“Seronoknya kalau dapat makan daging masak hitam lauk kenduri ni. Kan elok kalau aku dapat makan.”
Siapa pernah rasa macam tu? Disebabkan tak mampu nak menggigit daging, maka terpaksa lupakan niat makan lauk daging tersebut.
Mama Siti mungkin tak tahu apa keadaan sebenar Mama lupakan hasrat nak makan lauk daging itu. Tapi mungkin salah satunya ialah sebab daging liat dan susah nak gigit.
Jadi, kali ini Mama Siti bawakan khas cara melembutkan daging. Terutamanya daging lembu, daging kambing dan daging ayam kampung.
Dari cara potongan, tips sebelum masak dan olahan resepi. Semua ada dalam artikel kali ini. Apa tunggu lagi, ayuh!
9 Cara Melembutkan Daging Yang Berkesan
#1 Baking Soda/ Soda Bikarbonat
Secara saintifiknya, bahan aktif dalam baking soda iaitu ion bikarbonat mampu melembutkan daging.
Pertama sekali, Mama perlu potong daging kepada bahagian kecil. Kemudian, perap daging dengan baking soda selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.
Walau bagaimana pun, jika Mama kehabisan soda bikarbonat, ambilkan sahaja baking powder atau serbuk penaik. Namun begitu, bahan aktif dalam serbuk penaik hanya 25% daripada baking soda.
Ringkasnya, bagi setiap 500g daging, Mama masukkan satu ¼ atau suku sudu. Manakala kalau Mama menggunakan baking soda, masukkan satu sudu.
#2 Potong Serong + Nipis
Luas permukaan mempengaruhi interaksi dengan sesuatu bahan. Ha, macam hipotesis kajian sains pula kan.
Tapi, memang betul, kalau nak daging cepat lembut, cara potongan daging pun turut memainkan peranan tau Mama. Potong nipis-nipis dan berlawanan arah, atau Mama boleh baca artikel ni untuk panduan potong daging yang betul.
#3 Goreng Kering
Melalui perkongsian Cikgu Ida atau nama facebooknya Mahamidah Hamdan, beliau melembutkan daging tanpa perlu merebus.
Caranya ialah masukkan dua sudu minyak ke dalam kuali dan panaskan. Seterusnya, terus masukkan daging sambil ubah kepada api kuat.
Kemudian, air daging akan mulai keluar dan Mama hanya perlu diamkan sahaja. Apabila air semakin kering barulah kita gaulkan supaya daging tak hangus.
#4 Betik Muda/Nanas
Setiap buah-buahan dan sayuran mempunyai enzim tertentu. Di satu sisi, enzim itu melindungi buah namun dengan kebijaksanaan orang-orang tua, mereka dapati betik muda dan nanas membantu melembutkan daging.
Enzim papain dan enzim bromelain menguraikan protein dengan lebih cepat. Caranya, masukkan buah betik mudah dalam masakkan Mama dan kawal suhu pada 50 hingga 70℃. Suhu memainkan peranan agar enzim berfungsi secara optimum.
#5 Cara Melembutkan Daging Guna Cuka
Tambahkan cuka makan ke dalam air rebusan atau perapan daging. Perap untuk beberapa jam dan Mama akan dapat hasil daging yang lembut.
#6 Periuk Tekanan (Pressure Cooker)
Apabila dimasak dengan suhu tinggi, kolagen dalam daging mengecut dan kering. Kolagen bertukar kepada gelatin dan akhirnya daging menjadi lembut.
Caranya, masukkan daging dalam periuk tekanan dan isikan air hingga daging tenggelam. Lebihkan sedikit air sebagai langkah berjaga-jaga jika pressure cooker kekurangan air semasa memasak.
#7 Buah dan Biji Kurma
Cara lain untuk melembutkan daging ialah dengan biji kurma. Enzim dalam biji kurma mempunyai sifat persamaan dengan papain. Ia ialah ajen paling berkesan untuk melembutkan daging yang liat.
Caranya, masukkan beberapa biji kurma ke dalam masakkan. Apabila daging sudah empuk, ceduk dan buangkan biji kurma tadi.
Tips tambahan: Masukkan buah kurma untuk masakkan yang berkaramel atau ada rasa manis dan letakkan biji kurma untuk masakan berkuah seperti sup.
#8 Cara Melembutkan Daging Guna Sudu
Sud ialah alat pengalir haba. Menambahkan sudu dalam masakan menambah suhu secara keseluruhan.
Semakin tinggi suhu, semakin kurang tempoh yang diperlukan untuk daging menjadi empuk. Pastikan sudu yang digunakan bersih ya.
#9 Cara Melembutkan Daging Guna Asid (Lemon/Yogurt)
Asid menjadikan proses penguraian menjadi lebih pantas. Jadi disini, Mama boleh olah masakkan dengan bahan masakkan berasaskan asid seperti lemon dan yogurt.
Contohnya, tambahkan yogurt apabila untuk menu daging masak kurma supaya Mama tak perlu tunggu lama untuk daging lembut.
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Ada cara rupanya nak lembutkan daging. Paling biasa kita dengar ialah gunakan sudu besi.
Ada pula yang cara yang lain iaitu menggunakan betik muda dan nanas. Selain itu, cara potong daging pun main peranan juga tau.
Lepas ni, bolehlah beli daging dan masak lauk kegemaran Mama. Akhirnya boleh juga makan daging tanpa perlu susah payah menggigit. Sampai lenguh dibuatnya.
Ketahui pelbagai tips dan panduan pemakanan terbaik DI SINI.