KelabMama

Celik Literasi Jawi! Mudah je Sebenarnya Bahasa Ni

Jawi merupakan sebuah tulisan berbahasa melayu dan diambil dari tulisan arab dengan beberapa huruf tambahan. Seperti Bahasa Melayu, tulisan jawi juga bersifat dinamik dan mengalami perubahan mengikut dengan kesesuaian dan peredaran zaman.

Kredit gambar: Mari berdakwah

Asal usul bermulanya tulisan jawi di nusantara adalah pada abad ke-10 di tanah Melayu dengan kehadiran pedagang arab menyebarkan dakwah islamiyah di sini.

Sebelum tulisan jawi diaplikasikan dalam kalangan orang Melayu, mereka telah mempunyai sistem penulisan mereka tersendiri dan kemudiannya ditukarkan dengan tulisan jawi sebagai medium penulisan utama.

Malah, tulisan jawi tidak cuma digunakan oleh orang Melayu, malah pelbagai bangsa yang pernah tinggal di sini. Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa di Indo-China, Patani di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan juga lain-lain.

Begitulah secara ringkas sejarah perkembangan dan penggunaan penulisan jawi di nusantara satu ketika dahulu. Ianya merupakan salah satu khazanah dan seni yang amat perlu dibanggakan dan dipelajari rakyat Malaysia.

Bagi Mama Papa yang membesar dengan didikan orang-orang tua, mereka amat menegaskan pendidikan agama dan penulisan jawi adalah anatara yang ditekankan dalam pendidikan awal. Mama Siti nak kongsikan sedikit pengenalan kepada tulisan jawi.

Jawi Itu Mudah!

Huruf Jawi

Huruf Vokal

Vokal a = huruf ( ﺍ )
Vokal e = huruf ( ﻱ )
Vokal é – dinamakan e-taling = huruf ( ﻱ )
Vokal i = huruf ( ﻱ )
Vokal o = huruf ( ﻭ )
Vokal u = huruf ( ﻭ )

Huruf Konsonan

Huruf Konsonan Tambahan

Konsonan a’ = huruf ( ع )
Konsonan nga = huruf ( ڠ )
Konsonan nya = huruf ( ڽ )
Konsonan gha = huruf ( غ )
Konsonan dza = huruf ( ذ )
Konsonan tha = huruf ( ث )
Konsonan sya = huruf ( ش )
Konsonan sho = huruf ( ص )
Konsonan kha = huruf ( خ )
Konsonan tha / ṭ = huruf ( ط )
Konsonan zho / ẓ = huruf ( ظ )
Konsonan dho / ḍ = huruf ( ض )

Menulis Jawi

Untuk memudahkan kita memahami cara menulis jawi, kita perlu faham terlebih dahulu perbezaan antara suku kata tertutup dan terbuka.

Suku Kata Terbuka

Adalah suku kata yang diakhiri dengan huruf vokal seperti:

Suku Kata Tertutup

Adalah suku kata yang diakhiri huruf konsonan seperti:

Untuk permulaan, perkara yang anda perlu ingat adalah sekiranya suku kata tertutup mengadnungi huruf vokal “A” di tengah tengah maka ianya tidak ditulis. Sebagai contoh:

CONTOH PERTAMA:

Tikar = TI – KAR ditulis dalam tulisan jawi iaitu (تيكر) T- I – KA – R.

Huruf A pada suku kata kedua diabaikan kerana perkataan tersebut adalah suku kata tertutup di mana ia diakhiri huruf R.

CONTOH KEDUA:

Raptai = RAP – TAI ditulis dalam tulisan jawi iaitu ( رفتاي ) RAP – TAI.

Huruf A pada suku kata pertama tidak dizahirkan kerana ia suku kata tertutup iaitu RAP. (رف )

Kemudian Huruf A pada suku kata kedua dizahirkan iaitu TAI kerana ia merupakan suku kata terbuka. ( تاي )

CONTOH KETIGA:

Bagi huruf vokal “E” pula tidak dizahirkan. sebagai contoh:

BE – NAR ditulis dalam tulisan jawi iaitu ( بنر ) BE – NAR.

Huruf E pada suku kata BE pada perkataan BE-NAR tidak dizahirkan sebagai huruf (ي ).

CONTOH KEEMPAT:

Tetapi É pula dituliskan sebagai contoh:

TE – KO ditulis dalam tulisan jawi iaitu (  تيكو  ) TE – KO.

 Huruf E pada perkataan TE – KO merupakan e-taling. Maka ia dizahirkan sebagai huruf (ي ).

Bagi huruf vokal (I dan U) tetap ditulis walaupun dalam keadaan suku kata terbuka atau tertutup.

Kesimpulan

Mudah je kan? Tapi Mama Papa kena tahu, tak semua perkataan mengikut pada peraturan yang kita dah sebutkan, dan sebanrnya ilmu jawi ini adalah ilmu yang sangat dalam. Teruskan mempelajari, dan mempraktikkan, sekurangnya, kita tidak lupa akan asal usul dan warisan kebanggaan kita.


Untuk lebih banyak tips dan nasihat klik SINI.