KelabMama

Bolehkah Wanita Sedang Haid dan Nifas Sujud Syukur? Fahami Cara Sujud Syukur Yang Betul

wanita melakukan dan mengajar cara sujud syukur

Sujud syukur merupakan antara amalan sunat yang sangat disyorkan untuk umat Islam. Namun, masih ramai yang ragu-ragu dengan cara sujud syukur yang betul dan bagaimana untuk melakukan sujud syukur ini.

Buat pengetahuan Mama, cara melakukan syukur syukur berbeza dengan sujud sahwi kerana sujud syukur dilakukan di luar solat. 

Berikut merupakan info dan cara sujud syukur yang Mama Papa perlu tahu dan amalkan bersama anak-anak:

Maksud Sujud Syukur

Ketika mendapat berita gembira kita boleh menzahirkan melalui sujud syukur. Contohnya apabila seseorang menyambut kelahiran anak, mendapat harta dan lulus peperiksaan. 

Sujud syukur adalah perbuatan meletakkan dahi bersentuhan langsung dengan tempat sujud diluar solat sambil membacakan ayat khusus

Hukum Melakukan Sujud Syukur

Daripada laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum melakukan sujud syukur ialah sunat. Terdapat empat keadaan yang digariskan oleh para ulama untuk sujud syukur ialah; 

Ianya seiring dengan dalil hadis Nabi S.A.W daripada Abu Bakrah R.A:

أَنَّهُ كَانَ إِذَا جَاءَهُ أَمْرُ سُرُورٍ أَوْ بُشِّرَ بِهِ خَرَّ سَاجِدًا شَاكِرًا لِلَّهِ

Maksudnya: “Adalah Nabi S.A.W ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah S.W.T”.

(Hadis riwayat Abu Daud)

Sujud syukur tidak boleh atau HARAM dilakukan di dalam solat. Solat tersebut akan serta merta terbatal dan perlu diulang semula. 

Syarat Sah Sujud Syukur

Sebelum melakukan sujud syukur, Mama perlu mematuhi beberapa syarat agar sujud syukur dianggap sah dalam syariat Islam. 

Pakaian, kebersihan dan tempat sujud perlu diperhatikan sebelum sujud syukur. 

Soal wajibkah seseorang berwuduk dan menghadap kiblat untuk sujud syukur ada dibincangkan. Hasil qiyas menyatakan sujud syukur tidak perlu berwuduk dan menghadap kiblat kerana ia ialah sujud dan bukannya seperti solat.

Cara Sujud Syukur Mengikut Sunnah

Kredit gambar: Freepik
  1. Niat Sujud Syukur: “Sahaja aku mengerjakan sujud syukur kerana Allah Taala”.
  2. Mengangkat takbir seperti takbiratul ihram.
  3. Baca lafaz takbir tanpa mengangkat tangan ketika hendak sujud.
  4. Sujud sekali seperti di dalam solat. Bacaan sujud syukur sama dengan bacaan sujud dalam solat. Kemudian, ditambah dengan lafaz tahmid memuji Allah SWT.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلهِ وَلَا إلَهَ إِلَّا الله وَاللهُ أَكْبَرُ

‘Subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaaha illallah wallahu akbar’

Maksudnya: “Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.”

Bolehkah Perempuan Haid dan Nifas Sujud Syukur? 

Wanita yang sedang haid dan nifas tidak dibenarkan melaksanakan ibadah solat termasuklah sujud syukur. Namun begitu, kita masih boleh menyebut ucapan tahmid ‘alhamdulillah’ ( الْحَمْدُ لِلهِ) untuk menggantikan sujud syukur. 

Kelebihan Sujud Syukur

  1. Merendah diri

Sujud syukur dapat mengelakkan hati dari sifat takabur, sombong dan riak kerana segala kurniaan yang diperolehi di dunia ini datangnya dari Allah dan hanya pinjaman semata-mata.

  1. Bertambah nikmat

Allah SWT akan tambahkan lagi nikmat apabila kita bersyukur. Bersyukur menjadikan kita sedar bahawa manusia ialah hamba yang daif dan lemah dan tiada daya melainkan dengan izinNya. 

  1. Bersyukur

Bersyukur buat kita lebih tenang. Kita tidak lagi membandingkan kurniaan yang Allah berikan kerana setiap manusia diberikan pakej nikmat dan ujian yang berbeza-beza. 

Kredit gambar: Muslim Empowerment

Islam agama syumul hinggakan bersyukur pun diajarkan caranya. Sungguh sempurna dan seragam. 

Pesan Mama Siti, sentiasalah ingat akan kebesaran tuhan dan bersyukurlah selalu kerana Dia selalu ada walau dimana kita berada.


Perbaiki amal ibadah dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.