Mama ada anak istimewa berumur bawah 18 tahun dan menetap di Selangor? Ini berita baik buat Mama! Kerajaan Negeri Selangor kini membuka permohonan untuk Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) 2025, dengan jumlah bantuan one-off sehingga RM5,000.
Bantuan ini disediakan khas bagi meringankan beban keluarga yang menjaga anak-anak istimewa, khususnya dari segi pendidikan, terapi, rawatan perubatan serta keperluan harian khas anak-anak tersebut.
Nak tahu lebih lanjut? Jom Mama Siti kongsikan maklumat penting tentang cara permohonan dan syarat kelayakan bantuan ini.
Apa Itu Bantuan Khas ANIS?

Program ANIS ialah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor di bawah pengurusan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang memberi tumpuan kepada kebajikan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini.
Melalui Bantuan Khas ANIS 2025, pemohon yang layak boleh menerima bantuan kewangan berdasarkan tiga kategori utama:
- Kategori A (RM1,000): Bantuan untuk menampung kos pendidikan anak-anak istimewa yang mengikuti kelas khas atau sesi intervensi dan terapi.
- Kategori B (RM1,200): Bantuan kewangan bagi pembelian ubat-ubatan khas serta makanan tambahan yang disyorkan untuk keperluan kesihatan anak.
- Kategori C (sehingga RM5,000): Bantuan bagi pembelian peralatan perubatan atau membiayai kos pembedahan penting yang diperlukan oleh anak.
Syarat Kelayakan Permohonan
- Pemohon dan anak mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di negeri Selangor.
- Anak (penerima manfaat) berumur bawah 18 tahun (lahir pada tahun 2006 dan ke atas).
- Anak mestilah mempunyai Kad OKU JKM atau Surat Pengesahan Diagnosis daripada doktor pakar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Permohonan kali pertama akan diberi keutamaan, dan pemohon daripada kategori B40 dan M40 pula diutamakan untuk kelulusan.Permohonan kali pertama
Cara Memohon Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)2025

Permohonan Bantuan Khas ANIS 2025 boleh dilakukan melalui 3 langkah mudah:
1. Mohon Secara Dalam Talian
Mama perlu mengisi permohonan secara atas talian melalui laman web rasmi di www.anisselangor.com/bantuananis. Permohonan dibuka mulai 7 April 2025 (Isnin), jam 8:30 pagi.
2. Cetak Borang Permohonan
Sebaik sahaja selesai mengisi borang secara dalam talian, Mama perlu mencetak borang permohonan yang lengkap sebagai dokumen rujukan.
3. Hantar Borang & Dokumen Sokongan
Borang permohonan yang telah dicetak bersama dokumen sokongan perlu dihantar ke Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berhampiran.
Tarikh akhir penghantaran ialah pada 2 Mei 2025 (Jumaat), jam 5:00 petang. Pastikan Mama hantar semuanya sebelum tarikh tutup ya!
Sekiranya Mama memerlukan bantuan atau maklumat lanjut, Mama boleh menghubungi talian hotline ANIS yang tersedia di laman web rasmi. Selain itu, Mama juga boleh melayari laman web di www.anisselangor.com untuk maklumat yang lebih terperinci.
Untuk lebih mudah, Mama boleh hadir terus ke mana-mana pusat ANIS atau Pusat Khidmat DUN yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan secara bersemuka.
Bantuan ini bukan sekadar wang ringgit, tetapi satu bentuk penghargaan kepada Mama Papa dan penjaga yang gigih membesarkan anak-anak istimewa dengan penuh kasih sayang dan usaha.
Jangan lepaskan peluang ini ya Mama! Mohon segera sebelum tarikh tutup. Semoga sedikit sebanyak, bantuan ini dapat memberi sinar harapan dan kemudahan buat keluarga tersayang.
Dapatkan lebih banyak berita yang terkini dan menarik di SINI.