KelabMama

CARA YANG BETUL UNTUK MELAYAN ISTERI. INGAT, ISTERI BUKANNYA HAMBA!

Siapakah Isteri Sepatutnya Di Mata Seorang Suami?

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan (suami/isteri) kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang yang betaqwa” [QS  Al-Furqan: 74]

Inilah antara doa yang biasa dibaca muslimin dan muslimat khususnya selepas solat. Semua insan mengimpikan agar dikurniakan pasangan yang qurrata a’yun iaitu yang sejuk mata memandang dan menyenangkan hati. Mereka yang memberi sepenuh ketaatan kepada Allah SWT akan menzahirkan akhlak mulia yang mampu menyejuk mata hati sesiapa yang melihatnya.

Namun dalam konteks perbahasan topik, ‘siapa isteri di mata suami’ adalah bergantung kepada pasangan itu sendiri. Persoalan di mana mereka meletakkan kedudukan pasangan dalam perkahwinan dan cara peranan dan tanggungjawab dilaksanakan sebagai suami isteri itu yang bakal menjawab persoalan ini. Kerana setiap tindakan yang dilakukan akan memberi kesan pada pandangan pasangan.

Jika seorang isteri dipandang rendah suaminya sendiri, mungkin ia berpunca daripada isteri atau suami itu sendiri dan begitulah sebaliknya. Jika isteri ingin disayangi suami, usahakan sesuatu yang boleh membuatkan suami rasa dihormati. Jika suami ingin dikagumi isteri, lakukan sesuatu yang akan membuatkan isteri rasa dihargai. Namun, harus diingat isteri bukan hamba abdi yang boleh diarah sesuka hati dan suami bukan adik lelaki yang boleh dimarahi.

Kenapa Seorang Lelaki Menganggap Bahawa Mengurus Rumah Adalah Tanggungjawab Seorang Isteri?

Sememangnya tidak dinafikan bahawa seorang isteri tidak diwajibkan dalam mengurus hal ehwal rumahtangga seperti memasak, membasuh, mengemas, menghantar dan mengambil anak dari sekolah dan sebagainya. Jika isteri melakukannya, ia dinilai sebagai akhlak mulia terhadap suaminya.

Namun, apa yang dilihat hari ini adalah kebanyakan isteri menguruskan rumah tangga dan keluarga adalah kesan daripada adat dan budaya yang telah diamal sejak berabad lamanya. Ini tidaklah menjadi kesalahan malah masih bertepatan dengan firman Allah SWT:

“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkat kelebihan daripada isterinya.”

[QS Al-Baqarah: 228]

Seandainya masih ada pemikiran yang menyatakan bahawa suami hanya perlu bekerja di luar mencari nafkah untuk isteri dan anak sementara isteri perlu menguruskan hal ehwal keluarga, maka ini harus diperbaiki apatah lagi bagi pasangan yang keduanya bekerjaya. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah menyusahkan isteri-isterinya sebaliknya turut membantu  melakukan kerja rumah. Jadi, siapa kita untuk tidak bersama isteri melunaskan kerja rumah? Isteri bukanlah hamba yang hanya menerima arahan dan bukanlah robot yang mampu bekerja siang dan malam tanpa henti.

Dalam hal ini, apa yang penting dalam rumah tangga adalah pengorbanan dan kerjasama suami isteri kerana dengannya akan tercapai matlamat dalam perkahwinan iaitu memiliki keluarga yang sempurna. Persoalan mengapa masih terdapat suami yang beranggapan bahawa urusan dan hal ehwal rumah tangga adalah di bawah tanggungjawab isteri mungkin kerana perkara berikut:

Apakah Cara Sebaiknya Untuk Melayan Isteri?

Wanita adalah kaum yang lebih emosinya, kurang kudratnya dan berbagai ciri lain yang memperlukan perhatian, sokongan dan bantuan kaum lelaki. Sementara lelaki yang lemah emosinya, kuat kudratnya serta dengan keperibadiannya yang unggul membolehkan mereka menjaga, melindungi dan memimpin kaum wanita. Perbezaan psikologi lelaki dan wanita ini sememangnya berkait dan saling melengkapi antara satu sama lain lebih lagi bagi pasangan suami isteri.

“Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku” [HR al-Tirmidzi]

“Dan bergaul lah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik” [QS An-Nisa’: 19]

Melihat pada kedua-dua dalil ini, dapat difahami bahawa melayan isteri itu adalah sebahagian daripada tuntutan agama yang perlu dilestarikan. Bukan disebabkan mereka itu insan lemah yang perlu dilayan dan diberi perhatian tetapi menjadi hak mereka untuk dipertahankan. Biarpun isteri kedudukannya di bawah suami namun mereka masih ada keistimewaan dan kelebihan tersendiri yang diberikan Illahi. Jadi, mereka sememang layak untuk dilayan dengan sebaiknya. Apakah caranya? Ini antara perkara yang boleh dipraktiskan mengikut Sunnah Rasulullah SAW:

 

Sumber: jelita.com.my & Ustaz Mohd Al Amin Ab Aziz, Penasihat Syariah dan Kaunselor Familyfirst Consultancy