KelabMama

Mak-mak Approve! 13 Cara Urut Bayi Yang Berkesan & Menenangkan Si Manja

Cara urut bayi yang betul mampu memberikan kelegaan dan rasa selesa kepada tubuh terutama buat bayi yang menghadapi masalah kembung perut.

Kaedah urutan ini juga boleh dilakukan di semua peringkat umur bayi walaupun mereka telah mula merangkak atau mana-mana perkembangan yang lain.

Sebelum memulakan urutan, terdapat beberapa perkara atau persediaan yang perlu Mama ambil tahu. Antaranya adalah:

Ikuti panduan lengkap di bawah ini untuk memberikan urutan terbaik kepada bayi.

Cara Urut Bayi Dengan Teknik Yang Lembut Dan Menenangkan

Berikut merupakan cara-cara melakukan urutan pada bayi, iaitu:

1. Urutan di kaki

Kredit gambar: www.babycenter.in

Mulakan urutan di bahagian kaki kerana ia adalah tempat terbaik disebabkan ia kurang sensitif berbanding bahagian tubuh yang lain.

Letakkan minyak di tangan dan pegang salah satu paha lalu tarik tangan Mama ke bawah dengan picitan lembut di kakinya. Ulang langkah yang sama di kaki lain.

2. Cara urut bayi dengan putaran kaki

Kredit gambar: www.babycenter.in

Kemudian Mama ambil satu kaki dan putar secara perlahan-lahan selama beberapa kali ke setiap arah. Usap bahagian atas kaki dari buku lali ke jari kaki. Ulang langkah yang sama di kaki lain.

3. Urutan di tapak kaki

Kredit gambar: www.babycenter.in

Mama guna ibu jari untuk buat bulatan di seluruh bahagian kedua-dua belah tapak kaki.

4. Urutan di jari kaki

Kredit gambar: www.babycenter.in

Seterusnya, ambil setiap jari kaki bayi dengan cara memegangnya di antara ibu jari dan jari telunjuk Mama dan tarik secara perlahan-lahan sehinggalah sampai ke hujung jari kaki bayi. Ulang langkah yang sama untuk semua jari kaki.

5. Cara urut bayi di lengan

Kredit gambar: www.babycenter.in

Di bahagian lengan pula, Mama ambil salah satu lengan dan ulangi gerakan seperti memerah susu dari ketiak hingga ke pergelangan tangan bayi dan putar pergelangan tangan secara perlahan-lahan dari setiap arah.

Tukar tangan dan ulang langkah yang sama.

6. Urutan di tangan

Kredit gambar: www.babycenter.in

Lakukan bulatan kecil di atas tapak tangan setiap tangannya dengan menggunakan ibu jari Mama.

7. Urutan di jari

Kredit gambar: www.babycenter.in

Kemudian, Mama ambil jari dengan meletakkannya di antara ibu jari dan jari telunjuk Mama dan tarik hingga ke hujung jari sehingga terlepas dari genggaman. Ulang untuk semua jari.

8. Urutan bayi di dada

Kredit gambar: www.babycenter.in

Letak tangan Mama seperti dalam kedudukan berdoa di kawasan dada dan buka tangan secara perlahan-lahan, usap ke luar dan ratakan tapak tangan di atas dada. Ulang selama beberapa kali.

9. Urutan bayi di dada (sambungan)

Kredit gambar: www.babycenter.in

Kemudian, letak satu tangan rata di atas dada bayi dan gosok perlahan hingga ke paha. Ulang dengan tangan berbeza selama beberapa kali.

10. Cara urut di belakang

Kredit gambar: www.babycenter.in

Letak bayi dalam kedudukan meniarap kemudian dengan menggunakan hujung jari, buat bulatan kecil pada kedua-dua belah tulang belakang bayi dari leher ke bawah punggung.

11. Cara urut bayi di belakang (sambungan)

Kredit gambar: www.babycenter.in

Biarkan bayi berehat seketika sambil Mama mengurut belakangnya dengan sapuan yang panjang dan tegas dari bahu hingga ke kakinya.

12. Urutan di kepala

Kredit gambar: www.babycenter.in

Sebelum melakukan urutan di kepala Mama perlu tahu ubun-ubun bayi masih lagi lembut sehinggalah dia berumur 18 bulan.

Oleh itu, jangan lakukan tekanan semasa mengurut di bahagian kepala. Apa yang Mama perlu buat hanyalah menyapu minyak di semua bahagian kepala dan biar ia meresap sendiri.

13. Mandi

Kredit gambar: www.babycenter.in

Kebiasaannya, bayi akan diurut sebelum mandi dan dilakukan pada waktu pagi, jadi setelah selesai mengurut, Mama boleh terus mandikannya.

Semoga dengan perkongsian ini, Mama dapat mengeratkan lagi hubungan dengan si manja tersayang. Mama boleh juga pelajari cara-cara bersihkan telinga anak dengan betul di SINI!


Ikuti panduan dan tips berguna lain untuk si manja Mama DI SINI.