Cegah kluster taska? Kenapa? Seperti yang semua tahu semalam bermulalah Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang baru. Boleh dikatakan 95% pasaran ekonomi telah dibuka semula dan ramai dalam kalangan rakyat akan mula keluar bekerja termasuklah taska atau tadika akan dibuka.
Itulah yang paling merisaukan mama papa kerana dalam keadaan sekarang ni adakah prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembukaan taska dan tadika sepanjang PKPB ni mudah untuk dipatuhi? Boleh ke anak kecil mendengar arahan seperti kita?
NAK CEGAH KLUSTER TASKA TAPI MACAM MANA?
Pejam celik, pejam celik dah nak masuk 2 bulan kita di bawah PKP dan kita kena selalu ingat bahawa penjarakan sosial, kebersihan tangan dan amalan Stay At Home adalah sangat penting. Tapi bagi mama papa yang terpaksa mula bekerja pada 4 Mei ini, mereka terpaksa juga menghantar anak-anak ke pusat asuhan. Kalau tak macam mana nak pergi bekerja kan? Melainkan pihak majikan boleh bertolak ansur dengan kita tentang jadual hari bekerja. Itu pun atas budi bicara dengan majikan kita. Kalau majikan kita tak izinkan, nak tak nak kita kena juga hantar anak ke pusat asuhan kan.
Jadi, untuk mencegah perkara yang tak diingini berlaku pada anak-anak kita, pihak taska atau tadika perlukan mengamalkan SOP ketat sebelum memulakan perniagaan.
- Pengusaha, guru dan kakitangan taska perlu disahkan bebas Covid-19 manakala premis mesti dibersihkan dan dinyah kuman sebelum beroperasi.
- Guru dan kakitangan taska pula perlu diberikan latihan langkah kebersihan dan keselamatan serta pelaksanaan aktiviti dan Borang Akuan Pengisytiharan Kesihatan bagi kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga dan kakitangan perlu diisi.
- Ketika beroperasi, kakitangan atau kanak-kanak yang menunjukkan gejala dilarang berada di taska dan perlu diasingkan untuk dirujuk bagi nasihat perubatan.
- Manakala kakitangan atau kanak-kanak yang menjadi kontak rapat dengan orang disahkan positif Covid-19 atau baru pulang dari luar negara tak dibenarkan hadir ke taska dalam tempoh 14 hari.
- Warga taska juga perlu menjalankan saringan sebelum masuk, semasa berada dan sebelum balik setiap hari bagi mengesan gejala seperti demam, batuk, sakit tekak dan sesak nafas.
- Kakitangan atau kanak-kanak yang mempunyai suhu badan 37.5 darjah Celsius ke atas dilarang berada di taska dan proses sanitasi dan pembasmian kuman dijalankan sekurang-kurangnya dua kali sehari.
- Bagi menjamin kebersihan, pengusaha perlu menyediakan cecair basmi kuman selain meletakkan label penjarakan sosial seperti tanda jarak satu meter di lantai khususnya di ruang makan, ruang tidur dan ruang membasuh tangan.
- Penutup mulut dan hidung perlu dipakai sepanjang masa dalam kalangan kakitangan ketika di taska.
- Kakitangan Taska juga perlu mengajar kanak-kanak kepentingan menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan dan menjaga jarak sosial.
- Selepas tamat operasi harian proses sanitasi perlu dijalankan dan memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga untuk memandikan kanak-kanak terlebih dulu, dan mengelakkan kontak terus dengan warga emas di rumah selepas pulang.
Doakan moga kita berjaya mencegah daripada terjadinya kluster taska.
SUMBER : Public Health Malaysia, MyMetro
BACA LAGI LINDUNGI ANAK DARI COVID-19, INI TIPSNYA!
Pesan Mama Siti
Semoga pihak TASKA dan TADIKA dapat mengamalkan SOP ketat ini sebaik mungkin supaya tak terjadinya Kluster Taska pula. Yelah mama papa mana yang tak risau nak tinggalkan anak di TASKA atau TADIKA dalam situasi wabak macam ni. Apatah lagi wabak ni sangat mudah dan cepat merebak dan sangat merbahaya. Semoga semuanya dipermudahkan.