Kembung perut bayi adalah masalah yang biasa dialami oleh kebanyakan bayi. Perut kembung ini akan membuatkan bayi rasa sangat tidak selesa dan akan mula merengek atau menangis kerana rasa tidak selesa tersebut. Salah satu cara untuk atasi adalah dengan cara urut bayi kembung perut melalui kaedah yang betul.
Tapi tak semua arif mengenai urutan ini. Mama Siti faham, Mama semua pastinya sangat risau kan jika bayi Mama selalu menangis kalau kembung perut bayi terjadi. Yang lagi stressnya, apaabila Mama sendiri pun tak pasti dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Oleh itu, pada kali ini Mama Siti nak kongsikan beberapa info berkenaan kembung perut bayi dan cara urutan bagi kembung perut bayi. Kalau nak tahu apakah ia, Mama semua perlu ikuti perkongsian di bawah ini!
Simptom Bayi Kembung Perut
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, jom kenal pasti terlebih dahulu apakah simptom yang dialami oleh bayi sekiranya perut kembung. Antara simptomnya ialah:
- Bayi akan menangis, merengek atau meragam lebih lama dari kebiasaannya.
- Si kecil nampak seperti tidak selesa sepanjang masa yang berkemungkinan disebabkan oleh angina di dalam perut si manja yang melebihi paras normal.
- Bayi Mama sukar untuk tidur dengan lena. Selain itu, si manja Mama menolak untuk menyusu.
- Wajah si kecil Mama akan menjadi merah semasa menangis dan kelihatan seperti dalam kesakitan.
- Bayi Mama dilihat kerap mengeliat, memusingkan badan atau menarik kaki ke dada adalah antara simptom lain jika bayi Mama kembung perut.
Punca Bayi Kembung Perut
Pastinya Mama atau ibu bapa diluar sana yang masih tertanya-tanya apakah punca bayi kembung perut. Antara punca bayi kembung perut ialah:
- Bayi tertelan udara semasa menyusu samada cara lekapan ke payudara salah atau posisi pemberian susu botol yang salah.
- Kembung perut bayi juga boleh berlaku disebabkan gejala gastrointestinal seperti refluks.
- Selain itu, kembung perut juga boleh berlaku disebabkan oleh saluran penghadaman bayi yang masih belum matang.
- Virus seperti virus gastrousus juga boleh menyebabkan masalah kembung perut bagi bayi selain boleh menyebabkan bayi muntah dan cirit-birit.
- Kembung perut bayi juga boleh berlaku disebabkan oleh pengenalan makanan pejal bagi bayi berusia 6 bulan dan ke atas.
Cara Urut Bayi Kembung Perut Dengan Teknik “I Love You”
Bagi membantu Mama di luar sana mengurangkan ketidakselesaan kembung perut si manja, Mama boleh cuba teknik urutan “I Love U”.
Teknik ini boleh membantu untuk mengeluarkan angin dalam perut bayi Mama. Jom kita belajar teknik yang betul bagi urutan “I Love U” melalui panduan di bawah ini!
#1. Baringkan Bayi
Letakkan si manja Mama dalam keadaaan berbaring pada permukaan yang bersih dan rata. Kemudian gunakan sebarang minyak atau balm untuk memudahkan urusan mengurut. Pastikan minyak atau balm yang digunakan diletakkan pada jari tangan.
#2. Mulakan Urutan “I”
Mulakan dengan urutan huruf “I” sambil memandang bayi. Gunakan ibu jari atau mana-mana jari yang dirasakan selesa bagi Mama dan bayi untuk mengurut bahagian kiri perut bayi dari bahagian bawah tulang rusuknya hingga ke bawah.
#3. Lakukan Urutan “L”
Langkah seterusnya ialah lakukan urutan menyerupai huruf “L” tetapi secara terbalik dari bahagian kanan ke kiri perut bayi.
#4. Akhiri dengan Urutan “U”
Langkah terakhir, lakukan urutan hurur “U” terbalik dari bahagian kanan perut ke kiri perut bayi.
#5. Ulang Langkah
Ulangi langkah di atas selama beberapa kali atau sehingga bayi kelihatan lega dan selesa.
Kesimpulannya, teknik urutan ini hanyalah salah satu teknik yang boleh dicuba apabila bayi mengalami kembung perut. Mama boleh mencuba alternatif lain sekiranya bayi Mama masih tidak selesa dengan perutnya. Dapatkan pandangan dan rawatan doktor sekiranya keadaan si kecil Mama semakin memburuk.
Khas untuk Mama yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan pelbagai informasi dan hadiah menarik seperrti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan pelbagai lagi info dan tips menarik yang berkaitan dengan penjagaan si manja di SINI!