Mama yang bekerjaya ni tak dinafikan penatnya memang lain macam. Bila mood ‘malas’ tu dah datang nak sediakan makanan bayi pun malas. Biasalah nak sediakan makanan bayi ni memang mengambil masa dan memerlukan ketelitian supaya khasiat makanan tu tak hilang. Jadi buat mama yang tak berapa nak rajin tu mama masih boleh sediakan menu fresh untuk si manja dengan kaedah ni tau!
Cara nak sediakan menu fresh si manja
Tips ni hanya applicable utk not-so-rajin-kind-of-mom tapi still nak prepare fresh meal for the baby ✌?
Sis
guna Rusch food processor. Sangat mudah. Paling best sebab
1.
Blade boleh buka so senang untuk cleaning process
2.
Pengisar dia manual so senang nak buat variety texture of meal.
Caranya (boleh rujuk gambar) :
1. Malam
✔️Potong basuh sayur semua bersih bersih letak dalam tupperware dan masukkan dalam peti ais bawah (chiller). Sebelum masukkan dalam chiller, masukkan sekali ayam/ikan/sayur mcm celery yang kita bekukan (tgk gmbr) sekali dlm tupperware tu. Bahan yang dibekukan tu tak perlu dikisar sebelum dibekukan. Cukup dipotong bersih letak dalam bekas ais dan dibekukan.
✔️ Beras basuh dan rendam dalam air.
2. Pagi
✔️ Keluarkan tupperware yg ada sayur dan ayam/ikan, buang air dan masukkan dalam bekas pengukus.
✔️ Buang air rendaman beras dan gantikan dengan air panas. Masukkan dalam bekas pengukus. Sia guna botol susu avent yg 4oz sebab muat elok dalam bekas pengukus rusch dan tak berani nak guna bekas plastik biasa sbb takut tak tahan panas.
✔️ Kukus semua sekali dalam 30-45min. Air dalam bekas isi air pengukus tu tambah bila perlu tak nak bagi kering sgt air dalam tu.
✔️ Bila dah 30-45min boleh tutup suis atau tunggu je dia off sendiri. Angkat semua buang air dalam bekas pengukus, pastu masukkan sayur2 ayam tu semua. Kemudian air yang dalam bekas nasi tu buang dan nasi tu masukkan sekali dengn sayur ayam semua untuk dikisar.
✔️ Kemudia kisar ikut kemahuan kita. Siap kisar isi dalam bekas makan. Bila nak makan tambahlah evoo. Siap!
Sangat mudah dan tak perlu nak risau hangit . Sebelum mandi kita siapkn bila dah siap pakai baju semua boleh kisar. Then off we go to work with a happy heart ?
Hopefully this tip will help all the mothers out there whether a working mom or SAHM . ?
Ada yang cakap food processor tak guna sangat tp for me sangat sangat berguna. All in one . Jimat masa, jimat tenaga
Sumber : Farieza Ashikin
BACA JUGA KETAHUI KHASIAT BUAH-BUAHAN & SAYURAN MENGIKUT WARNA
Pesan Mama Siti
Cara yang sangat praktikal untuk mama bekerjaya. Tak ada lagi alasan tak sempat masak dah lepas ni ye mama-mama? Kalau kita masak sendiri untuk anak-anak yang lebih puas hati 🙂