Panas berlengas, tak selesa nak buat apa-apa pun. Kalau tiba masa suhu meningkat macam dua tiga bulan ni, bukan main lagi berpeluh-peluh kita dibuatnya. Ada je pelbagai cara sejukkan bilik yang kita nak cuba.
Lebih-lebih lagi kalau rumah tak ada pendingin hawa. Masalah betul! Nasib baik jumpa artikel ni, boleh lah sejukkan bilik dengan berkesan.
Senarai Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond
#1 Pemilihan Cadar, Selimut & Bantal
Bahan cadar yang terbaik ialah line atau kapas (cotton) kerana kedua-dua bahan ini mempunyai sistem pengudaraan yang cekap.
Satu lagi cara ialah meletakkan selimut ke dalam peti ais satu jam sebelum tidur dan ambil apabila Mama mula rasa ngantuk.
#2 Buka Tingkap
Kadang-kala udara yang tidak berkitar dengan baik mengakibatkan suhu ruangan menjadi lebih tinggi. Oleh itu, pada waktu siang atau malam, jika keadaan selamat, Mama Siti cadangkan supaya Mama buka tingkap. Udara luar akan masuk menggantikan udara panas dari dalam ruangan.
#3 Pelembab Udara (Air Humidifier)
Fungsinya bukanlah menyejukkan tetapi lebih kepada mengurangkan rasa bahang dalam rumah. Sebenarnya beruntung orang yang menggunakan air humidifier berbanding pendingin hawa kerana kos bil elektrik tidak terlalu tinggi.
#4 Besen Air
Ambil satu besen dan isikan air. Kemudian, letakkan di ruang tamu dan bilik tidur. Teknik ini menyerap udara panas yang berlegar di dalam ruangan tersebut.
Konsepnya sama seperti bilik air yang selalunya lebih sejuk berbanding ruang rumah yang lain terutamanya yang ada kolah.
#5 Pokok Hijau
Secara biologinya, tumbuhan mengeluarkan oksigen. Lebih banyak tumbuhan diletakkan, lebih sejuk suatu ruangan. Tambahan pula, ia juga menyumbang kepada dekorasi rumah sebagai pokok hiasan.
#6 Langsir Blackout
Langsir yang nipis, membenarkan cahaya matahari menembusinya. Lebih banyak cahaya masuk ke dalam rumah, lebih tinggi suhunya.
Mama Siti rasa Mama boleh gantikan dengan langsir jenis blackout yang bersifat anti tembus cahaya.
#7 Kipas + Ais
Letak ais dalam mangkuk dan letakkan di hadapan kipas. Kipas pula, Mama halakan ke arah yang dikehendaki. Kesannya nanti lebih kurang sama seperti Mama menggunakan pendingin hawa. Apabila kreativiti bergabung dengan sains, beginilah jadinya.
#8 Hasil Seni Mendamaikan
Tetapan minda atau mindset pun memainkan peranan dalam menyejukkan bilik. Mama hanya perlu gantungkan gambar berunsurkan kesejukkan untuk sebagai tipu helah kepada otak.
Apabila minda mendapat isyarat tempat-tempat sejuk atau item-item sejuk, sekaligus badan juga akan turut merasa sejuk.
#9 Bahan Buatan Lantai
Pemilihan bahan lantai salah satu cara menyejukkan bilik. Jubin dan marmar antara yang dicadangkan kerana memberi kesan sejuk dalam bilik. Walhal sebenarnya lantai simen pun dah sejuk tau Mama!
#10 Pasang Peneduh
Sesetengah orang menggunakan alat teduhan untuk menghalang matahari dan haba daripada masuk ke rumah mereka.
Shading device ini juga memberikan nilai estetik kepada rumah Mama sebagai dekorasi dan daya tarikan unik.
#11 Dinding Berongga
Rumah orang dulu-dulu banyak yang memasang dinding berongga dalam rumah mereka. Tujuannya tak lain dan tak bukan membenarkan udara keluar masuk dengan lebih cekap.
#12 Kipas Turbin
Nama lainnya ialah exhaust fan. Fungsinya sama seperti kipas turbin di dapur iaitu menyedut udara lembap keluar dari dalam bilik. Hasilnya, bilik Mama jadi lebih sejuk kerana udara panas sentiasa dikeluarkan dan digantikan dengan udara yang lebih sejuk.
#13 Tingkap Gelap (Tinted Window)
Sesetengah orang tidak suka meletakkan langsir pada semua tingkap kerana mereka merasakan ia akan mengganggu pemandangan.
Menyekat matahari dengan tingkap gelap adalah cara terbaik untuk memastikan rumah Mama tidak ditembusi cahaya matahari.
#14 Penggunaan Bata Merah Sebagai Cara Sejukkan Bilik
Bata merah yang digunakan dalam pembinaan rumah membantu mengekalkan kesejukan bilik kerana kandungan tanah liatnya yang tinggi.
Mama boleh menambah elemen dinding pada bilik tempat Mamasering bersantai seperti ruang tamu, dapur dan bilik tidur.
#15 Cara Sejukkan Bilik Dengan Kolam Hiasan
Sama ada kolam hiasan berada di dalam atau diluar rumah, itu bukanlah perkara yang perlu dipertikaikan. Apa yang lebih penting ia membantu mengurangkan rasa panas dalam bilik.
#16 Pasang Atap Genting
Atap genting seramik atau tanah liat bagus untuk memantulkan cahaya dan haba dan ia juga kalis air serta sesuai untuk cuaca hujan dan panas negara kita.
Jenis atap genting sesuai dengan pelbagai bentuk bumbung di Malaysia. Soal harga? Anggap sahaja itu sebagai pelaburan jangka masa panjang.
#17 Saiz dan Bukaan Tingkap
Tingkap dengan bukaan besar membantu meningkatkan pengudaraan yang baik di dalam rumah dan menjadikannya lebih selesa. Pastikan Mama beri perhatian pada tips ini terutamanya jika bercadang mengubahsuai rumah.
#18 Cara Sejukkan Bilik Dengan Warna Cat Dinding
Pilih warna bilik yang cerah kerana sains telah membuktikan permukaan berwarna cerah memantulkan cahaya manakala permukaan yang gelap menyerap cahaya. Rasa bahang pun dapat dikurangkan dan bilik jadi lebih sejuk.
Dalam banyak-banyak cara dikongsikan, Mama Siti paling suka kaedah kipas dan ais. Satu lagi teknik air humidifier. Mama pula lebih selesa cara yang mana satu?
Semoga membantu Mama mengurangkan suhu panas dalam bilik dan jadikan badan lebih selesa.
Dapatkan lebih banyak tips dan hack lain di SINI!