Walaupun perut dah sarat, solat jangan kita abaikan. Bahkan kalau kita dah keluar air ketuban pun, masih perlu menunaikan solat semampunya.
Salah satu cara untuk menunaikan solat semasa mengandung adalah dengan cara duduk ataupun baring.
Ayuh, kita tengok lebih terperinci cara-cara solat duduk ibu hamil dan dalil-dalinya.
Keadaan Yang Tidak Akan Diazab Sekiranya Meninggalkan Solat
- Yang sedang uzur dan hamil
فَاتَّقُوا اللَّـهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا
Maksudnya: Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya)
Surah al-Taghabun:16
- Orang yang tertidur sebelum masuknya waktu solat dan hanya tersedar selepas waktu solat.
- Lupa secara sendiri atau kerana disebabkan sesuatu yang harus. Contohnya, rawatan hemodialisis dan doktor yang sedang melakukan pembedahan.
- Meninggalkan solat untuk dijamakkan pada waktu seterusnya atau sebelumnya seperti orang yang bermusafir atau terlantar kesakitan dan sebab yang berkaitan.
- Dipaksakan untuk meninggalkan solat dan orang yang dipaksa mestilah cukup syarat-syaratnya untuk dimasukkan di dalam pengecualian ini.
Cara Solat Duduk Ibu Mengandung Yang Disyorkan
Jika Mama sudah hampir waktu melahirkan, ada kemungkinan air ketuban akan pecah pada bila-bila masa. Oleh itu, sebelum mengambil wuduk, bersihkan terlebih dahulu air ketuban atau darah jika ada.
Kemudian, barulah kita teruskan dengan mengambil air sembahyang seperti biasa. Dimulakan dengan muka dan diakhiri dengan kaki.
Kaedah solat yang Mama Siti kongsikan ini tidaklah terhad kepada orang-orang yang hampir bersalin sahaja tetapi Mama yang sudah tidak larat membongkok dan sujud pun boleh solat secara duduk.
#1 Cara Solat Duduk Atas Kerusi
#2 Cara Solat Duduk Ibu Mengandung Atas Katil
Sedang Hamil! Nak Solat Berdiri, Duduk atau Baring?
Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang yang bertanya bagaimana untuk solat sedangkan dirinya sedang menderita buasir. Maka Nabi Muhammad SAW pun menjawab;
“Solatlah secara berdiri, sekiranya kamu tidak mampu, maka (solat) dalam keadaan duduk, sekiranya kamu tidak mampu, maka (solat) dalam keadaan berbaring”.
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Jika dipadankan dengan situasi ibu mengandung, Mama perlu lihat keadaan diri sendiri terlebih dahulu.
Pertama, adakah Mama mampu solat berdiri? Jika jawapannya ya, boleh teruskan solat seperti biasa. Jika jawapannya tidak, Mama diberikan pilihan untuk solat secara duduk atau baring bergantung kepada kemampuan diri sendiri.
Mudahnya begini, mengikut turutan Mama dibenarkan solat secara berdiri. Jika tidak mampu, solatlah secara duduk. Jika tidak mampu solat secara duduk, Mama diberikan kemudahan untuk solat secara baring.
Cara Solat Baring Untuk Ibu Mengandung
Pastikan 5 Perkara Ini Untuk Syarat Sah Solat!
- Bersih dari hadas besar dan kecil.
- Bersih dari najis pada badan, pakaian yang digunakan dan tempat solat.
- Menutup aurat.
- Menghadap kiblat bagi yang berkemampuan mengalihkan arah solat ke tempat sepatutnya.
- Yakin telah masuk waktu solat.
Ibu hamil merupakan salah seorang yang diberikan keringanan cara solat selain berdiri. Kita dibenarkan solat mengikut kemampuan contohnya duduk di kerusi atau di atas katil.
Ada tiga cara solat ketika hamil sama ada duduk di kerusi, duduk di atas katil atau baring. Mama boleh sesuaikan cara solat yang telah dikongsikan ini mengikut keadaan masing-masing ya.
Semoga Allah permudahkan urusan Mama melalui proses kehamilan dan bersalin nanti.
Tingkatkan kerohanian dengan pelbagai ilmu keagamaan di SINI.