Pernahkah anda rasakan bahawa si suami semakin hari semakin menjauh? Atau mungkin anda ingin menghidupkan kembali keserian dan romantisme dalam hubungan anda dan suami? Jika ya, Mama boleh gunakan 15 cara pikat hati suami yang Mama Siti kongsikan dalam perkongsian ini.
Tips atau cara memikat hati suami ini sangat mudah dan Mama Siti yakin dengan usaha yang anda semua lakukan secara berterusan melalui semua cara nak pikat hati suami yang dikongsikan ini akan membuahkan hasil dan beroleh kejayaan!
Jadi, sebelum berputus asa dan harapan, adalah lebih baik anda rebut peluang yang tersisa dan mulakan langkah untuk teguhkan kembali ikatan perkahwinan melalu semua cara-cara ini.
Mudah-mudahan perkahwinan anda semua menjadi lebih kukuh dan ikatan kasih sayang juga akan kembali menyinar serta anda mula merasa bahagia bahkan lebih bahagia berbanding dari waktu sebelum ini.
Tanpa membuang masa, jom lihat apakah cara pikat suami tersebut di bawah ini!
Tips atau Cara Pikat Hati Suami dengan Mudah
Berikut merupakan tips atau cara pikat hati suami yang boleh anda lakukan iaitu:
#1. Mula Menjadi Pendengar Yang Baik
Mendengar adalah kemahiran penting dalam sesebuah perhubungan. Rajinkan bertanyakan berkenaan bagaimana hari suami anda pada hari tersebut dan berikan perhatian kepada apa yang diperkatakannya.
Ini akan membuat si dia merasa anda sangat mengambil berat padanya.
#2. Berusaha untuk Nampak Cantik di Mata Suami
Selain itu, pastikan anda sentiasa nampak cantik di hadapan suami anda. Jika suami suka anda memakai mekap, pakailah sedikit mekap semasa berada di rumah.
Tidak perlu mekap tebal tetapi pastikan anda sentiasa nampak kemas dan cantik di hadapan encik suami.
#3. Cara Pikat Hati Suami dengan Menzahirkan Kasih Sayang
Menunjukkan kasih sayang melalui tindakan, bukan hanya kata-kata. Berikan suami anda bantuan dan sokongan, atau masak lauk kegemarannya. Tindakan kecil seperti ini akan menunjukkan betapa kasihnya anda terhadap dirinya.
#4. Sentiasa Berterima Kasih Kepada Suami
Ucapkan terima kasih kepada suami untuk apa yang telah beliau korbankan dan lakukan untuk anda dan keluarga merupakan antara salah satu cara pikat suami.
Cara ini juga akan membuatnya merasa lebih dihargai dan mendorongnya untuk terus memberikan lebih lagi.
#5. Elakkan Dari Sering Mengkritik Suami
Cara nak pikat suami yang seterusnya adalah dengan elakkan dari terlalu mengkritik. Seorang suami mempunyai egonya yang tersendiri.
Elakkan dari sering mengkritik segala tindakannya. Hal ini akan membuat suami mula terasa hati dan menjauhkan diri dari anda.
Nyatakan sebarang kebimbangan anda dengan cara yang positif dan lembut, jangan menyerang atau mengkritik secara terus-menerus.
Di samping itu, jangan terlalu meminta-minta pada suami anda dan sentiasa hargai segala usahanya untuk anda sekeluarga juga merupakan cara nak pikat suami yang berkesan.
#6. Cipta Masa dan Ruang Bersama
Setiap pasangan perlu masa rehat dan ruang yang mencukupi untuk bersama. Cari masa luang di mana anda jauh dari kesibukan kerja, kesibukan menguruskan keluarga atau hal-hal lain.
Wujudkan masa dan ruang tersebut sebulan sekali dan lihatlah hasilnya nanti.
Adakan aktiviti bersama seperti menonton wayang, shopping bersama tanpa anak-anak, atau mengambil cuti semata-mata untuk menghabiskan masa bersama merupakan cara memikat suami yang paling mudah tetapi cukup berkesan.
#7. Pikat Hati Suami dengan Perbaiki Cara komunikasi Antara Pasangan
Duduk berbincang dengan suami sekiranya terdapat perkara yang tidak memuaskan hati. Anda juga jangan terlalu suka mengharapkan suami untuk mengalah dan memujuk.
Tetapi ubah dengan duduk berbincang secara 4 mata. Ini akan membuka ruang kepada setiap pihak untuk
menyatakan sebarang ketidakpuasan hati dengan tenang.
