KelabMama

Cara Melakukan Solat Jenazah Yang Betul. Lengkap Bacaan Rumi dan Arab

Solat jenazah unik berbanding solat-solat yang lain. Pergerakkan dalam solat ini hanya takbir, berdiri betul dan salam. 

Selain kaifiatnya, kita juga perlu tahu tentang hukum, syarat sah dan kedudukan jenazah ketika solat agar solat itu sempurna. 

Maksud Solat Jenazah

Kredit gambar: Sinar Islam Plus

Solat dengan empat kali takbir yang dilaksanakan oleh orang yang masih hidup kepada yang telah meninggal dunia. Ia bertujuan untuk meminta keampunan, keredaan dan rahmat daripada Allah SWT.

Dalam bahasa Arab, jenazah ( جنازة ) membawa maksud orang yang telah mati dan diletakkan di atas usungan sebagai persediaan dibawa untuk dikebumikan di kubur. 

Hukum Solat Jenazah

Kredit gambar: blokTuban.com

Hukum mendirikan solat jenazah bagi umat Islam yang tinggal atau berada di kawasan berhampiran ialah fardu kifayah. 

Solat jenazah boleh dilakukan secara sendirian tetapi lebih afdal dan sunat jika dilakukan secara berjemaah mengikut imam. 

Syarat Sah Solat Jenazah

Kredit gambar: MySihat

#1 Jemaah hendaklah menutup aurat, suci dari hadas pada badan dan pakaian serta menghadap kiblat. 

#2 Mayat sudah dimandikan dan dikafankan dengan sempurna. 

#3 Mayat diletakkan dibelah kiblat mereka yang menyembahyangkan kecuali jika dilakukan di atas kubur iaitu solat ghaib. 

Kedudukan Jenazah Semasa Solat

(Lelaki dan Perempuan)

Jenazah Lelaki: Kepala di sebelah kiri imam dengan kebanyakkan badan jenazah di sebelah kanan iman. Iman pula hendaklah berdiri di bahagian kepala jenazah. 

Jenazah Perempuan dan Khunsa: Kepala jenazah diletakkan dibahagian kanak imam. Iman berdiri di bahagian punggung jenazah. 

Niat Solat Jenazah Sebagai Makmum

Niat Solat Jenazah Lelaki 

(Arab dan Rumi)

أُصَلِّي عَلَي هَذَا الْمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ فَرْضَ الْكِفَايَةِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

‘Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala’

Maksudnya: Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.

Niat Solat Jenazah Perempuan

(Arab dan Rumi)

أُصَلِّي عَلَي هَذَا الْمَيِّتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ فَرْضَ الْكِفَايَةِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

‘ Usolli ‘Ala Hazihil-Mayyitati Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala’ 

Maksudnya: Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.

Cara-cara Solat Jenazah

Solat jenazah hanya mempunyai pergerakkan dan bacaan solat seperti takbir, berdiri betul dan salam. 

Pergerakkan solat seperti rukuk dan sujud tidak dilakukan di dalam solat jenazah. Berikut ialah cara-cara solat jenazah. 

#1 Berdiri tegak dan niat

Baca niat di dalam hati ketika sedang mengangkat takbir. Bacaan niat boleh dilafazkan dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu.

#2 Baca Al-Fatihah

Sama seperti solat biasa, letakkan kedua-dua tangan di atas perut dan mula membaca pembuka surah, al- Fatihah. 

#3 Angkat Takbir dan Selawat

Selepas mengangkat takbir, letak kembali tangan di perut dan baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. 

Salah satu daripada lafaz selawat ini dibenarkan.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَبِدِنَا مُحَمَّدٍ

‘Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad’

اللَّهُمَّ صَلَّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِيْنَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

‘Allahumma salli ‘ala Muhammadin, Wa ‘ala ali Muhammadin, Kama sallaita ‘ala Ibrahima, wa ‘ala ali Ibrahima, wa barik ‘ala Muhammadin, wa ‘ala ali Muhammadin, Kama barakta ‘ ala Ibrahima, Wa ‘ ala ali Ibrahima, Fil a’lamina innaka hamidun Majid’

Maksudnya: Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

#4 Takbir Ketiga dan Doa

Kredit gambar: Pos-Kupang.com

Selesai takbir ketiga, bersedia untuk membaca doa agar jenazah diampunkan dosa-dosanya. 

Doa Untuk Jenazah Lelaki

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاغْفُ عَنْهُ

‘ Allahumagfirlahu Warhamhu Wa ‘Aafihi Wagfu ‘Anhu.

Maksudnya: Ya Allah ampunilah dia dan rahmatilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya.

Doa Untuk Jenazah Perempuan

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاغْفُ عَنْهَا

‘Allahumagfirlaha Warhamha Wa ‘Aafiha Wagfu ‘Anha’  

Maksudnya: Ya Allah ampunilah dia dan rahmatilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya.

#5 Takbir Keempat

Pada takbir keempat, jemaah disunatkan membaca doa ini. 

اللَّهُمْ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ ( أَجْرَهَا ) وَلَا تَفْتِنَا بَعْدَهُ (بَعْدَهَا)

‘Allahumma Laa Tahrimnaa Ajrohu (AjRaHaa) WaLaa TafTinNaa Ba’Dahu (Ba’DaHaa)’ 

Nota: Bacaan dalam kurungan adalah untuk perempuan

Maksudnya: Ya Allah janganlah Engkau mencegah kami mendapat pahalanya, jangan Engkau datangkan keresahan kepada kami sesudahnya, ampunilah kami dan si mati.

#6 Beri Salam

Lengkapkan solat jenazah untuk si mati dengan memberi salam. Kemudian bersama-sama aminkan doa yang dibacakan imam. 

Senarai Perkara Sunat Semasa Solat Jenazah

Waktu Solat Jenazah

Kredit gambar: Quizizz

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menggariskan bahawasanya solat jenazah boleh dilakukan pada bila-bila masa. 

Ini kerana ia termasuk dalam solat yang mempunyai sebab. Sama seperti solat nazar, sujud tilawah, sujud syukur, solat gerhana, dan juga solat sunat tawaf.

Solat jenazah termasuk dalam salah satu fardu kifayah yang perlu dilakukan oleh orang yang masih hidup. Ia perlu dilakukan mengikut syarat sah yang telah ditetapkan oleh syarak. 

Semoga Mama berpeluang melakukan solat jenazah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. 


Tingkatkan kerohanian dengan pelbagai ilmu keagamaan di SINI.