KelabMama

Cara untuk Menguruskan ‘Antenatal Anxiety’ atau Kebimbangan Semasa Kehamilan

Ketidakselesaan sepanjang kehamilan adalah perkara biasa, tetapi bagi sesetengah wanita, ia mungkin menambahkan lagi rasa resah dan bimbang. Jika kesihatan mental Mama terjejas dan memberi kesan kepada aspek lain dalam kehidupan, Mama mungkin mengalami ‘antenatal anxiety’ — sejenis kebimbangan yang berlaku semasa mengandung.

Gejala ‘Antenatal Anxiety’

Setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza tentang tahap gejala mereka. Beberapa gejala yang lebih ketara, menurut PANDAS Foundation adalah:

Ia adalah perkara biasa untuk merasa bimbang tentang pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi semasa Mama melihat perut yang semakin membesar.

Tetapi, seberapa kerap Mama akan merasa begini?

Berikut merupakan sedikit penerangan ringkas mengenai kajian yang telah dilakukan:

Malangnya, ramai wanita yang mengalami ‘antenatal anxiety’ tidak mendapatkan rawatan. Sebaliknya, mereka menganggap ia hanya kebiasaan semasa kehamilan, manakala yang lain menganggapnya merupakan sebahagian daripada personaliti mereka. Atau lebih teruk, ramai yang masih merasakan ia merupakan satu ‘taboo’ untuk berjumpa dengan kaunselor bagi membincangkan ‘antenatal anxiety’ mereka.

Jika Mama mengalami ‘antenatal anxiety’, atau mengenali seseorang yang mengalaminya, Mama Siti mempunyai lima cara yang boleh diikuti untuk membantu Mama:

5 Cara Untuk Mengatasi ‘Antenatal Anxiety’

Kongsikan Masalah ‘Antenatal Anxiety’ Dengan Seseorang Yang Dipercayai

Jika Mama berasa sangat cemas semasa kehamilan, ia adalah penting untuk Mama menceritakan perasaan tersebut kepada seseorang. Individu tersebut boleh menjadi sesiapa sahaja seperti pasangan, kawan rapat atau ahli keluarga kerana mereka mungkin boleh memberi sokongan kepada Mama. Mereka tidak perlu memberikan ‘jawapan yang betul’, tetapi dengan mengongsikan perasaan tersebut, ia boleh membantu mengurangkan kekeliruan atau ketakutan yang dirasai. Kajian yang dilakukan oleh Vago dan Silbersweig pada tahun 2012 menunjukkan bahawa berkongsi tentang perasaan kita merupakan satu proses kesedaran diri, pengawalan diri dan transendensi diri.

Sekadar berkongsi fikiran dan perasaan Mama mungkin sudah cukup untuk menghalang fikiran buruk daripada ‘mengambil alih’ kehidupan seharian Mama. Jika Mama tidak mempunyai seseorang untuk bercakap dengan segera, amalan yang berguna adalah dengan menulis perasaan tersebut ke dalam sebuah jurnal, sehingga Mama dapat menghubungi seseorang untuk bercakap mengenainya.

Lakukan Senaman

Untuk pengetahuan Mama, bersenam dapat membantu mengurangkan rasa ‘anxiety’. Berdasarkan sebuah kajian saintifik yang diterbitkan oleh Frontiers in Psychiatry pada 2013 mendapati bahawa terdapat bukti kukuh bahawa senaman dan aktiviti yang kerap memberi kesan positif kepada proses patofisiologi kebimbangan. Walau bagaimanapun, mereka yang tidak biasa melakukan senaman dari sebelum hamil akan mendapati bahawa ia sukar untuk memulakan rutin kardio atau mengikuti tarian dalam video yang sering ditonton di YouTube atau TikTok.

Kalau itu adalah Mama, jangan risau. Cuba aktiviti yang membantu badan Mama mengeluarkan endorfin tanpa mengeluarkan peluh, seperti meditasi, terapi urutan dan senaman ‘deep breathing’. Gerakkan badan dengan selamat dan secara lembut bukan sahaja memastikan badan Mama sihat tetapi juga dapat membantu menenangkan dan mengosongkan fikiran Mama. Hanya 5 ke 10 minit ‘deep abdominal breating’ setiap hari dapat membantu masalah kebimbangan Mama. Senaman ‘deep breathing’ membantu membekalkan lebih banyak oksigen ke otak untuk merangsang sistem saraf Mama.

Bertanya Kepada Doktor

Mama mungkin mengesyaki bahawa Mama sedang mengalami ‘antenatal anxiety’, tetapi bagaimana Mama tahu kalau Mama harus pergi berjumpa dengan doktor?

Bercakap dengan pakar sakit puan Mama jika Mama tidak dapat menghilangkan rasa kebimbangan Mama, seperti risaukan sesuatu yang tidak kena mungkin sedang berlaku pada kandungan Mama. Tetapi, ia mungkin telah menjadi lebih serius jika Mama mula mengalami serangan panik di mana Mama berasa lelah kerana rasa ketakutan yang keterlaluan atau sentiasa berasa resah, gelisah dan cepat marah.

