Perasaan risau pastinya membelenggu Mama dan Papa tatakala mendapati suhu tubuh si kecil yang semakin tinggi. Selain bimbang dengan ketidakselesaan si manja, demam ini turut dikhuatiri berbahaya sehingga cenderung mengakibatkan sawan sampai Mama sendiri cuak untuk fikirkan cara menurunkan panas badan bayi.
Ya Mama, meskipun bayi dan demam adalah suatu perkara normal, umpama pepatah ianya tidak dapat dipisahkan. Namun sekiranya dibiarkan kerana Mama beranggapan ia boleh pulih sendiri, Mama silap.
Walaupun kebanyakkan kes demam bayi bukan suatu penyakit kritikal, namun jika suhu mereka tidak dibantu untuk diturunkan, ia boleh menyebabkan sawan (bagi kes suhu demam yang terlampau tinggi).
Kumpulan bayi disahkan demam apabila mencapai suhu tubuh sehingga 37°C ke atas.
Bagi bayi yang berusia enam bulan dan ke bawah, kebiasaannya doktor terutama di fasiliti kesihatan swasta tidak menggalakkan pemberian ubat demam kerana cenderung untuk bayi tadi membina sistem imun mereka sendiri bagi menentang virus (selagi mana result bacaan darah mereka tiada tanda mencurigakan).
Justeru, masa inilah Mama disarankan untuk mencuba kaedah tradisional dan beberapa cara menurunkan panas badan si manja.
Bukan apa, jika dibiarkan melarat tanpa dipantau, suhu demam dikhuatiri semakin tinggi dan berisiko terkena sawan seperti yang Mama Siti sebutkan tadi.
Namun awas! Sekiranya suhu bayi anda mencecah 39°C ke atas, sila berjumpa dengan doktor segera. Berikut merupakan beberapa cara menurunkan panas badan bayi yang Mama boleh cuba pada si manja.
1. Cold Compress
Salah satu cara menurunkan panas badan bayi yang paling popular adalah dengan meletakkan kain basah atau menampal pelekat sejuk di dahi si kecil. Ini merupakan salah satu cara utama dan paling terbaik untuk suhu badan bayi yang panas.
Dengan melakukan kaedah ini, ia amat membantu menurunkan suhu panas bayi Mama. Malah, Mama juga dapat rasa kain basah tadi akan menjadi kepanasan di atas dahi bayi kerana ia menyerap haba panas di tubuh mereka.
2. Lukewarm Bath
Membuat rendaman mandian air suam juga merupakan salah satu rawatan alternatif yang selamat dan boleh dipercayai. Mama hanya sediakan air rendaman dengan suhu suam-suam kuku.
Ingat, jangan sediakan air sejuk kerana suhu badan bayi yang panas tadi boleh menyebabkan ia berubah dengan drastik. Hal ini boleh mengakibatkan demam mereka bertambah buruk. Ha, bahaya kan?
3. Hidrasi
Sama seperti kita yang dewasa, kekal hydrate adalah perkara paling penting dan cara menurunkan panas badan bayi ketika demam mahupun cuaca panas.
Sememangnya mencabar untuk memastikan si manja minum susu atau air sepanjang kondisinya tidak sihat, namun Mama jangan biarkan mereka sehingga dehydrate dan kekurangan cecair dalam tubuh.
Ini akan menyebabkan tahap kesihatan mereka lebih bahaya. Banyakkan minum air kosong, jus buah-buahan dan yogurt kerana ia sangat baik untuk tubuh mereka sekaligus mampu menyingkirkan demam.
4. Memakai Pakaian Sesuai
Ingat yerr Mama, pakaian tebal termasuklah berselimut ketika demam bukan kaedah terbaik untuk menurunkan suhu tubuh. Malah, cara ini lebih berisiko memerangkap haba sekaligus meningkatkan suhu demam tadi.
Kaedah yang selamat adalah dengan memakai pakaian nipis untuk si kecil agar suhu tubuh dapat diturunkan selain memudahkan kulit bernafas dengan baik.
Apabila berada di luar, elakkan terik cahaya matahari secara direct pada si kecil bagi kerana ia boleh memberi kesan kepada suhu panas matahari hingga menyebabkan badan bayi juga menjadi lebih panas.
5. Rawatan Bawang
Petua anak demam guna bawang merah dipercayai menjadi amalan masyarakat India.
Bawang merah dikatakan dapat membantu dalam mengurangkan suhu badan tetapi juga melegakan kesakitan badan semasa demam.
Potong nipis bawang merah dan gosokkan dua ke tiga keping pada kaki anak selama beberapa minit. Ulang proses ini sebanyak dua kali sehari untuk mengurangkan demam.
6. Mandian Halia
Halia dipercayai berfungsi membunuh bakteria punca demam pada anak. Ia turut menyebabkan anak berpeluh dan seterusnya membantu mengeluarkan haba badan dan toksin.
