Mama mungkin confuse mana satu cara mandi wajib yang sebenar dan sah. Ada pelbagai pendapat yang cakap kena ambik wuduk sebelum mandi atau kena asingkan mandi wajib dengan mandi biasa.
Mandi wajib ni sebenarnya asas dalam kesucian dalam kehidupan kita. Tanpa mandi wajib yang sah dan sempurna, solat dan ibadah kita tidak akan diterima oleh Allah.
Ada pelbagai pendapat mengenainya, tetapi secara umum, mandi wajib Mama Papa tidak memerlukan wuduk sebelum melakukannya.
Tapi sebenarnya, mandi wajib ni senang je, kalau Mama Papa berendam dalam tab mandi sekali pun hukumnya tetap sah tau.
Hukum Mandi Wajib
Mandi wajib atau disebut juga sebagai mandi hadas besar ni hukumnya WAJIB. Sebab tu, kita perlu ambik mudah tentang perkara ni. Antara sebab kenapa kita perlu mandi wajib:
- Bersetubuh
- Air mani terkeluar secara sengaja ataupun tidak sengaja
- Perempuan yang habis period
- Keluar darah nifas (darah yang diiringi selepas bersalin)
- Wiladah (bersalin)
- Mati selain mati syahid
Kalau ada sebab salah satu dari yang Mama Siti senaraikan ni belum mandi wajib, maka hukumnya haram untuk mengerjakan solat, menyentuh, membaca, membawa al-Quran, mengerjakan tawaf dan perkara yang lain-lain diharamkan ketika dalam keadaan berhadas besar.
Perintah untuk mandi wajib ni berdasarkan firman Allah dalam surah al-Maidah:
Dan jika kamu sedang junub, maka bersuci (mandilah) kamu
(al-Maidah 5: 6)
Jadi, kalau Mama Papa masih lagi dalam keadaan berhadas besar, wajib untuk segera mandi supaya suci daripada hadas besar.
Niat untuk Mandi Wajib
Sebenarnya setiap mandi wajib ni berbeza niat tapi boleh saje lakukan dengan niat yang umum. masih sah mandi wajib tersebut.
نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ اْلحَدَثِ اْلأَكْبَرِ فَرْضًا لِلهِ تَعَالَى
Rumi: “Nawaitu raf’al hadatsi akbari lillahi ta’ala.”
Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”
Hukum Mandi Wajib
Sebenarnya mandi wajib ni ada dua je hukumnya.
Pertama, berniat untuk mandi wajib dan kedua, ratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir.
Jom kita tonton video yang Mama Siti kongsikan supaya Mama Papa tidak keliru tentang cara mandi wajib.
Mandi wajib ni tak ada perbezaan cara mandi antara Mama dengan Papa. Cuma Mama kenal lebih teliti semasa meratakan air ke rambut dan celah-celahan supaya air dapat mengalir keseluruh badan Mama. Selesai je mandi wajib, Mama Papa boleh amalkan doa mandi wajib ini.
Kalau badan Mama Papa ada luka jangan risau, masih boleh mandi wajib. Balut je kawasan yang luka supaya tak kena air dan Mama Papa boleh mandi wajib seperti biasa.
Tak susah pun sebenarnya nak mandi wajib ni kan. Tidaklah serumit seperti yang Mama Papa dengar selama ini. Ingat! Mandi wajib adalah perkara wajib yang kita perlu lakukan dan tidak boleh di pandang remeh.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Tingkatkan amal ibadah dengan panduan ilmu keagamaan yang lain di SINI.