Baru-baru ni Mama Siti terjumpa satu video tentang cara nak lembutkan daging, dan video tersebut menggunakan paracetamol sewaktu memasak daging!
Sampai macamtu sekali netizen punya kreativiti. Tapi sebenarnya perbuatan ni boleh memberi pelbagai jenis risiko tau!
Memasak daging hingga empuk adalah seni yang memerlukan perhatian pada pemilihan daging berkualitas dan pemahaman teknik memasak yang tepat.
Ibu dapat mencapai hasil terbaik dengan memilih daging yang memiliki kandungan lemak yang baik, serta mengaplikasikan metode seperti memasak perlahan-lahan atau menggunakan bumbu yang cocok untuk merendam daging.
Panduan ini memberikan wawasan bagaimana memasak daging hingga lembut dan lezat, memungkinkan ibu untuk menciptakan hidangan yang memanjakan keluarga dengan cita rasa yang tiada tanding.
Dengan pemahaman mendalam mengenai teknik-teknik ini, ibu bisa menciptakan hidangan daging yang lembut serta enak, menjadikannya pilihan kegemaran keluarga.
5 Cara Melembutkan Daging
#1 Perapan
Perapan berunsur asid dapat membantu mengatasi atau meredakan kekerasan daging. Merendam daging dalam campuran perendaman yang terbuat dari jus lemon, limau nipis, cuka, atau yogurt dapat membantu membuat protein yang keras pada daging terurai dan menjadi lebih lembut.
Tetapi, penting untuk tidak membiarkan daging terendam dalam perapan terlalu lama karena asid dapat mengurai struktur protein daging secara berlebihan. Hal ini dapat membuatnya terlalu lembut dan menjadi lembek.
Disarankan untuk merendam dalam perendaman selama 30 menit hingga dua jam saja.
Beberapa jenis buah mengandung enzim yang dapat membantu melunakkan daging, seperti:
- Pir
- Betik
- Kiwi
- Nanas
Langkah-langkah yang anda perlu lakukan sangat lah mudah:
- Kisar buah-buahan ini menjadi bentuk puri terlebih dahulu.
- Kemudian, tambahkan sedikit dari campuran perapan ini bersama puri buah.
- Rendam daging dalam bahan yang telah dikisar tersebut.
Jika Anda memilih nanas, pastikan untuk tidak merendamnya terlalu lama. Kandungan bromelain dalam nanas dapat membuat daging terlalu lembek.
#2 Memukul/Menumbuk Daging
Menggunakan penukul khusus untuk menumbuk daging adalah teknik yang efektif untuk membuatnya menjadi lebih lembut.
Tetapi, jika daging ditumbuk terlalu keras atau dalam waktu yang terlalu lama, daging bisa menjadi terlalu hancur dan lembek.
Anda bisa menggunakan penukul yang memiliki banyak jarum tajam atau mata yang menembus daging dengan lembut.
#3 Biji/Buah Kurma
Buah kurma atau bijinya adalah antara bahan yang boleh melembutkan daging. Letakkan 4-5 biji buah kurma ke dalam daging yang sedang dimasak dan daging akan melembut dengan cepat. Ia juga akan menjadi pemanis semulajadi yang enak apabila dimasak.
Bagi yang tak mahu ada rasa kurma dalam masakan, boleh gunakan bijinya sahaja untuk meningkatkan takat didih air, dan mempercepatkan daging untuk lembut.
Sumber: Siraplimau.com
#4 Api Perlahan
Memasak daging yang keras dengan api kecil dalam waktu yang lebih lama dapat membantu membuat daging menjadi lebih lembut.
Hal ini kerana serat yang keras, kolagen, dan jaringan penghubung pada daging akan terurai dengan mudah, menyebabkan daging menjadi lebih empuk.
Alternatifnya, Mama juga bisa memanfaatkan teknik “braise” pada oven Anda untuk memasak daging pada suhu rendah secara perlahan.
#5 Potong Lawan Arah Urat
Cara melembutkan daging yang ini juga sering digunakan oleh rakyat tempatan dan ia sememangnya sangat berkesan. Jangan sesekali memotong daging mengikut arah urat atau serat daging. Potong daging berlawanan daripada arah urat daging dan sebaiknya ia dipotong dengan ketebalan yang agak nipis.
Cara ini boleh membantu daging untuk dimasak dengan lebih cepat. Apabila Mama memotong berlawanan arah urat, Mama memotong serat otot, menjadikannya lebih mudah untuk dikunyah.
Dalam bahasa lebih mudah, fikirkan urat otot sebagai gelang getah. Kalau Mama memotong daging selari dengannya, anda akan mendapat tali yang panjang dan keras.
Sebaliknya, memotong berlawanan arah serat otot akan memendekkannya. Itu akan memastikan bahawa daging dipotong sama rata dan tidak akan penuh dengan serat bertali.
Sumber: BradleySmoker.com
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Untuk lebih banyak tips masakan Mama Papa bileh klik di SINI.