa kekal behave, yang paling utama perlu diberi perhatian adalah perut si kecil tidak berasa lapar.
Jika Mama rasa susah untuk memberi makanan di rumah orang, kenyangkan perut mereka siap-siap di rumah atau di dalam kereta.
Ingat, elakkan mereka daripada berasa lapar kerana jika itu berlaku, memang tension Mama melayani perangai cranky mereka masa tu.
2. Bawa Barang Kegemaran Mereka
Setiap bayi tentunya ada barang yang mereka suka atau selesa. Jika si kecil Mama suka dengan teether comel yang selalu dibuat main, pastikan Mama tak lupa untuk bawa alatan berkenaan.
Jika anak Mama ada blanket favourite yang confirm buatkan dia tenang, wajiblah bawa sekali untuk pastikan baby selesa dapat pegang barang favourite mereka.
Kalau nak lebih selamat, standby dua atau tiga buah toys yang sesuai dan mudah dibawa untuk si kecil explore di open house nanti.
3. Diaper Bag Lengkap
Dalam memastikan barangan bayi semuanya cukup, jangan lupa untuk periksa diaper bag mereka bagi mengelakkan insiden kebocoran atau poo poo.
Adakalanya, diaper yang dipakai berpeluh pun buat bayi tak selesa.
4. Pakaian Yang Selesa
Pastikan pakaian si kecil sesuai dengan cuaca sekeliling. Jangan pentingkan fashion semata-mata Mama!
Cukup asalkan bersih dan cantik serta yang paling penting, selesa di tubuh mereka.
Jangan disebabkan nak ikut tema seperti contoh open house sempena Chinese New Year, Mama pakaikan bayi dengan baju cheong sam yang tebal dan panas.
Tambahan pula ketika itu cuaca memang panas, pasti si kecil akan merengek menangis sebab tak selesa. Jika perlu ikut tema sekalipun, cukup sekadar untuk sesi bergambar.
Kemudian, tukar semula dengan baju yang selesa serta sesuai dengan suhu persekitaran.
Pastikan Mama juga beli pakaian anak yang diperbuat daripada fabrik selesa, breathable dan sebagainya.
Sebab itulah penting untuk lengkapkan diaper bag mereka dengan kelengkapan bayi yang sesuai termasuklah pakaian ganti.
5. Sesuaikan Aktiviti Anak Sebelum Bawa Ke Jamuan
Dalam memastikan mood si kecil kekal tenang dan terkawal, pastikan Mama dan Papa tahu untuk susun atur jadual mereka sebelum bergerak ke jemputan.
Sebagai contoh jika bayi masih belum nap, cuba tidurkan mereka dua jam sebelum pergi ke majlis.
Contohnya Mama dan Papa nak keluar dari rumah pada pukul 7.30 malam, cuba untuk tidurkan bayi sekitar 5.30 petang atau sekiranya perjalanan jauh melebihi 30 minit, boleh tidurkan bayi di dalam kereta.
Jika bayi dah rasa puas tidur, tentu mood dia pun ceria. Jika anak dah puas nap dan terbangun pada jam 4 petang, elakkan pula membuat bayi terasa penat dan letih.
Kurangkan sebentar aktiviti rangsangan kerana risau jika anak dah terlalu penat, dia akan buat perangai untuk ketika di majlis sebab letih dan nak balik.
6. Elakkan Melangkaui Masa Tidur Si Kecil
Dalam keseronokan Mama dan Papa bertemu rakan-rakan, awasi masa tidur si kecil agar tidak menganggu waktu rehat mereka.
Jika bayi dah biasa masuk tidur seawal pukul 9 malam, pastikan Mama dan Papa tahu tempoh masa untuk berada di open house maximum adalah sehingga pukul 9.30 malam atau 10 malam bergantung pada keadaan si kecil.
Rancang untuk sampai di majlis pada pukul berapa sebelum pulang sekitar jam 9.30 malam nanti.
Jika anak dah mula merengek ketika waktu tidur, maka Mama dan Papa pun dah boleh prepare untuk tinggalkan majlis.
Ingat, jika bayi mengantuk, mood mereka sangat sukar dikawal.
7. Bawa Snack Baby-Friendly
Kalau anak Mama dah masuk usia enam bulan ke atas, masa ni bayi dah dibenarkan makan makanan yang lembut.
Jadi, dalam usaha mengelakkan anak boring dan buat perangai, selain membawa toys, Mama dan papa bolehlah bawa snack sesuai untuk baby.
Ia sebagai kudapan untuk mereka mengunyah dan memegang makanan.
At least mereka pun ada aktiviti ‘makan’ mereka sendiri.
Ia bukan sebagai main menu, tapi lebih kepada merangsang aktiviti sepanjang si kecil dalam open house untuk elakkan dia berasa bosan sekaligus menyelamatkan Mama dan Papa handle si kecil.
Good luck Mama dan Papa!
Pelbagai tips dan info tentang keibubapaan boleh rujuk di SINI tau Mama dan Papa!