Ramai ibu bapa yang selalu mengeluh bayi mereka kerap menangis dan berdepan masalah untuk hentikan tangisan si kecil!
Kalau sekejap-sekejap, Mama Siti rasa mungkin tak timbul masalah, tetapi kalau kerap sangat sampai begitu lama, Mama Siti pasti ramai ibu bapa yang akan stress kan?
Jadi, pada kali ini, Mama Siti nak kongsikan beberapa cara tenangkan bayi menangis dan apakah puncanya yang menyebabkan si manja Mama dan Papa ni menangis.
Mama Papa! Menangis ni sebenarnya adalah cara bayi berkomunikasi, dan kepekaan Mama dan Papa terhadap tangisan si manja adalah kunci dalam memahami dan memenuhi keperluan bayi anda.
Tindakan Mama dan Papa untuk merespon dengan penuh perhatian dan penuh kasih, juga sebenarnya mampu mencipta persekitaran yang selamat dan selesa untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.
Untuk memahami dengan lebih mendalam, Mama dan Papa teruskan membaca ya!
Faktor-faktor Penyebab Bayi Menangis
#1. Kelaparan
Faktor utama mengapa si manja Mama dan Papa menangis adalah disebabkan rasa lapar. Ini adalah satu-satunya cara mereka dapat menyampaikan keperluan makanan kepada Mama dan Papa.
#2. Tidak Selesa
Tangisan bayi juga boleh disebabkan oleh ketidakselesaan, seperti lampin yang kotor atau pakaian yang terlalu ketat. Jadi Mama dan Papa perlu cek lampin si manja dah penuh atau tak ya! Kalau boleh, selalulah tukar jangan tunggu pampers penuh baru ditukar.
#3. Kekecewaan
Kadang kala bayi menangis kerana rasa kecewa. Ini mungkin disebabkan oleh keinginan mereka yang tidak dapat dipenuhi atau sesuatu yang mengganggu mereka.
#4. Keletihan
Tangisan juga boleh menjadi tanda bayi yang sangat letih disebabkan tidak cukup tidur atau tidak cukup rehat.
#5. Kesunyian
Bayi kadang-kadang menangis kerana merasa kesunyian. Mereka mengenal pasti suara ibu bapa mereka, dan jika Mama Papa berjauhan dan suasana sekeliling sepi, si manja anda akan mula menangis untuk menarik perhatian.
Cara Tenangkan Bayi Menangis
Ketika bayi Mama Papa menangis tanpa sebab yang jelas, mungkin anda buntu dengan apa yang perlu dilakukan. Jadi, Mama dan Papa boleh amalkan beberapa petua untuk menenangkan bayi yang mungkin berguna di bawah iaitu:
#1. Cara Tenangkan Bayi Menangis dengan Menggendong
Salah satu cara yang berkesan untuk menenangkan bayi adalah dengan menggendongnya dengan erat. Mama dan Papa juga boleh berjalan-jalan bersama bayi untuk memberikan si manja perasaan dan emosi yang penuh kestabilan.
#2. Berdiri dan Melakukan Pusingan Lutut
Berdiri sambil memegang bayi dan mengulangi gerakan pusingan lutut secara berulang-ulang boleh memberikan kebebasan kepada bayi. Ini adalah kaedah yang sering digunakan untuk mententeramkan bayi yang gelisah.
#3. Cara Tenangkan Bayi Menangis dengan Menyanyi atau Bercakap Menggunakan Nada Suara yang Lembut
Suara yang menenangkan daripada nyanyian atau percakapan boleh membantu meredakan bayi. Mama dan Papa boleh cuba untuk menyanyi lagu-lagu lembut, berzikir atau berbicara dengan suara yang penuh kasih sayang.
#4. Mengusap Punggung, Dada, atau Perut Bayi
Gerakan lembut mengelap atau mengusap bahagian belakang, dada, atau perut bayi boleh memberikan keselesaan dan membantu menghilangkan kegelisahan.
#5. Menawarkan Pacifier atau Mainan
Cuba berikan bayi pacifier atau cuba mengalihkan perhatiannya dengan gertak atau mainan yang sesuai untuk bayi. Ini boleh membantu mengalihkan perhatian dan menenangkan bayi.
#6. Cara Tenangkan Bayi Menangis dengan Membendung Bayi dengan Selimut Lembut
Membendung bayi dengan selimut yang lembut boleh memberikan perasaan kehangatan dan keselesaan kepada si manja Mama dan Papa. Teknik ini juga dapat membantu bayi untuk berasa lebih selamat.
#7. Bawa Bayi Berjalan-jalan dengan Stroller
Pergi berjalan-jalan dengan bayi menggunakan stroller boleh memberikan perubahan persekitaran dan membantu menenangkan bayi.
#8. Minta Seseorang untuk Memegang Bayi
Minta seseorang untuk memegang bayi. Serahkan bayi kepada pasangan, ahli keluarga, atau rakan. Mereka mungkin mempunyai strategi tersendiri untuk menenangkan bayi anda.
#9. Cara Tenangkan Bayi Menangis dengan Memainkan Muzik atau White Noise
Menghidupkan muzik yang lembut atau white noise boleh mencipta latar belakang yang menenangkan bagi bayi.
#10. Posisi Bayi pada Sisi Sambil Goyangkan Badan
Letakkan bayi Mama dan Papa di sisi sambil memegangnya dan gulingkan bayi dari satu sisi ke sisi yang lain. Ini juga dikenali sebagai ‘football hold’.
#11. Cara Tenangkan Bayi Menangis dengan Menggerakkan Kaki Bayi Seperti Sedang Berbasikal
Jika bayi Mama dan Papa menangis disebabkan kembung perut, Mama dan Papa boleh letakkan bayi secara terlentang dan gerakkan kakinya seperti berbasikal untuk membantu mengeluarkan angin.
#12. Urut Bayi dengan Pukulan Lembut
Sekiranya bayi Mama Papa menangis disebabkan angin dalam badan, boleh cuba memegang bayi di atas bahu anda dan ketuk ringan di belakangnya untuk merangsang keluarnya angin dan melegakan sakit perut.
#13. Beri Ruang pada Diri Anda
Jika Mama dan Papa mula naik angin atau stress yang teruk, Mama Siti nasihatkan letakkan dahulu bayi dengan selamat dalam buaian dan berjalan selama 10 minit untuk sejukkan hati.
Risau, jika dalam keadaan stress, Mama dan Papa mula hilang pertimbangan!
Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk merespon dengan betul terhadap tangisan bayi. Ini bukan hanya untuk memenuhi keperluan asas mereka tetapi juga untuk membina ikatan emosional yang kukuh antara ibu bapa dan bayi.
Memandangkan tangisan bayi adalah satu-satunya cara mereka berbicara, jadi Mama dan Papa perlu respon dengan penuh rasa kasih tau!
Ingat, anak adalah anugerah Illahi, jadi layanlah si manja anda dengan cara paling lembut dan terbaik!
Khas untuk Mama yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Selain perkongsian di atas, Mama dan Papa boleh dapatkan pelbagai lagi info dan tips menarik di SINI!