Tempoh 28 hari selalu dijadikan contoh kitaran period yang normal kerana ianya berlaku bagi kebanyakkan wanita. Seorang wanita yang normal sebenarnya akan mengalami tempoh kitaran menstruasi atau haid selama 21 hingga 35 hari.
Cara penggiraannya ialah bermula dari hari pertama haid hingga hingga satu hari sebelum hari haid yang seterusnya.
Namun begitu ada kalanya Mama mungkin menghadapi keadaan dimana haid tidak datang pada hari yang sepatutnya. Ketahuilah, Mama sedang berada dalam fasa period tidak normal atau haid tidak lancar.
Maksud haid tidak lancar ialah apabila seseorang menghadapi salah satu dari keadaan seperti:
- Period lambat atau terhenti
- Pendarahan bukan pada waktu sepatutnya
- Kekejangan abdomen luar biasa
- Mual dan muntah
- Pendarahan lebih banyak dari biasa
Kali in, Mama Siti bawakan kepada Mama 15 cara untuk melancarkan haid secara tradisional dan telah diamalkan sejak dahulu lagi. Petua orang lama, jangan dilupakan. Kena pada cara, mujarab juga nanti.
Tetapi sebelum itu, pernahkah Mama terfikir kenapa haid boleh jadi tak lancar?
Punca-Punca Haid Tidak Lancar
- Kaedah kontraseptif
Kawalan kehamilan seperti kaedah intrauterin (IUS) menyebabkan sesetengah wanita mengalami haid yang panjang dan menyakitkan.
- Gangguan Tiroid
Jika Mama adalah pesakit tiroid, jangan terkejut jika haid menjadi tidak lancar. Ini kerana tiroid menghasikan hormon metabolik. Ia menyebabkan pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita.
Sista kecil yang mengandungi cecair yang berada di ovari seseorang perempuan. PCOS ialah masalah kesihatan serius. Selain mengakibatkan kitaran haid tidak menentu, ia juga menyukarkan proses kehamilan.
- Gaya Hidup
Berat badan yang meningkat dan berkurang secara mendadak menyebabkan ketidakesimbangan hormon. Hormon-hormon dalam badan manusia saling berkaitan dan mudah terpengaruh oleh aktiviti fizikal dan keadaan emosi seseorang.
- Kemoterapi dan terapi radiasi
Ubat kemoterapi boleh mengganggu sistem pembiakan wanita sepanjang proses kemoterapi berlaku. Antara ubat kemoterapi yang digunakan ialah methotrexate dan doxorubicin.
15 Cara Melancarkan Haid Secara Tradisional
#1 Halia
Tumbuk dan rebus selama lima minit. Selepas itu, saringkan dan minum dengan tambahan madu.
Hadkan halia kepada 4g setiap rebusan. Pengambilan halia berlebihan menyebabkan sakit perut disebabkan ulser dan cetusan asid perut.
Amalkan minuman halia tiga kali sehari untuk mendapatkan kitaran haid yang normal.
#2 Kayu Manis
Terdapat dua kaedah cara melancarkan haid melalui kayu manis. Pertama, taburkan serbuk kayu manis dalam susu. Kedua, gunakan kayu manis dalam masakan.
Kayu manis memberikan kesan pemanasan sekaligus membantu menstabilkan hormon dalam badan.
#3 Jus Lobak Merah & Anggur
Jus lobak merah dan anggur sangat digalakkan ketika Mama menghadapi masalah kitaran haid tidak menentu. Kandungan vitamin A dan C serta kalsium dan zat besi dalam sayur dan buah itu memelihara hormon agar tidak terpengaruh dengan perubahan hormon lain.
#4 Bayam/Brokoli/Asparagus
Sayur berdaun hijau yang paling tinggi nutrisi vitamin B. selain melancarkan haid, ia juga meredakan gejala PMS atau premenstrual syndrome. Banyakkan makan sayur berdaun hijau agar sakit pinggang, kekejangan perut dan dada serta emosi berada dalam keadaan terkawal.
#5 Susu/ Yogurt/ Keju
Produk olahan susu sememangnya baik untuk melancarkan haid Mama. Manakan tidak kerana ia kaya dengan vitamin D.
Tubuh badan yang kekurangan vitamin D mudah dipengaruhi haid seseorang. Selain diperolehi dari produk tenusu, vitamin D juga boleh didapati melalui cahaya matahari dalam lingkungan jam 10 pagi.