Masukkan dua sudu besar serbuk halia ke dalam tab mandian anak yang berisi air suam. Kacau sebati. Semasa mandi elakkan air campuran daripada terkena mata si kecil.
7. Urut Dengan Mustard Oil & Bawang Putih
Mustard oil dan bawang putih berupaya menjadi ubat tradisional bagi anak yang demam di malam hari. Caranya adalah dengan memanaskan dua sudu makan mustard oil dan tambahkan sesudu makan bawang putih tumbuk.
Gaulkan kedua-dua bahan tadi dan biarkan dalam dua minit. Kemudian sapukan ke dada, tapak kaki, kaki, punggung, dan leher si kecil sebelum tidur.
Seperti halia, mustard oil dan bawang putih juga adalah agen penyebuhan yang baik ketika demam kerana membantu menyingkirkan toksin dam badan.
8. Telur Putih
Rendam kain dengan putih telur. Letakkan kain basah tersebut di telapak kaki bayi dan balut dengan stoking. Ketika kain kering dan menjadi hangat, ganti dengan yang baru. Ulangi sampai demam berkurang.
9. Lemon & Madu
Bancuhan madu bersama air panas dan perahan lemon merupakan antara petua turun suhu anak demam. Kedua-dua gabungan ini adalah immunity booster yang hebat! Namun, pastikan Mama dah beri anak minum air suam atau sudah sejuk sebelum itu.
Berikut dos madu yang disyorkan untuk anak Mama:
- 1-5 tahun: ½ sudu teh
- 6-11 tahun: 1 sudu teh
- 12 tahun ke atas: 2 sudu teh
Tapi awas yer, jangan sesekali memberikan madu kepada bayi di bawah usia setahun. Ia berisiko menyebabkan mereka mengalami botulisme iaitu penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan maut.
10. Minum Air Kelapa
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, air kelapa disarankan seminggu sekali diambil anak kita. Lebih-lebih lagi bagi merawat masalah demam, batuk dan sebagainya. Memang elok!
Bahkan paling baik untuk merawat masalah demam berpanjangan.
Menurut beliau, banyak kandungan elektrolit di dalam buah kelapa yang mampu untuk anak kekal hydrate serta menyejukkan suhu tubuh anak si kecil. Air kelapa sesuai diambil untuk bayi seawal enam bulan dan ke atas.
11. Tidur di Dalam Ruang Bersuhu Bilik
Letakkan bayi didalam ruang yang bersuhu bilik, nyaman dan selesa. Pastikan kipas dipasang untuk angin yang nyaman dan pergerakan udara yang berkesan. Udara yang nyaman dapat membantu menurunkan suhu badan bayi, ditambah lagi dengan kain basah didahi dan ketiak bayi.
Suhu yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk dapat membantu mengurangkan suhu badan bayi. Buka tingkap dan pintu supaya pengaliran udara lebih lancar, nyaman dan udara segar dapat masuk dan menyegarkan bayi.
12. Pastikan Bayi Kerap Menyusu
Bayi yang demam harus diberikan makanan seimbang kerana dietnya dapat membantu mempercepatkan proses untuk sembuh. Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi kerana susu ibu mengandungi imunisasi dari ibu. Pastikan bayi makan dan minum seperti biasa, dan lebihkan pengambilan cecair dalam bentuk susu.
Jika bayi sudah diberikan makanan pejal, berikan cecair tambahan dalam bentuk jus buah-buahan, sup sayur dan air. Cecair tambahan penting kerana semasa demam, banyak cecair dalam badan hilang. Ini juga dapat memastikan bayi tidak mendapat masalah lain seperti dehydrate atau sembelit.
13. Lendir Daun Bunga Raya
Tahukah Mama lendir bunga raya disapu pada tubuh adalah remedies yang sangat mujarab. Ini merupakan antara cara menurunkan panas badan bayi tradisional yang semakin dilupakan.
Jika suhu badan si manja masih tinggi, pada waktu pagi, petik beberapa helai daun bunga raya, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit. Potong kecil-kecil daun tersebut, ditapis dan diambil lendirnya.
Melumurkan lendir bunga raya pada tubuh anak dipercayai dapat membantu menurunkan suhu badan yang panas.
NOTA: Mama boleh mencuba petua anak demam yang dikongsikan di atas. Tetapi sekiranya terdapat sebarang kebimbangan dengan keadaan si kecil, bawalah mereka untuk pemeriksaan segera.
Untuk lebih informasi yang terkini serta perkongsian menarik daripada pakar-pakar di Malaysia, Mama boleh sertai Motherhood New Mom Privilege. Mama juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai baucar, welcome gift, cabutan bertuah bulanan, dan hadiah istimewa apabila anda mendaftar di New Mom Program yang dianjurkan Motherhood.com.my.
Pelbagai info dan tips tentang kesihatan bayi, boleh klik di SINI!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.