Pertama kali bergelar ibu pasti membuatkan Mama keliru tentang banyak perkara bayi. Ia termasuklah situasi tatkala si kecil mula meniti usia enam bulan dan bakal menikmati makanan pertamanya.
Antara persoalan yang membelenggu para ibu tentulah tentang bagaimana cara simpan bubur bayi atau makanan si manja yang lain dengan tepat dan selamat.
Mungkin ramai menganggap makanan sebenarnya adalah lebih selamat dimasak dan terus dimakan tanpa perlu disimpan untuk dipanaskan. Namun, bagi seorang bayi, penyediaan makanan mereka meskipun mudah, namun ia rumit ekoran kuantiti si kecil yang makan sangat sedikit.
Justeru, adakah Mama rasa sesuai untuk masak setiap kali tibanya waktu makan bayi? Untuk pengetahuan, bayi berusia enam bulan mungkin hanya makan bubur sebanyak dua ke tiga sudu besar sahaja. Jadi, takkan nak buang lebihan yang ada begitu sahaja bukan?
Jom Mama Siti kongsikan cara simpan bubur nasi bayi dan juga makanan yang lain yang sesuai untuk si manja.
Ini kerana, bayi masih bergantung sepenuhnya dengan susu. Jadi, pastinya leceh jika bubur perlu dimasak setiap hari dengan jumlah yang kecil. Walhal, untuk menunggu bubur lembut dan kembang pun dah memerlukan masa yang lama.
Makanan Bayi Selamat Dibekukan!
Jangan bimbang Mama, kajian telah menyatakan makanan bayi tetap selamat meskipun ia telah di frozen kan. Jadi, adalah lebih mudah jika makanan bayi ini dibuat sekaligus banyak sebelum ia dibekukan Mama.
Namun, membekukannya harus mengikuti cara yang betul dan selamat, agar makanan tersebut tetap bersih dan baik untuk diambil oleh bayi.
Kebaikan lain adalah, kita dapat memberikan menu yang berbeza dalam satu hari, sehingga si bayi tidak akan bosan dan lebih dapat menikmati makanannya.
Cara Simpan Bubur Nasi Bayi Yang Tepat
Berikut merupakan beberapa tips dan cara menyimpan bubur nasi yang tepat. Yang paling penting adalah dengan menggunakan bekas bersih bertutup rapat.
- Masak bubur nasi kosong mengikut jumlah yang anda ingini (lebih baik satu cawan sahaja untuk bayi yang baru belajar makan) seperti biasa.
- Biar bubur sejuk terlebih dahulu dan jangan simpan panas-panas. Digalakkan untuk tidak membiarkan bubur nasi lebih dari dua jam dalam suhu bilik kerana ini mengalakkan pertumbuhan bakteria.
- Simpan bubur dalam bekas dan tutup rapat. Jika tiada penutup, guna wrapping paper.
- Simpan bubur nasi di bahagian sejuk beku dalam peti sejuk, lagi-lagi di paras paling atas untuk elakkan bercampur dengan makanan lain.
- Untuk kegunaan harian lebih mudah, simpan bubur dalam bekas kiub kecil semasa bubur ini masih beku.
- Label tarikh pada bekas makanan/plastik.
- Guna sebaiknya dalam tempoh dua minggu sahaja. Sekiranya ada lebih, buang sahaja bubur tersebut.
Cara Simpan Makanan Bayi Yang Lain
Ini pula cara untuk membekukan resepi makanan bayi yang anda telah sediakan:
- Cuci bersih bahan makanan yang ingin dibuat puree, seperti ayam, daging, ikan, buah-buahan atau sayur-sayuran.
- Potong kecil agar lebih mudah untuk dikisar dan cepat empuk.
- Rebuslah bahan makanan tersebut hingga benar-benar matang dan masak. Sebaiknya, gunakan sedikit air agar puree tidak terlalu pekat.
- Kisarkan bahan makanan tersebut hingga halus.
- Tunggu hingga puree tidak lagi panas. Atau, tunggu hingga dingin baru dikisar.
- Tuangkan puree tersebut ke bekas kiub ais dan tutup rapat.
- Setelah beku, pindahkan kotak-kotak puree beku tersebut ke dalam bekas atau gunakan beg plastik yang tadi dipakai untuk menutup acuan ais.
- Tutup bekas rapat-rapat, atau balut plastik dengan rapi.
- Tulis label pada setiap beg, berisi nama dan tarikh pembuatan. Tujuannya, agar kita tahu sudah berapa lama puree beku tersebut disimpan. Sebaiknya makanan tersebut tidak disimpan lebih dari 1 bulan. Makanan yang sudah dicairkan, jangan dibekukan kembali. Buanglah sisa makanan yang tidak habis.
Ketahui tips penyimpanan dan pemakanan si manja yang lain di SINI.