KelabMama

Cepatnya Susu Basi – Mama Yakin Ke Cara Penyimpanan Susu Ibu Tu Betul? Jom Semak Sini

cara penyimpanan susu ibu elak basi

Mempunyai susu badan yang banyak sehingga perlu diperah merupakan satu kelebihan yang tak semua orang dapat, tetapi kalau cara penyimpanan susu ibu yang diperah itu salah, alamatnya akan dibuang begitu sahaja! Sayang kan Mama?

Kalau susu badan banyak, mungkin tak kisah sangat boleh diperah lagi. Tetapi bagi Mama yang kurang susunya, memang sangat-sangat sedih kalau susu yang dihimpun dah tak boleh guna lagi! Sampai ada ibu yang menangis tau!

Jadinya, daripada membiarkan susu badan menjadi rosak disebabkan kurangnya pengetahuan Mama cara simpanan yang betul, melalui perkongsian kali ini Mama Siti nak tolong Mama-mama semua lebih faham dan jelas bagaimana cara penyimpanan susu ibu yang paling tepat.

Jom lihat caranya!

7 Cara Penyimpanan Susu Ibu Yang Betul

Kredit gambar: www.bostonmagazine.com

Berikut merupakan cara penyimpanan susu yang telah diperah:

#1. Simpan Dalam Bekas Kecil Untuk Sekali Guna

#2. Simpan Dalam Botol Kaca

Kredit gambar: www.pinterest.com

Mama boleh gunakan botol kaca untuk simpan di tempat beku kerana komponen susu berada dalam keadaan terbaik jika di simpan di dalam botol kaca.

#3. Botol Plastik

Kredit gambar: bestappsforkids.com

Pilihan yang ketiga pula adalah dengan menyimpan di dalam bekas plastik yang bebas BPA bersesuaian. Pastikan botol tersebut keras dan berwarna jernih.

#4. Cara Penyimpanan Susu Ibu di Dalam Beg Plastik Steril

Kredit gambar: babysparks.com

Mama juga boleh menggunakan beg plastik yang telah disterilkan tetapi perlu diingat hanya untuk sekali penggunaan sahaja tau!

#5. Simpan Dalam Cooler

Selain peti ais, Mama boleh cuba simpan di dalam cooler yang dipenuh dengan pek ais di mana ia mampu bertahan selama 24 jam. Cara ini sangat sesuai kalau Mama travel ke mana-mana!

#6. Cara Penyimpanan Susu Ibu di Tempat Beku Peti Ais Dua Pintu

Simpan di bahagian sejuk beku bagi peti sejuk yang mempunyai dua pintu pula, kebiasaannya ia mampu tahan selama 3 bulan.

#7. Peti Sejuk Pintu Satu

Bahagian tempat beku bagi peti sejuk satu pintu pula adalah tidak sesuai jika Mama ingin menyimpan susu selama 3 bulan kerana ia mampu bertahan selama dua minggu sahaja.

Jadual Jangka Waktu atau Tempoh Cara Penyimpanan Susu Ibu

Kredit gambar: www.fizaizawa.com

Penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk enam bulan pertama kehidupan bayi dan sebolehnya secara berterusan lebih kurang 12 bulan adalah sangat disyorkan oleh American Academy of Pediatrics (AAP).

Susu ibu banyak manfaat kepada bayi di mana ia boleh melindungi si manja Mama daripada jangkitan dan mengurangkan kadar masalah di kemudian hari seperti diabetes, obesiti dan juga asma.

Malah, protein yang terdapat di dalam susu ibu turut memudahkan ia dihadam berbanding dengan susu formula.

Bukan berkhasiat untuk bayi sahaja, tetapi untuk diri Mama sendiri. Antara kebaikan yang Mama peroleh ketika menyusukan bayi adalah ia membantu mengecutkan rahim dan menghentikan pendarahan dengan lebih cepat.

Malah, penyusuan ibu ini juga meningkatkan ikatan yang terjalin di antara ibu dan bayi. Malah, Mama juga kurang berisiko untuk menghidap kanser payudara dan ovari. Banyak manfaat kan Mama?

Jadi Mama, jangan berputus asa dalam memberi susu kepada si manja tersayang. Dengan khasiat-khasiat penting yang terkandung di dalam susu ibulah, si manja Mama akan membesar dengan sihat dan mempunyai sistem imun tubuh yang kuat.

Semoga dengan perkongsian ini, Mama semua tidak lagi silap dalam cara menyimpan susu. Semoga bermanfaat!

Kalau Mama sedang hadapi masalah nak pam susu badan, boleh dapatkan pelbagai pilihan breast pump terbaik di SINI untuk mudahkan Mama!

Kesemua breast pump ini Mama boleh dapatkannya di website Motherhood. Dengan melayari laman web ini Mama bukan sahaja boleh melihat banyak lagi barangan si manja yang lain tetapi juga berpeluang memenangi banyak hadiah yang ditawarkan.

Untuk lebih informasi, anda boleh terus ke laman web Motherhood New Mom Privilege dan daftar sebagai seorang ibu di “New Mom Program” untuk mendapatkan Welcome gift yang eksklusif dan cabutan bertuah bulanan.

31 pemenang bertuah boleh memenangi sebuah Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat dan 30 set bayi ekslusif untuk dimenangi.


Dapatkan pelbagai tips penyusuan yang lain di SINI.