Kadang kedengaran cliche – “I akan pastikan anak-anak I sihat sentiasa sebab I hanya akan berikan yang terbaik je dekat diorang” – namun, itulah hakikat apabila anda menjadi seorang ibu.
Dari segi pemakanan, kesihatan, pakaian, permainan, apa sahaja, kalau boleh semua ingin berikan yang premium dan daripada sumber-sumber yang dijamin keselamatannya.
Apabila anak mula bersekolah, mak-mak jugalah yang paling teruja untuk belikan baju dan alatan sekolah yang terbaik.
Dalam masa yang sama, kita juga yang paling risau dan runsing fikirkan kesihatan anak-anak kerana mereka lebih mudah terdedah kepada pencemaran dan persekitaran yang pelbagai apabila sudah kembali ke sekolah.
Mama Siti masih ingat bagaimana anak Mama Siti yang baru seminggu ke sekolah, sudah mula jatuh sakit. Dan apabila Mama Siti ‘risik’ daripada mak-mak lain cara mereka menjaga dan meningkatkan sistem imun anak-anak, barulah Mama Siti tahu – rupa-rupanya mereka memberikan Scott’s Pastil Dengan Vitamin C pada anak-anak setiap hari!
Kenapa Scott’s Pastil Dengan Vitamin C?
Apabila bercakap mengenai makanan atau vitamin untuk anak-anak, pasti ada momen ‘indah’ seperti berkejaran dengan anak dan nada tinggi bak latihan vokal dari para ibu. Kerana apa? Kerana susah ya apabila anak-anak mula pandai memilih makanan ni.
Tetapi, dengan Scott’s Pastil dengan Vitamin C ini, tidak lagi. Kadang tu, Mama tak sempat nak tanya pun anak-anak dah cari dahulu!
Scott’s Pastil dengan Vitamin C kaya dengan vitamin C yang membantu dalam meningkatkan sistem imun anak-anak1 yang sedang membesar. Kandungan vitamin C dalam Scott’s Pastil ini juga menyumbang kepada penyerapan zat besi daripada makanan yang bagus untuk tubuh badan mereka.
Yang lebih menarik, Scott’s Pastil dengan Vitamin C ini didatangkan dalam pelbagai perisa menarik yang sesuai dengan cita rasa anak-anak seperti beri campuran, blackcurrant, oren, pic, dan mangga, menjadikannya pilihan utama dan terbaik untuk anak-anak.
Mama kini boleh mempraktikkan tip daripada mak-mak gojes di atas dengan mendapatkan Scott’s Pastil dengan Vitamin C dan juga produk Scott’s yang lain menerusi Store Official Scott’s. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook dan Instagram Scott’s Malaysia hari ini.
PM-MY-SCT-24-00041
Rujukan:
- Maggini S, Wenzlaff S, Hornig D. Essential role of vitamin C and zinc in child immunity and health. J Int Med Res. 2010 Mar-Apr;38(2):386-414. doi: 10.1177/147323001003800203. PMID: 20515554.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.