Dalam sesetengah kes, ibu yang hamil akan mengalami tekanan darah rendah. Tak pun kita selalu juga dengar doktor cakap ‘HB awak rendah’. Bagi ibu hamil ni antara benda yang paling nak dielakkan tapi itulah yang kerap didengari dari mulut nurse atau doktor. Pasti ada cara naikkan HB ibu hamil ni kan? Tapi sebelum tu apa yang kita faham tentang HB ni?
HB adalah singkatan kepada hemoglobin atau sel darah merah. Semasa hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk menyokong perkembangan bayi. Bila Hemoglobin kurang ia boleh menyebabkan tubuh kekurangan kandungan oksigen, sekaligus mendedahkan ibu hamil dan bayi kepada beberapa risiko tau.
Jadi macam mana cara naikkan HB ibu hamil ni? Sebelum Mama Siti cerita lebih lanjut, biar Mama Siti explain dulu pasal Hb ni supaya semua lebih jelas dan boleh juga tambah ilmu baru.
Definisi Hb atau Hemoglobin
Hb adalah sel darah merah yang berfungsi membawa bekalan oksigen ke seluruh badan. Kalau badan kita kurang menghasilkan Hb, kita akan disahkan menghidap anemia.
“Ha sudah, apa pulak anemia tu Mama Siti?”
Anemia bermaksud kurangnya sel darah merah dalam badan. Anemia juga sering dikaitkan dengan kekurangan zat besi. Ia juga berlaku disebabkan kekurangan Vitamin B12 dan asid folik juga tau!
Apakah Tanda Seseorang Mengalami Anemia?
Gejala yang menunjukkan mama mengalami anemia atau hemoglobin rendah adalah seperti berikut:
- Cepat penat dan lemah badan
- Kulit kelihatan pucat
- Denyutan jantung tak teratur
- Sesak nafas
- Sakit kepala
- Pening
- Berdebar-debar
Selalunya, bila ada tanda-tanda ni, doktor akan buat ujian darah untuk pastikan yang mama hidap anemia. Dan kebiasaannya ujian ini akan dibuat pada trimester pertama, iaitu pada awal kehamilan mama.
Anemia sangat berbahaya kepada si comel. Kenapa? Darah yang dihasilkan oleh badan Mama akan digunakan untuk menampung tumbesaran bayi. Seseorang itu disahkan mengidapi anemia bila tahap hemoglobin kurang dari 11 g/dl semasa trimester pertama, 10.5 g/dl semasa trimester kedua dan 10 g/dl pada trimester ketiga. Tapi mama jangan risau, pasti ada cara naikkan HB ibu hamil ni.
Cara Menaikkan HB Pada Ibu Hamil Dengan 10 Makanan Ini
Bagi yang mengalami hb rendah masa hamil, ini ada cara untuk naikkan HB. Mama dinasihatkan supaya mengambil makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Menurut portal MyHealth, antara makanan yang tinggi dengan zat besi adalah:
- Ayam
- Kekacang seperti kacang merah dan kacang pea
- Ikan
- Daging merah (hati merupakan bahagian yang kaya dengan zat besi)
- Jem kacang
- Kacang soya
- Roti
- Oat
- Kismis
- Sayuran hijau seperti bayam
- Makanan laut seperti kerang
Selain itu, hb rendah atau anemia selalu dikaitkan dengan masalah badan yang tak mampu menyerap zat besi dengan efektif. Namun masalah ini boleh diatasi, jika kita memperbanyakkan makan makanan yang kaya dengan Vitamin C. Contoh paling senang kalau kita cakap pasal Vitamin C adalah buah-buahan dan sayuran. Betul tak? Antara buah yang kita boleh dapatkan sumber Vitamin C untuk naikkan HB ibu hamil seperti:
- Brokoli
- Limau gedang
- Kiwi
- Sayuran hijau
- Tembikai
- Oren
- Cili
- Strawberi
- Tangerin
- Tomato
Tips dari pakar kesihatan
Mama yang alami hb rendah masa hamil juga disarankan untuk patuh dengan jadual temujanji dengan doktor. Bukan apa, senang doktor nak keep on track kesihatan mama. Kalau ada kurang zat atau apa-apa masalah, boleh kita rawat dengan lebih awal. Demi Mama dan si comel dalam kandungan juga.
Kalau diperlukan atau keadaan mama macam kurang sangat nutrien seperti zat besi, asid folik; kadang-kadang doktor akan prescribe suplemen untuk mama contohnya ubat tambah darah atau ubat-ubat lain yang diperlukan oleh wanita hamil. Ada juga untuk sesetengah kes, doktor akan memberi suntikan zat besi atau juga pemindahan darah bagi meningkatkan paras hb dalam badan ibu hamil.
Namun pemindahan hanya dilakukan jika mama berada dalam keadaan yang agak kronik dan selalunya proses ini dilakukan pada 34 minggu ke atas. Dan yang paling penting, masalah ini perlu diatasi sebelum tibanya due date. Sebabnya kita tak nak ada masalah semasa kelahiran nanti.
Kesan jika kekurangan hb masa hamil
Anemia boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pra matang, kematian bayi dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran. Kesan pada bayi pula boleh menyebabkan tumbesaran yang terbantut, kerencatan perkembangan akal dan psikomotor.
Semoga bermanfaat!
BACA LAGI AMALAN IBU MENGANDUNG & PENDARAHAN KETIKA HAMIL
Pesan Mama Siti
Masalah kekurangan hb masa tengah mengandung ni bukanlah satu hal yang rare. Ramai ibu mengandung yang alaminya. Jadi, mama yang alami masalah ini, jangan terlalu risau sampai stres. Ikut je apa doktor cakap, kalau doktor suruh makan ubat, makan makanan ini dan itu; kita ikut je okay? Moga perjalanan mengandung Mama semua berjalan lancar.