Hal ini juga akan membantu dalam meningkatkan persefahaman antara suami dan isteri.
#8. Sentiasa Berada di Belakang Suami
Ini bermaksud, anda perlu sentiasa ada untuk menyokong suami saat jatuh dan bangun dirinya. Jadi orang yang sentiasa ada dengannya walaupun si suami sedang berada pada tahap terburuk dalam hidupnya.
#9. Cara Pikat Hati Suami dengan Jadikan Idola
Jadikan suami sebagai idola. Tidak salah rasanya jika memuja suami sendiri selepas segala pengorbanan dan apa yang telah dilakukannya demi keluarga tercinta.
Berikan pujian untuk setiap apa yang dilakukannya untuk keluarga.
#10. Tahu Bila untuk Memaafkan
Suami juga seorang manusia biasa yang sering membuat kesalahan. Jika suami ada membuat salah yang masih boleh dimaafkan dan si dia berusaha untuk berubah, jadi maafkanlah suami anda dan beri peluang sekali lagi.
#11. Cara Pikat Hati Suami dengan Sentiasa Berikan Kepercayaan
Di samping itu, cara pikat hati suami seterusnya adalah melalui kepercayaan. Si suami pastinya akan sangat menyayangi anda sekiranya anda memberikan kepercayaan kepada dirinya. Jangan cemburu membabi buta.
Jika anda ada kemusykilan tanyalah kepada suami secara bersemuka dan tenang.
#12. Berikan Ruang dan Waktu Kepada Suami untuk Melakukan Hobinya
Kebanyakan kaum lelaki mempunyai hobi atau aktiviti kegemaran mereka sendiri. Jangan sesekali menghalang mereka dari melakukan aktiviti tersebut. Pastinya suami akan bertambah sayang.
#13. Menjaga Hubungan Intim
Antara tujuan utama sesebuah perkahwinan adalah menghalalkan hubungan intim antara wanita dan lelaki. Oleh itu, sebagai pasangan yang berkahwin seharusnya anda menjaga hubungan intim ini sebaiknya.
Jangan menolak sekiranya suami meminta dan sekiranya tiada keuzuran. Penuhi permintaan batinnya juga adalah antara cara pikat hati suami di ranjang yang paling berkesan.
Gembira si suami dengan layanan terbaik serta hebat yang pastinya akan membuatkannya kembali tertawan dengan anda. Jadi, untuk naikkan lagi mood sekali sekala pergilah berhoneymoon di tempat-tempat menarik!
#14. Ubah Nada Percakapan
Jika sebelum ini anda bercakap dengan nada yang agak kasar, inilah masa yang tepat untuk anda ubah nada bercakap. Tidak perlu terlalu lemah gemalai apabila bercakap, tetapi cukuplah lembut di telinga apabila mendengar.
Anda juga boleh tukar nada mengikut keadaan. Contohnya, nada menggoda, nada manja dan lain-lain. Tetapi, awas! Jangan terlalu berlebih-lebih, risau suami rimas pula nanti.
#15. Sering mengucapkan ‘I Love U’ dan ‘Terima Kasih’
Ungkapkan kasih sayang dengan kata-kata yang jujur dan tegas. Walaupun nampak ringan tetapi sangat berkesan.
Anda perlu selalu ungkapkan kata-kata ini supaya suami tahu rasa cinta anda terhadap beliau dan beliau akan rasa dihargai oleh anda.
#16. Cara Pikat Hati Suami Melalui Doa dan Tawakal
Akhir sekali adalah dengan berdoa yang merupakan cara pikat hati suami dalam islam. Sentiasalah berdoa untuk memohon pertolongan dari Allah S.W.T. agar kukuhkan kasih sayang dan cinta suami hanya pada diri anda dan tutupkan pandangan mata dan hatinya dari jatuh cinta untuk mana-mana wanita melainkan hanya untuk diri anda isterinya yang sah.
Setelah selesai melakukan semua perkara, bertawakallah kepada Allah S.W.T. dan sentiasa yakin serta percaya akan pertolongan-Nya.
Semua cara pikat suami di atas bukan sahaja dapat memikat hati suami tetapi juga dapat menambahkan keserian rumah tangga anda yang semakin suram.
Ceriakan suasana dalam sesebuah hubungan dan hati pasangan dengan kasih sayang, cinta dan penghargaan. Selamat mencuba!
Selain itu, anda juga boleh amalkan doa suami isteri ini untuk kukuhkan lagi kasih sayang dan ikatan perkahwinan!