Berhenti dan perhatikan apa yang badan Mama lakukan. Adakah otot Mama tegang? Adakah Mama mengetap gigi?

Untuk pengetahuan Mama, jika simptom ini tidak dirawat, ia mungkin menjadi lebih teruk sehingga Mama tidak dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa. Oleh itu, lebih cepat Mama mendapatkan bantuan sebenarnya lebih baik. Selain merujuk ahli terapi, mungkin terdapat ubat yang perlu diambil untuk meredakan gejala yang teruk. Ingat Mama, jangan sesekali berasa malu untuk berkongsi fikiran dan perasaan Mama dengan doktor, terutamanya jika ia membimbangkan kesihatan Mama.

Amalkan Meditasi

Kunci pada kesedaran semasa hamil adalah fokus pada pernafasan dan mendiamkan diri. Ia adalah salah satu proses yang paling berkesan untuk menguruskan kebimbangan.

Sebuah kajian pada Mei 2017 yang diterbitkan dalam BMC Pregnancy and Childbirth mencadangkan bahawa meditasi boleh membantu wanita menguruskan ketakutan bersalin, meningkatkan keupayaan mereka untuk mengatasi sakit bersalin, dan mengurangkan rasa kebimbangan.

Walau bagaimanapun, jika Mama baru mengenali apa itu meditasi, cuba teknik asas ini melalui lima deria rasa Mama! Apa yang Mama perlu lakukan apabila Mama rasa diri semakin cemas, gunakan lima deria rasa Mama untuk fahamkan persekitaran. Namakan benda yang Mama dapat lihat dengan mata, bau dengan hidung, mendengar dengan telinga, merasa dengan lidah dan sentuh dengan jari. Sebut secara lisan supaya ianya lebih berkesan. Dengan melakukan latihan mudah ini, Mama dapat mengamalkan meditasi dengan memaksa diri Mama untuk hadir sepenuhnya dan tidak membiarkan fikiran Mama melayang memikirkan perkara yang dibimbangkan.

Dapatkan Insurans

Jika Mama dan kesihatan bayi Mama adalah salah satu penyumbang kepada kebimbangan yang dialami, Mama akan berasa tenang dengan mendapatkan insurans. Mempunyai insurans juga memberikan perlindungan jika apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku, terutamanya apabila ia berkaitan dengan kesihatan Mama. Tapi ia bukan itu sahaja! Mama pasti akan turut bimbang tentang beban kewangan jika isu perubatan yang tidak dijangka berlaku. Apabila Mama mendapatkan insurans, satu masalah tidak perlu lagi dibimbangkan!

Dapatkan Zurich ValueLife Junior

Jadi sekarang Mama sedang menantikan kelahiran cahaya mata Mama, insurans manakah yang terbaik dalam membantu ‘antenatal antiety’ Mama sebelum si manja dilahirkan?

Memperkenalkan Zurich ValueLife Junior—pelan yang disediakan untuk anak Mama seawal 13 minggu kehamilan dengan gabungan perlindungan kewangan dan pelaburan sehingga umur 100 tahun.

Ia juga menyediakan pelbagai pilihan polisi tambahan untuk keperluan perlindungan anak Mama sepanjang perjalanan hidup mereka dan perlindungan tinggi sehingga 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas jika berlaku kejadian yang tidak diingini, dan fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dari 20 tahun atau sehingga umur 70, 80 atau 100.

Secara ringkasnya, Mama mempunyai pilihan untuk melindungi anak Mama sehingga mereka berumur 100 tahun!

Berikut adalah antara perkara yang Mama perlu tahu:

  1. Zurich ValueLife Junior meningkatkan perlindungan untuk Mama dan anak dengan pelbagai pilihan polisi tambahan, termasuk komplikasi kehamilan.
  2. Dengan Zurich ValueLife Junior, Mama akan menikmati No-Lapse Benefit (Manfaat Tanpa Luput) untuk lima tahun polisi pertama untuk memastikan perlindungan berterusan.
  3. Zurich ValueLife Junior menyediakan perlindungan berterusan kepada pasangan dengan Spouse Care Privilege (Keistimewaan Penjagaan Pasangan).
  4. Zurich ValueLife Junior menawarkan bayaran sekaligus sebagai Guaranteed Maturity Benefit (Manfaat Matang Terjamin), bergantung pada tempoh perlindungan.

Pelan ini direka untuk Mama dan Papa yang mahukan jaminan demi memberikan anak mereka permulaan yang terbaik dalam kehidupan, dengan pelan perlindungan dan pelaburan yang memenuhi setiap peringkat kehidupan.

Langkah-langkah Kecil untuk Kebebasan daripada Kebimbangan

Apabila Mama tahu Mama mempunyai perlindungan yang sesuai untuk Mama dan si manja, rasa kebimbangan Mama pasti akan berkurangan. Apabila ia berlaku, Mama boleh membina masa depan yang lebih cerah—bersama keluarga Mama!

Layari www.zurich.com.my atau hubungi Pusat Panggilan Zurich di 1-300-888-622 untuk maklumat lanjut.

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.