Dalam bahasa Arab, perkataan ‘sahwi’ bermakna lupa atau lalai tentang sesuatu. Ia juga boleh didefinisikan sebagai meninggalkan sesuatu secara tidak secara kerana terlupa.
Manakala dari pandangan syarak pula, ‘sahwi’ bermaksud kekurangan yang dilakukan secara sengaja dan tidak sengaja ketika mendirikan solat. Maka sujud sahwi boleh difahami sebagai cara menutup lopong-lopong ibadah ketika solat.
Kalau Buat Dapat Apa? Kalau Tak Buat Juga Macam Mana?
Pengikut mazhab Syafie sangat digalakkan untuk melakukan sujud sahwi kerana dianggap sunat muakkad iaitu ibadah sunat yang dituntut.
Kebanyakkan penduduk negara-negara di asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Selatan Filipina merupakan pengikut pemikiran fikah Imam Syafie.
Kenapa Kena Sujud Sahwi?
#1 Tertinggal Rukun
Ketika terlupa atau terlupa satu atau lebih rukun solat, Mama disunatkan melakukan sujud sahwi serta-merta selepas bacaan tahiyat akhir.
Perhatian: Meninggalkan niat dan takbiratul ihram tidak boleh diganti dengan sujud sahwi, sebaliknya solatnya perlu diulang semula kerana dianggap tidak sah.
#2 Meragui Bilangan Rakaat
Kekeliruan bilangan rakaat boleh disempurnakan dengan sujud sahwi. Pertama sekali perlu cukupkan bilangan rakaat dan kemudian barulah sujud sahwi.
#3 Tertinggal Sunat Ab’adh
Dari segi syarak bermaksud semua perbuatan dalam solat yang jika ditinggalkan secara tidak sengaja atau sengaja disunatkan ditampung dengan sujud sahwi di akhir solat atau selepas solat.
Perbuatan dalam kategori sunat ab’adh ialah:
- Tahiyat awal (pertama)
- Selawat ke atas Nabi SAW dalam tahiyat awal
- Duduk tahiyat / tasyahud awal
- Doa qunut pada rakaat kedua solat subuh dan pada solat witir yang terakhir sejak malam 15 hingga akhir bulan Ramadhan.
- Selawat ke atas Nabi SAW dalam qunut
- Selawat ke atas ahli keluarga Nabi SAW dalam qunut
- Selawat ke atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir
#4 Melakukan Perkara Dilarang
Jika seseorang mengunyah, makan atau bercakap secara tidak sedar maka mereka perlu melakukan sujud sahwi di akhir solat sebelum memberi salam.
#5 Rukun Bukan Pada Tempatnya
Ini berlaku apabila seseorang tidak melakukan 13 rukun solat dengan pergerakkan dan bacaan yang betul.
Sebagai contoh, membaca doa qunut semasa semasa berdiri.
Cara Sujud Sahwi Yang Betul
Bayangkan pergerakkan Mama semasa sujud pertama hingga sujud kedua, begitulah pergerakannya.
Cumanya, ada bacaan khas ketika sujud sahwi. Untuk mengelakkan salah faham, Mama rujuk video cara melakukan sujud sahwi yang Mama Siti telah pun sertakan ini.
#1 Niat
Niatkan dalam hati ingin melakukan sujud sahwi.
#2 Sujud pertama
Selepas selesai bacaan tahiyat akhir, terus sujud dan baca bacaan sujud sahwi sebanyak tiga kali.
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَا مُ وَلاَ يَسْهُوْ
‘Subhaana man laa yanaamu wa laa yas-huu’
Maksudnya: “Maha Suci Dzat yang tidak mungkin tidur dan lupa”
#3 Duduk antara dua sujud
Bangun dari sujud untuk duduk antara dua sujud. Bacaannya sama seperti selalu iaitu;
رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى
Rabbighfirlii , warhamnii , wajburnii , warfa’nii , warzuqnii , wahdinii , wa’aafinii , wa’fuanii
Maksudnya: Ya Allah ampunilah aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, jadikanlah aku sihat, maafkanlah aku.
#4 Sujud kedua
Lanjutkan dengan sujud kedua dan ulang bacaan sujud sahwi sebanyak tiga kali.
#5 Salam
Bangun dari sujud dan beri salam. Ya, Mama tidak perlu membaca bacaan tahiyat sebelum memberi salam.
Tempoh Melakukan Sujud Sahwi
Sujud sahwi hanya dilakukan dengan dua kali sujud dan satu kali duduk antara dua sujud. Dengan adanya dua perkara ini, maka sujud sahwi sudah dianggap selesai.
Hikmah Sujud Sahwi
- Menyempurnakan kekurangan dan kelalaian dalam pelaksanaan solat.
- Menyempurnakan pahala solat.
- Menghina syaitan.
- Dengan melakukan sujud sahwi, seseorang menyedari bahawa setiap manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan atau lupa.
Allah selalu memberi peluang untuk kita menyempurnakan sesuatu. Baiknya Allah, ketika kita tertinggal pergerakkan dan bacaan solat, dia tidak terus menyatakan solat itu tidak sah.
Sebaliknya, memberi peluang untuk kita meneruskan solat dan menyempurnakannya dengan sujud sahwi. Semoga dengan sujud sahwi dapat lebih mendekatkan hati kita kepada tuhan yang Maha Esa, Allah SWT.
Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.