KelabMama

Doktor Jelaskan Teknik Penjagaan Selepas Berkhatan Yang Lengkap Dan Betul

cara penjagaan selepas berkhatan

Kredit gambar : www.nanyfadhly.com

Ibu bapa perlu memberikan lebih perhatian mengenai cara penjagaan selepas berkhatan yang betul dan sempurna supaya proses penyembuhan selepas bersunat adalah cepat dan tidak berlaku sebarang komplikasi yang tidak diingini.

Selepas bersunat, terdapat beberapa kes di mana inflamasi/pembengkakan berlaku. Tetapi jangan risau kerana ia adalah perkara normal selagi tiada jangkitan yang berlaku dan bengkak tersebut akan kembali hilang. Tetapi jika bengkak membesar, Mama perlu membawa anak untuk berjumpa doktor dengan segera.

Berkhatan merupakan istilah yang digunakan bagi pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) akan dibuang. Ia turut dikenali dengan gelaran sunat atau dalam bahasa Inggerisnya pula ia dinamakan sebagai ‘circumcision’.

Untuk mengetahui cara penjagaan yang terbaik, ikuti perkongsian yang telah dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebook miliknya mengenai cara penjagaan yang betul selepas berkhatan ini diharapkan dapat membantu Mama dan Papa di luar sana memahaminya dengan lebih terperinci dan mendalam lagi.

Cara Penjagaan Selepas Berkhatan Yang Betul

Kredit gambar: nanyfadhly.com

Berikut merupakan tips penjagaan selepas berkhatan untuk mengelakkannya menjadi bentan dan bernanah serta memastikan luka tersebut cepat sembuh.

#1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih dari 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut iaitu:

#2. Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline.

Caranya:

#3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:

#4. Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian (seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia diliputi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.

#5. Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.

#6. Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.

#7. Pastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.

#8. Jaga pengambilan makanan.

Kredit gambar: nanyfadhly.com

Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan ayam, telur, ikan, kicap dan sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.

#9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10 hingga 14 hari. Jika ada tanda-tanda tersebut, jumpa doktor.

#10. Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.

Komplikasi-komplikasi Kesan Daripada Berkhatan

Kredit gambar: nanyfadhly.com

Tips-tips penjagaan lain:

Kredit gambar: nanyfadhly.com

#1. Pastikan anak mendapat rehat yang secukupnya.

#2. Makan ubat seperti yang tertera di preskripsi.

#3. Sentiasa pastikan luka dicuci bersih.

#4. Jangan cabut benang yang terdapat di luka jahitan. Benang tersebut akan putus atau tercabut sendiri selepas 10 hingga 14 hari.

Oleh itu, sentiasa pastikan kebersihan di tempat berkhatan sentiasa dijaga dengan rapi bagi mengelakkan sebarang komplikasi-komplikasi berlaku selepas berkhatan. Semoga bermanfaat!