KelabMama

Barulah Pro! Ini 5 Cara Siang Ikan Mengikut Jenis Ikan & Alatan Yang Betul

Lain ikan, lain caranya. Kalau tak kena gaya mahu hancur ikan tu nanti. Demi menyelamatkan Mama yang baru menceburkan diri sebagai suri rumah tangga atau ‘domestic engineering’, Mama Siti bawakan cara siang ikan mengikut jenis ikan dan alatan yang berbeza. 

Dalam artikel ini Mama Siti kongsikan lima cara siang ikan menggunakan pisau, gunting dan tanpa alatan. Jenis ikan pula dibahagikan dengan ikan kembung, ikan pari dan ikan patin. 

Jom kita tengok cara-cara siang ikan yang betul.

5 Cara Siang Ikan Ikut Jenis Ikan

#1 Cara Siang Ikan Tanpa Pisau

Kaedah ini tidak memerlukan sebarang alatan memotong. Mama hanya perlu menggunakan daya di kedua-dua belah tangan sahaja. 

  1. Fokuskan di bahagian kepala dan tekan kepala ikan dengan satu tangan, manakala tangan sebelah lagi menarik bahagian bawah mulut ikan. 
  2. Kemudian, tarik keluar insang dan perut ikan sears perlahan-lahan.

Nota: Tarik isi perut ikan dari arah atas dan bukan di tepi untuk mengelak kerosakkan badannya

  1. Cuci bahagian dalam perut ikan dengan air bersih. Sebaiknya, gunakan air yang mengalir tetapi boleh juga bersihkan dalam besen berisi air bersih dan bilas sekali lagi ketika selesai mencuci semua ikan. 

#2 Cara Siang Ikan Guna Pisau

  1. Penting untuk kita pastikan bilah pisau sentiasa tajam semasa siang ikan. Jadi, asah dahulu pisau dengan batu asah atau alat yang sesuai.
  2. Selepas itu, potong mulut ikan, sirip dan hujung ekornya. Pastikan tidak memotong bahagian ekor terlalu banyak, hanya potong sedikit sahaja. 
  3. Proses membuang usus ikan dimulakan. Belah dari perut hingga kepala dan tarik keluar insang dan isi perut semuanya. 

Nota: Pastikan kantung telur ikan tidak hancur atau ditarik keluar semasa siang ikan

  1. Cuci perut ikan yang telah dibersihkan di air mengalir.
  2. Kemudian, bilas ikan dengan air bersih sebanyak tiga kali sebagai jaminan kualiti dan kebersihan.
  3. Bagi menghilangkan bau hanyir, rendam dengan asam keping dan garam. Selepas itu, tos dan simpan dalam bekas atau plastik.

#3 Cara Siang Ikan Guna Gunting

@laksakinting

kadang kita p market mintak peniaga tlg buang perut kan,lepas tu blk kita kena cuci blk,2x kerja,rosak ikan,lgpon kesian kt peniaga,takkan ikan kecik2 pon nk tlg bersiangkan..kita sama2 mudahkan kerja org kan..#kongsi #info #ikan #pasar #market #cuciikan #penang #seberangjaya #ikantemenung #ikankembung #tutorial

♬ original sound – sendu363_new – user44531932679
  1. Sediakan sebilah gunting tajam dan belah perut ikan dengan berhati-hati.
  2. Buka sedikit bahagian yang dibelah dan masukkan jari telunjuk dan jari tengah ke bawah insang.
  3. Tarik insang secara perlahan-lahan hingga ke hujung perut. 
  4. Cuci darah yang tersisa pada tulang-tulang ikan sehingga bersih.
  5. Apabila semua ikan sudah disiang, bilas sekali lagi dengan air bersih sebelum dimasak atau disimpan. 

#4 Ikan Pari

@syifajamill

Reply to @cifasksksk nah siang ikan pari cara masing masing check ?

♬ original sound – Ceo of Masak KalutKalut – Syifa Masak Kalut Kalut
  1. Langkah pertama ialah kita perlu pisahkan ekor dari badannya dengan menggunakan pisau tajam. 
  2. Dengan menggunakan pisau yang sama, kikis semua lendir dan kotoran yang melekat di permukaan badan ikan pari. 
  3. Selesai membuang lendirnya, potong bahagian kiri dan kanan ikan pari. Mulakan potongan dari atas hingga ke ekor. 
  4. Beralih pula ke bahagian tengah. Sebahagian orang tidak akan menyiang di kawasan perut ikan tetapi boleh juga jika ingin dimasak. 
  5. Belah di tengah-tengah perut ikan. Seterusnya, buang isi perut ikan yang tidak diperlukan. 
  6. Buang juga bahagian ekor ikan. Lagipun tak ada isi ikan di situ, lebih baik kita buang dari awal.
  7. Kini, barulah Mama boleh potong kecil-kecil mengikut saiz pilihan masing-masing. 

#5 Ikan Patin

Mama juga boleh aplikasikan cara siang ikan patin seperti yang ditunjukkan ini untuk jenis-jenis ikan sungai dan air tawar yang lain. Sebagai tambahan, buangkan sengat atau misai ikan-ikan seperti ini sebelum mula menyiang. 

  1. Seekor ikan patin diletakkan di atas papan pemotong dan mulakan pemotongan dari kepala, badan dan ekornya. 
  2. Ambil kepala ikan patin dan tarik keluar insang dan isi perut secara berhati-hati. Lakukan perkara yang sama di tempat perut ikan.
  3. Bersihkan dengan air bersih semua potongan ikan patin terutamanya di bahagian perutnya. 
Kredit gambar: Fissler

Bila dah tahu pelbagai cara siang ikan, barulah boleh jadi domestic engineer profesional. Tak kira ada pisau atau gunting atau bahkan tak ada alat memotong pun boleh selesai kerja-kerja siang ikan. 

Kepada Mama yang belum berumah tangga, inilah masanya kita berlatih jadi hebat di dapur.   


Dapatkan lebih banyak cara siang makanan laut di SINI!