Buat Mama yang baru pertama kali jadi ibu, tahniah kami ucapkan! Sebagai ibu baru, banyak perkara yang perlu Mama pelajari.
Antara perkara yang Mama perlu tahu adalah cara mandikan bayi yang betul dan apakah persediaan yang Mama perlu lakukan.
Jadi, bagi membantu Mama, di dalam perkongsian ini, kami telah terangkan dengan lengkap apa yang perlu Mama sediakan dan lakukan ketika memandikan bayi.
Jom lihat!
Sediakan Peralatan Mandi dan Cara Mandikan Bayi Yang Betul
Sebelum mandikan bayi, Mama perlu sediakan beberapa peralatan mandian. Letakkan semuanya di satu tempat supaya Mama tak perlu tergopoh-gapah mencapai atau mencari ketika sedang memandikan bayi. Antaranya adalah:
- Sediakan tab mandi bayi dan sokongan mandi jika anda menggunakannya. Jika inginkan lebih keselamatan dan tidak mahu lantai terlalu licin, Mama boleh hamparkan kain di bawah tab mandi atau tempat duduk.
- Sediakan juga baldi diisi penuh dengan air bersih dan gayung untuk membilas tubuh si manja.
- Termometer untuk cek suhu air sebelum memandikan bayi sekiranya Mama ada. Suhu air yang bersesuaian untuk mandian bayi adalah sekitar 37 darjah Celcius hingga 38 darjah Celcius. Jika anda tidak mempunyai termometer mandian, gunakan siku atau pergelangan tangan dalam anda, untuk mengukur suhu air mandian.
- Sediakan juga satu set produk mandian yang mesra bayi dan berupaya melindungi kulit bayi dari segala kotoran dan bakteria.
- Mama juga perlu sediakan tuala yang bersih dan kering untuk mengelap tubuh bayi selepas dimandikan.
- Elakkan daripada mengisi tab mandi melebihi paras pinggang (dalam posisi duduk) walaupun untuk bayi yang lebih tua.
- Sekiranya bayi meragam dan tidak mahu duduk di dalam tab mandi, jangan memaksanya. Apa yang perlu anda bua adalah tuang air ke atas sambil anda memangkunya.
Cara Mandikan Bayi Yang Betul
#1. Buka pakaian bayi
Buka pakaian bayi satu persatu. Kemudian selimutkan bayi dengan tuala dan bersihkan kemaluan mereka sebelum memasukkannya ke dalam tab mandi.
#2. Letakkan Bayi Di Dalam Tab Mandi
Dengan cara yang lembut, perlahan-lahan masukkan bayi ke dalam tab mandia. Pangku kuat leher bayi menggunakan tangan kiri untuk elakkan sebarang kecederaan.
#3. Jirus Air
Setelah itu, ambil air di dalam baldi menggunakan gayung dan jurus perlahan ke atas bayi bermula dari tengah badan. Bagi bayi yang baru sahaja dilahirkan, Mama perlu mengekalkan mandian iaitu tidak lebih daripada lima hingga 10 minit. Hal ini bagi megelakkan kulitnya menjadi kering .
#4. Titiskan Sabun Mandi
Setelah seluruh tubuh bayi sudah dibasahi air, Mama boleh gunakan sabun dengan menitiskan beberapa titisan di tubuhnya.
#5. Cara Mandikan Bayi Dengan Ratakan Sabun
Gosok lembut tubuh bayi dengan meratakan sabun di keseluruhan tubuhnya.
#6. Bahagian Bawah Leher
Kebiasaannya, leher bayi akan dipenuhi dengan daki jadi Mama perlu beri lebih perhatian di kawasan ini. Cuci bersih bahagian bawah leher ini menggunakan sabun tadi.
#7. Cara Mandikan Bayi Dengan Gosok Bahagian Bawah Ketiak
Sama seperti leher, bawah ketiak juga cenderug untuk memeliki daki. Mama perlu gosok lembut bawah leher hingga semua daki keluar sempurna.
#8. Bilas Badan Dengan Air Bersih
Setelah selesai menggosok bayi, Mama boleh membilasnya dengan menggunakan air yang bersih. Angkat bayi dan letakkannya dalam posisi duduk dengan mengampunya menggunakan tangan anda.
#9. Cara Mandikan Bayi Dengan Gosok Untuk Cuci Kemaluan
Titiskan sedikit sabun di tubuh dan bersihkan kawasan kemaluan bayi.
#10. Bersih Celah Jari Kaki
Kemudian, bersihkan celah-celah jari kaki bayi.
#11. Bersihkan Celah Jari Tangan
Sama seperti kaki, Mama perlu bersihkan celah jari tangan bayi supaya ia tidak tercemar dan kuman dapat dihapuskan. Memandangkan bayi suka menghisap tangan mereka, langkah pencucian ini adalah sangat penting.
#12. Bersih Muka Bayi
Kemudian, bersihkan bahagian muka bayi anda secara lembut dan perlahan-lahan.
#13. Bersihkan Mata
Seterusnya, Mama bersihkan pula bahagian mata bayi. Buang segala sisa kotoran seperti tahi mata jika ada di matanya.
#14. Syampu Rambut
Setelah itu, ambil syampu rambut dan titiskannya di atas kepala bayi. Gosok lembut kulit kepala bayi.
#15. Bilas Tubuh Dengan Air Bersih
Jika seluruh langkah cucian telah dilakukan, Mama jirus tubuh si kecil menggunakan air yang bersih.
#16. Cara Mandikan Bayi Dengan Lap Kering
Setelah selesai mandi, ambil kain tuala yang bersih dan lap tubuh si kecil kemudian barulah selimut bayi anda dengannya.
Semoga dengan perkongsian ini, Mama tidak lagi takut untuk mandikan yakin sendiri.
Sertai Kelas Parentcraft Bersama Motherhood.com.my
Untuk panduan yang lebih jelas dan boleh menjawab segala persoalan Mama dan Papa, Mama boleh sertai kelas Parencraft yang dianjurkan Motherhood.com.my.
Mama hanya perlu daftar di SINI untuk mendapatkan unlimited Parentcraft Live Classes dan sesi workout, sebuah Parentcraft Kit berharga RM50, dan diskaun setiap bulan dan baucer di Motherhood.com.my.
Yang paling menarik, para peserta mendapat peluang full access kepada checklist dan resources yang eksklusif hanya untuk anda. Layari Motherhood.com.my untuk maklumat lanjut.
Lihat panduan penjagaan si manja yang lain dengan klik SINI.