KelabMama

Anak Mama Malas? Ibu Ini Kongsi Bagaimana Naikkan Motivasi Anak Dengan Mudah

Secara definisinya, malas bermaksud tidak mahu berbuat apa-apa langsung. Selain itu, malas juga tidak mahu menolong orang lain. Malas juga sering dikaitkan dengan konotatif yang negatif. Anak Mama ada perangai seperti ini ke?

Sekiranya Mama mula nampak perangai seperti ini dalam anak-anak Mama, Puan Wawa Shauqi yang sering kongsikan pengalaman dan tips keibubapaan, kongsikan pula cara-cara untuk menaikkan motivasi anak-anak.

Jom baca perkongsian beliau:

Motivasi untuk Anak-Anak

Post ini adalah mengenai MOTIVATION. Macam mana kita nak didik anak kita yang MALAS. Dan macam mana nak jadikan anak kita rajin mengemas, rajin urus diri dan rajin belajar tanpa disuruh.

  1. Intrinsic Motivation. Ini yang Akil ada. Intrinsic Motivation tu adalah bila tingkah laku kita ni didorong oleh rasa puas. Puas bila berusaha. Puas bila belajar. Puas bila dapat buat sendiri.
  2. Extrinsic motivation. Ini pula apa yang anak saya ada. Extrinsic motivation adalah, bila anak terdorong buat sesuatu, hanya bila adanya reward. Termasuklah reward main main fon, reward sticker dan sebagainya.

Extrinsic Tidak Bagus Apabila Dewasa

Extrinsic ni tak bagus untuk kesan jangka masa panjang. Sebab ia tak mendidik bila anak dewasa.

Kredit gambar: Istock

Kesannya:

  1. Anak hanya buat sesuatu hanya bila ada reward.
  2. Membesar dengan perangai suka bertangguh.
  3. Kurang rasa komited dan ‘sense of responsibility’ tak ada.

Haa.. Tak nak kan anak-anak kita jadi macam tu bila dah besar.

Alangkah bahagia kita dapat besarkan anak-anak yang rajin macam anak-anak di Jepun tu. Sebenarnya ada cara untuk tingkatkan motivasi dan minat anak.

Tak perlu disuruh, tak perlu ditempik, tak perlu dijentik. Mereka mampu ada motivasi untuk lakukan kerja-kerja dengan sendiri, walaupun masih kecil.

Ayuh kita cuba lakukan 6 langkah untuk anak kita yang MALAS, bertukar jadi RAJIN.

6 Motivasi Untuk Anak Malas

#1 Gamifikasi

Ibu bapa atau guru suntik elemen kreatif permainan dalam aktiviti/kerja yang mahu anak selesaikan. Contoh: lumba mengemas, belajar ABC secara bermain dan menari, treasure hunt sewaktu belajar.

#2 Rasa Pencapaian

#3 Menetapkan Matlamat

Instead of reward sticker, ganti dengan goal chart. Buat senarai kecil atau poster yang tertulis MATLAMAT akhir yang anak nak capai.

#4 Bergerak

#5 Muzik

#6 Kata-Kata Semangat

Banyak input yang kita dapat daripada Puan Wawa Shauqi seperti gamifikasi, memberi mereka rasa sesuatu pencapaian, menetapkan matlamat, bergerak, muzik dan juga kata-kata semangat.

Pesan Mama Siti:

Dengan cara-cara ini, semoga ia bermanfaat untuk Mama laksanakan di rumah. Motivasikan anak Mama dengan tips-tips ini dan lihat perubahannya! Mama Siti doakan semoga berjaya dan selamat mencuba!