Bila ada pokok sendiri ni memudahkan urusan di rumah. Kalau nak guna, boleh terus tuai, tak perlu ‘start’ kereta atau buat pesanan penghantaran.
Jom, Mama Siti nak tunjuk dua cara tanam daun bawang atas tanah dan dalam botol. Kita jadikan perkongsian Facebook Cik Are dan Hadrat Art sebagai panduan tanam daun bawang.
Cara-cara Tanam Bawang
Cara Tanam Bawang Untuk Daun dan Bawangnya
#1 Ambil beberapa biji bawang dan potong hingga kelihatan tunas di bahagian tengah bawang. Kalau nak tahu, bahagian inilah nanti yang akan keluarkan daun bawang. Bila bahagian ni terdedah kepada matahari, cepatlah daun bawang tumbuh.
#2 Seterusnya, Mama kena asingkan bawang yang bercambah dan tidak bercambah. Tanda bawang mudah bercambah ialah warna kuning di tengah-tengah bawang yang dipotong.
#3 Ambil kotak telur dan lubangkan di beberapa bahagian. Tompok bekas telur beberapa lapisan dan lembabkan dengan air untuk merangsang pertumbuhan akar.
#4 Letak bawang yang telah dipotong semalaman di atas bekas telur dan Mama akan perasan akar mulai keluar dari bawang. Selepas itu, bolehlah kita pindahkan bawang yang telah keluar akar untuk ditanam di atas akar.
#5 Jangan lupa kambus akar dengan tanah. Tidak perlu tanam keseluruhan ubi bawang, cukup bahagian akarnya sahaja.
#6 Bagi bawang yang belum keluar akar, jangan dibuang. Sebaliknya, potong sedikit di bahagian akar yang mati dan letakkan semula di bekas telur sampai ia keluar akar.
Cara Tanam Bawang Untuk Daun, Guna Botol
- Pertama sekali, kita perlu lubangkan botol atau balang mengikut cara susunan tanaman daun bawang. Jangan lupa untuk lubangkan bahagian bawang botol untuk pengaliran air berlebihan.
- Kemudian, letakkan hidroton di bahagian paling bawah dalam botol. Selepas itu, barulah kita masukkan tanah sampai lubang paling bawah. Lebih elok kalau guna tanah baru.
- Sebelum letakkan bawang di tanah dalam botol, Mama perlu potong bahagian bawang ubi bawang dan celup dalam penggalak akar.
- Kemudian, barulah boleh diletakkan dalam lubang yang sudah berisi tanah. Pastikan tunas bawang menghadap ke luar iaitu bahagian botol yang ditebuk.
- Teruskan mengisi tanah dan bawang hingga selesai semua lubang dipenuhi.
- Siram air dari atas agar ianya mengalir ke bahagian bawah. Barulah semua bawang menerima zat untuk bertumbuh daun.
- Jangan terlalu berlebihan ketika menyiram tanaman. Cukup sekadar tanah lembab sahaja.
Teruskan rutin menyiram hingga pucuk daun ubi mulai tumbuh. Namun, jangan pula berhenti siram daun bawang kita, kalau tak mati nanti.
Tips Pokok Bawang Tahan Lama Dan Boleh Dituai Daunnya Berkali-Kali
Bagi Mama yang menggunakan bawang besar, tak perlu ambil banyak sangat ubi bawang. Potong bawang dan tinggalkan sedikit di bahagian akar. Manakala bahagian selebihnya boleh dibuat masak.
“Engkau ni hari-hari siram pokok bawang, okey ke pokok tu?”
Oh tidak, Mama jangan buat macam ni ya. Bagi anak pokok seperti pokok bawang yang baru nak bercambah, cukup sekadar bekalkan tanah yang lembab. Elakkan tanah menjadi basah sampai mengalir air.
Kedua-dua cara ada kaedahnya sendiri. Sesuaikan dengan keadaan di rumah Mama ya! Kalau tinggal di pangsapuri, memang cara tanam dalam botol lah yang terbaik.
Ikut tips pokok bawang tahan lama supaya boleh selalu tuai daun bawang sendiri. Lepas ni, tak harapkan pasaraya lagi. Selamat bertani!
Dapatkan lebih banyak tips di dapur dan rumah tangga di SINI!