KelabMama

Cara Mandi Nifas Dan Wiladah Selepas Bersalin

Bagi mama yang dah banyak kali bersalin, mesti dah terbiasa dengar mandi nifas atau mandi wiladah ni kan? Tapi untuk first-time Mama, mesti ada yang macam, ‘eh apa tu Mama Siti? Mandi apa ni actually?’ Mandi yang dimaksudkan adalah tuntutan Islam bagi setiap wanita yang telah bersalin. Jom Mama Siti explain cara mandi nifas dan wiladah yang betul!

Tapi sebelum tu, kita tengok dulu apa maksud nifas dan wiladah. Sebab Mama Siti yakin ramai lagi yang tak berapa tahu pasal ni kan, selalu kita dengar mandi wajib je; bila habis period dan lepas bersetubuh.

Apa itu Nifas dan Wiladah?

Darah nifas adalah darah yang keluar lepas kita bersalin, yang mana darah ini akan keluar dalam tempoh 40-60 hari lepas kita melahirkan anak. Tak kira lah setitik ke banyak ke, tetap di kira darah nifas selagi dalam tempoh 60 hari dan wajib keatas ibu untuk mandi nifas.

Wiladah bermaksud ‘melahirkan kandungan’, jadi bila mama dah bersalin, mama perlu mandi wiladah. Tak kira lah bersalin normal atau operation ke.

Tapi ramai yang confused juga, mana satu dulu, kena buat dua-dua ke atau boleh gabung ke macam mana?

Okay macam ni, lepas je bersalin, kita wajib untuk mandi wajib. Kalau lepas kita bersalin, tak ada darah yang keluar, kita niat untuk mandi wiladah. Tapi kalau ada darah keluar, kita niat untuk mandi nifas je. Jelas?

Cara Mandi Nifas Dan Wiladah Yang Betul

Tips ini dikongsi oleh seorang mama melalui akaun Facebooknya, iaitu Nurliana binti Mat Hussin.

Ibu mengandung dan bakal melahirkan anak patut tahu tentang mandi wajib selepas bersalin. Bagi orang Islam adalah WAJIB untuk mandi hadas besar ini supaya amalan kita diterima Allah SWT. Ada juga sesetengah ibu yang telah melahirkan anak 5 orang tak tahu adanya mandi wajib lepas bersalin.

Niat Mandi Wiladah

“Sahaja aku mandi wajib Wiladah kerana Allah Taala”

*Ratakan air keseluruh badan.

Niat Mandi Nifas

“Sahaja aku mandi Nifas kerana Allah Taala”

*Ratakan air keseluruhan badan.

(p/s: selepas bersalin, biasanya ada darah nifas jadi nak angkat hadas besar tak boleh, jadi selepas habis nifas, mandi niat angkat hadas besar maka terangkat hadas wiladah dan nifas hanya sekali saja.)

Mama dan bakal mama semua dah jelas ke belum? So, kesimpulannya tak perlu buat dua-dua. Salah satu sudah cukup kerana Islam itu mudah. Kalau tak ada darah nifas, mandi wiladah je dan solat seperti biasa. Tapi kalau darah nifas ada, tak boleh solat lagi lah.

Tapi, kalau darah nifas tu lebih dari 60 hari, haaa ianya dikira darah Istihadha. Semua mesti dah familiar kan dengan perkataan tu. Oh ya, sebelum Mama Siti terlupa, kalau ada mama yang mengalami keguguran, mama perlu mandi nifas.

Harapnya semua jelas dan faham dengan cara mandi nifas dan wiladah yang betul. Semoga bermanfaat!

Sumber: Nurliana binti Mat Hussin & Sis Hawa

BACA LAGI DOA MUDAH BERSALIN UNTUK MAMA AMALKAN

Pesan Mama Siti

Lepas ni, takde lagi lah alasan ‘eh saya tak tahu lah Mama Siti’ atau ‘saya tak pernah dengar pun’. Mama Siti harap semua take note hal ini, sebabnya kalau kita tak mandi wajib, tak angkat hadas besar, semua amalan kita tak diterima lah. Kan sia-sia tu. Yang tak tahu, kita boleh belajar, kita belajar sama-sama.