KelabMama

Syarat & Cara Solat Jamak dan Qasar Yang Ramai Terlepas Pandang

cara solat jamak dan qasar

Mengetahui cara solat jamak dan qasar yang lengkap dan betul dapat membantu memberi keringanan kepada anda yang kerap bermusafir untuk solat.

Maksud Jamak & Qasar

Buat pengetahuan Mama, jamak merupakan perkataan arab yang membawa maksud menghimpunkan atau mengumpulkan sesuatu yang berselerak atau mengarang kitab atau menyusun huruf. Manakala dari segi istilah pula, jamak bermaksud menghimpunkan dua waktu solat fardhu dengan melakukannya dalam satu waktu.

Maksud Qasar pula ialah memendekkan solat seperti daripada empat rakaat dipendekkan menjadi dua rakaat. Antara solat yang boleh dipendekkan untuk dijadikan dua rakaat adalah seperti solat isyak, zohor dan asar.

Jamak dan Qasar boleh digabungkan iaitu dengan memendekkan jumlah rakaat serta menghimpun solat-solat tersebut.

Syarat Solat Jamak Takdim & Takhir

Syarat Solat Jamak Takdim

Syarat Solat Jamak Takhir

Syarat Solat Qasar

Cara-cara Mengerjakan Solat Jamak Taqdim

#1. Mulakan dengan niat solat jamak taqdim bagi solat zohor.

Usolli Fardoz Zuhri Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu zohor qasar dua rakaat jamak taqdim kerana Allah taala.

#2. Lafaz niat tersebut dibaca ketika takbiratul ihram.

#3. Lakukan seperti solat fardhu zohor tetapi sebanyak dua rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan surah-surah lain.

#4. Selesai memberi salam terus bangun berdiri untuk solat fardhu asar tanpa baca wirid doa ataupun solat sunat.

#5. Pastikan anda tidak memisahkan terlalu lama antara kedua solat tersebut(muwalat).

#6. Lafaz niat untuk solat jamak fardhu asar pula seperti berikut:

Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu asar, qasar dua rakaat jamak taqdim kerana Allah taala.

#7. Niatkan semasa anda melakukan takbiratul ihram.

#8. Lakukan solat sebanyak dua rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan surah-surah lain.

#9. Selesai

Cara-cara Melakukan Solat Jamak Takhir

#1. Niat solat jamak takhir Zohor dalam waktu asar iaitu “Sahaja aku mengerjakan solat fardhu zohor jamak takhir di waktu asar nanti”.

#2. Lakukan solat apabila masuk waktu asar dengan mulakan solat asar terlebih dahulu. Ucap lafaz niat dalam takbiratul ihram iaitu:

Kredit gambar: akuislam.com

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah taala.

#3. Lakukan solat fardhu asar sebanyak 2 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan surah-surah lain.

#4. Selesai memberi salam, terus berdiri untuk lakukan solat fardhu zohor. Lafaz niat solat zohor dalam takbiratul ihram dengan niatnya:

Kredit gambar: akuislam.com

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah taala.

#5. Lakukannya sebanyak dua rakaat. Selesai.

Semoga perkongsian cara solat jamak dan qasar ini memberi manfaat!


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.