Tahukah Mama, daun sup dan daun ketumbar tergolong dalam kategori sayur yang mudah ditanam.
Kaedah penanaman di atas tanah sesuai untuk bahagian akar dan biji benih. Manakala, cara tanam daun sup menggunakan air hanya sesuai untuk rendaman akar sahaja.
Jom kita mula menanam!
3 Cara Tanam Daun Sup Dari Batang dan Biji Benih
#1 Cara Tanam Daun Sup Guna Tali Mop
- Sediakan pasu bunga kecil, batu kerikil, tali mop dan bekas yogurt. Langkah pertama, tarik keluar tali mop mengikut bilangan pasu bunga yang ingin digunakan.
- Masukkan tali mop pada lubang pasu secara bertentangan.
- Seterusnya, masukkan segenggam batu kerikil ke dalam pasu. Mama boleh gunakan pelbagai jenis batu kerikil. Asalkan saiznya kecil.
- Selepas itu, masukkan tanah ke dalam pasu. Pastikan tali mop ditarik hingga ke bahagian atas pasu dan tertimbus tanah.
- Kemudian, masukkan pasu ke dalam bekas yogurt.
- Daun sup yang baru dibeli perlu dikerat lebih kurang sejengkal dari akarnya. Lalu rendam daun sup itu selama dua malam.
- Basahkan tanah di dalam pasu dan buatkan lubang di tengah-tengah. Kemudian ambil batang sup dan tanam dalam pasu.
- Isikan air dalam bekas yogurt dan pastikan tali mop mencecah air dan tidak terkena pasu.
- Isi semula air setiap 3 hingga 4 hari. Penggunaan baja bagi cara tanam daun sup ini hanya sesuai untuk baja cair.
#2 Cara Tanam Daun Sup Dalam Air
- Mula proses akar daun sup dengan memisahkan iaitu memotong bahagian akarnya dahulu.
- Seterusnya, buang akar-akar kecil yang terdapat pada pokok daun sup. Pastikan hanya terdapat akar besar sahaja.
- Guna semula botol yang sudah tidak digunakan lagi dan potong bahagian atas botol itu.
- Letakkan sedikit serbuk monosodium glutamate (MSG) ke dalam botol yang dipotong tadi.
- Tambahkan air dan kacau hingga serbuk MSG itu larut. Kemudian, letakkan semula penutup botol secara terbalik.
- Letakkan akar yang telah diproses tadi dan pastikan ianya dalam keadaan menegak.
- Susun di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari.
#3 Cara Tanam Daun Sup Dari Biji Benih
Melalui perkongsikan Nur Allia Zahra, beliau menunjukkan cara menanam daun sup dari biji benih. Kaedah ini mengambil masa beberapa minggu dan perlu melalui beberapa proses.
Cara tanam daun sup ini memerlukan biji benih yang berkualiti dan penjagaan rapi bermula dari semaian hinggalah tempoh menuai.
- Sediakan benih daun sup, dulang semaian dan tanah.
- Masukkan tanah ke dalam dulang semaian dan siram hingga keseluruhan tanah basah.
- Setiap satu lubang, taburkan secubit biji benih daun sup dan semburkan air pada benih itu.
- Biji benih akan mula bercambah pada hari ke-5. Percambahan biji benih adalah tidak sekata. Jadi jangan bimbang jika ada yang benih yang belum bercambah lagi.
- Jika anak pokok daun kepada daun sup sebenar, alihkan ke pasu yang lebih besar.
- Cara tanam daun sup ini menggunakan cocopeat semata-mata. Boleh juga menggunakan tanah campuran dengan serat yang banyak.
- Daun sup sudah boleh dituai apabila sudah mencapai tinggi sejengkal.
Tips Tanam Semula Daun Sup
- Pilih pokok yang masih mempunyai batang yang keras dan elakkan batang yang lembut.
- Kaedah tanam semula daun sup yang terbaik ialah apabila ia masih berakar.
- Ketika merendam akar, pastikan air tidak melebihi paras akar. Jika tidak, pokok daun sup akan mati.
- Pastikan air tidak kering jika menggunakan cara tanam daun sup menggunakan air.
- Letakkan daun sup di tempat teduh. Dalam dua minggu pertama, elakkan pokok daun sup terdedah terus kepada cahaya matahari.
- Pastikan air rendaman bersih supaya pokok mendapat nutrien yang sepatutnya.
Penanaman di atas tanah sesuai untuk pertumbuhan akar dan biji benih, sementara cara rendaman air hanya boleh diaplikasikan untuk akar sahaja.
Pastikan Mama ikut tips tanam semula daun sup supaya tanaman Mama hidup subur. Semoga bermanfaat dan selamat bercucuk tanam.
Dapatkan lebih banyak tips di dapur dan rumah tangga di SINI!