KelabMama

Muntah dan Cirit Birit? 5 Cara Mengatasi Keracunan Makanan dan Ketahui Puncanya!

cara mengatasi keracunan makanan

Keracunan makanan menyebabkan badan lemah dan tidak bertenaga. Beberapa cara boleh diusahakan untuk mengatasi keracunan makanan pada diri seseorang. 

Sebelum itu, kita juga perlu tahu punca atau faktor yang menyebabkan keracunan makanan agar dapat mengelakkannya berulang lagi di masa hadapan. 

Ayuh, kita ambil tahu punca dan cara mengatasi keracunan makanan.  

Punca Keracunan Makanan

Kredit gambar: Everyday Health

Keracunan makanan boleh berlaku disebabkan oleh tahap kebersihan makanan itu sendiri. Boleh jadi, Mama tidak sengaja makan dan minum sesuatu yang telah tercemar. 

Pencemaran silang (cross contamination) berkemungkinan besar menjadi punca perpindahan bakteria dari satu proses ke proses seterusnya. Pencemaran boleh berlaku di mana-mana tahap seperti sewaktu penanaman, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran dan penyediaan. 

Bakteria dan virus menjadi punca utama setiap kali keracunan makanan terjadi kepada seseorang pesakit. 

Kita tidak dapat menolak punca keracunan makanan adalah disebabkan oleh toksik. Toksik yang dihasilkan oleh bakteria dan virus pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang kemudiannya dimakan oleh manusia.  

Keracunan makanan pada seseorang boleh juga berpunca daripada bahan kimia berbahaya yang entah bagaimana boleh wujud dalam suatu hidangan. 

Punca keracunan makanan boleh disebabkan oleh satu faktor atau lebih. Oleh itu, penting untuk kita ambil tahu tentang tahap kebersihan makanan sebelum dimakan. 

5 Cara Mengatasi Keracunan Makanan

#1 Minum Air Putih

Kredit gambar: Women’s Health

Banyakkan minum air putih ketika Mama mengalami keracunan makanan agar badan kekal terhidrasi. 

Cirit-birit mengakibatkan banyak air dikeluarkan, jadi kita perlu pastikan cukup air dalam badan ketika keracunan makanan. 

Lebih baik lagi jika Mama minum air kaya elektrolit seperti air kelapa, tembikai dan susu lembu untuk mengurangkan rasa sakit perut. 

#2 Berehat

Kredit gambar: FImela

Cirit-birit, muntah dan pening kepala membuatkan badan rasa tidak bermaya. Justeru, pesakit yang dijangkiti keracunan makanan perlu mendapatkan rehat yang cukup. 

Kurangkan aktiviti berat dan banyakkan tidur dalam keadaan selesa bagi mengatasi keracunan makanan. Tempoh rehat itu bertujuan untuk memberi masa badan membaiki sel-sel yang rosak akibat keracunan makanan. 

#3 Makanan Yang Sesuai

Kredit gambar: portalmadura.com

Ketika keracunan makanan, kita akan hilang selera makan. Bukan semua jenis hidangan sesuai diambil pada saat ini kerana boleh memburukkan lagi keadaan. 

Mama Siti sarankan agar Mama tidak meninggalkan makanan setiap hari, dimulakan dengan hidangan separa pejal seperti bubur. 

Penting untuk Mama elakkan makanan berlemak, bertekstur keras dan masam agar sistem penghadaman tidak bekerja terlalu keras.  

#4 Minum Air Halia

Kredit gambar: India.com

Kalau agak-agak Mama tak boleh ‘telan’ air halia, Mama Siti cadangkan agar Mama minum air teh dengan beberapa hirisan halia. 

Aroma dan rasa air halia itu bertindak untuk melegakan saluran penghadaman yang menjadi punca keracunan makanan. 

Alternatif lain, Mama juga boleh amalkan yogurt sebagai cara mengatasi keracunan makanan. Probiotik dalam yogurt penting dalam membantu membasmi bakteria jahat dalam badan.

#5 Makan Ubat Doktor

Kredit gambar: The Bump

Tidak ada yang lebih baik lagi untuk mendapatkan rawatan selain berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Selesai diperiksa, doktor akan memberikan preskripsi ubat yang perlu dimakan bagi mengatasi keracunan makanan. 

Doktor selalunya akan memberikan ubat antibiotik jika keracunan makanan disebabkan oleh jangkitan bakteria. Manakala, ubat adsorben akan diberikan jika keracunan makanan yang disebabkan oleh cirit-birit akut.  

Kredit gambar: Adobe

Masalah badan lemah dan tidak bertenaga ketika keracunan makanan perlu diselesaikan dengan cara mengatasi keracunan makanan. 

Sebagai persediaan tambahan, kita juga perlu tahu apakah punca berlakunya keracunan makanan agar tidak berulang lagi nanti. 


Dapatkan lebih informasi mengenai kesihatan Mama sekeluarga di SINI.