Cili jeruk sering dihidangkan dengan kuetiau. Namun sebenarnya, cili jeruk pun sedap tau kalau dicecah dengan nasi atau ikan goreng. Masam-masam pedas rasanya.
Jadi, Mama Siti nak kongsikan cara membuat cili jeruk yang rangup dan tahan lama khas untuk Mama semua.
Cara Membuat Cili Jeruk
Resepi oleh: Naeamah Balqis
Bahan-Bahan
- Cili hijau besar
- Air panas
- Garam
- Cuka makan
- Air
Cara-Cara Membuat Cili Jeruk
#1 Dapatkan beberapa biji cili besar di pasar dan cuci dengan air bersih untuk menghilangkan debu-debu yang ada.
#2 Letakkan di atas papan pemotong dan potong cili nipis-nipis mengikut citarasa Mama.
#3 Alihkan semua cili yang telah dipotong ke dalam bekas berongga dan kacau menggunakan sudu agar bijinya tertanggal.
Selain itu, Mama boleh juga guna kaedah menampi untuk mengasingkan biji-biji cili.
#4 Kemudian, kita akan cuci sekali lagi cili yang telah dipotong itu dengan air bersih. Apabila sudah bersih, rendam dalam air panas selama 5 hingga 10 minit dan toskan airnya.
#5 Tuangkan cili potong ke dalam satu bekas. Selepas itu, masukkan cuka, air, garam dan gula. Kacau sebati supaya semua bahan-bahan itu larut dan menyatu dengan cili.
#6 Setelah dipastikan semuanya sudah sebati, simpan dalam balang-balang kecil untuk memudahkan Mama apabila ingin makan nanti.
#7 Lama-kelamaan, Mama akan perasan warna cili akan berubah dari warna hijau kepada kekuningan.
Tips Membuat dan Menyimpan Cili Jeruk
- Cili dan balang mestilah kering dan bersih supaya cili jeruk boleh tahan lama.
- Cili jeruk boleh disimpan di suhu bilik atau di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kualitinya.
Cara membuat cili jeruk sangat mudah. Lagipun kita lebih yakin dengan kualiti dan kebersihannya berbanding makan di kedai.
Selain itu, Mama boleh juga cuba resepi air asam ikan bakar yang pedas menyengat ni. Sedap juga dimakan dengan ikan goreng.
Dapatkan pelbagai lagi resepi masakan yang lain di SINI!