#6 Buah Betik
Dalam buah betik, terdapatnya karotena. Ia ialah nutrisi yang menjaga hormon-hormon dalam badan terutamanya estrogen.
Apabila estrogen seimbang, pendarahan haid akan menjadi lancar setiap bulan. Cadangan pengambilan buah betik ialah dua potong betik setiap malam.
#7 Nenas
Enzim bromelain dalam kandungan nenas melembutkan dinding rahim. Seterusnya darah akan mulai turun dari dinding rahim sebagai haid.
#8 Daun Betik
Jangan tak tahu daun betik sangat kaya dengan vitamin A, B, C, D, E serta kalsium. Cara melancarkan haid dengan daun betik adalah dengan minum air rebusannya.
Cara penyediaanya: Rebuskan daun betik dengan asam jawa dan sedikit garam. Apabila menggelegak, tutup api dan minum airnya.
#9 Air Buah Kelapa
Air kelapa ada sebatian laurik yang bersifat antikulat, antibakteria dan antivirus. Pakej lengkap untuk melawan penyakit.
Tambahan pula, buah kelapa terdapat banyak gizi yang diperlukan tubuh badan.
#10 Kunyit
Kebanyakkan wanita Indonesia masih lagi minum jamu kunyit hingga ke hari ini.
Jamu kunyit mempunyai sebatian fenolik iaitu curcumin yang mempunyai banyak khasiat perubatan. Sebatian ini bersifat antiradang dan anti oksida.
#11 Ginseng Wanita (Dong Quai)
Tanaman herba ini terkenal di benua asia timur seperti Jepun, Korea dan China. Ianya memperkaya, meningkatkan dan memelihara kualiti darah.
Tambahan pula, ginseng wanita membantu pengaliran darah ke bahagian pelvis, merangsang pengembangan dan pengecutkan otot rahim.
#12 Mandi Air Panas
Apabila Mama mandi air panas, otot-otot yang tegang akan mulai kendur. Selanjutnya, ia mengurangkan stress dan meningkatkan aliran darah.
Hasilnya, mandian air panas melancarkan kitaran haid yang telah lama terhenti.
#13 Berat Badan Ideal
Peningkatan berat secara tiba-tiba menyebabkan darah keluar lebih banyak dari biasa. Manakala, penurunan berat badan secara drastik pula berkemungkin menyebabkan haid Mama terhenti.
Risiko itu berlaku kerana perubahan berat badan mempengaruhi perubahan interaksi antara hormon.
#14 Meditasi
Kadang-kala, Mama mengalami haid tidak lancar kerana stress melampau dan tidak segera diatur. Stress boleh diatur melalui meditasi seperti yoga.
Kelebihan meditasi ialah mampu menyeimbangkan hormon dalam badan sekaligus meredakan stress dan tekanan.
Lakukan sekurang-kurangnnya 10 minit setiap hari.
#15 Rehat Secukupnya
Badan akan mula membaiki sel-sel badan yang rosak ketika seseorang tidur. Rehat dan tidur sangat penting agar Mama berasa tenang.
Kekurangan tidur atau tidur yang tidak berkualiti mengganggu kitaran haid seseorang. Mulai hari ini, ambil perhatian perihal rehat dan tidur.
Haid yang normal bermula dari 21 hingga 35 hari bagi setiap kitaran. Tanda-tanda seseorang menghadapi masalah haid tidak normal ialah apabila period datang lambat dan berlaku pendarahan bukan pada waktunya.
Sekurang-kurangnnya, terdapat lima punca utama terjadinya haid yang tidak lancar. Contohnya, kawalan kehamilan dan penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).
Oleh itu, Mama Siti telah pun kongsikan 15 cara melancarkan haid untuk Mama. Dari makanan, minuman dan aktiviti harian pun Mama Siti ada senaraikan sekali.
Jika cara ini masih belum membantu, Mama Siti nasihatkan agar Mama segera berjumpa doktor. Risau kalau-kalau Mama adalah pesakit PCOS dan tiroid.
Ayuh Mama kita ambil berat tentang kitaran haid masing-masing. Harapnya tidak ada yang memandang enteng dan bersikap sambil lewa.
Dapatkan pelbagai info kesihatan Mama (wanita) yang lain di SINI.