KelabMama

CARA KENDALIKAN BAKI TALI PUSAT BAYI BARU LAHIR

Setelah bayi anda dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat bayi anda. Bayi anda tidak akan terasa sakit apabila ini dilakukan. Di tempat tali pusat melekat ke perut, terdapat baki atau tunggul yang tertinggal sepanjang dua ke tiga sentimeter.Tunggul itu akan mengecut, menjadi hitam dan akhirnya gugur lebih kurang seminggu selepas kelahiran. Akan terdapat luka kecil yang akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.

Merawat tunggul tali pusat bayi Anda perlu memastikan baki tali pusat bayi anda bersih dan kering untuk mencegah jangkitan kuman. Anda boleh memandikan bayi anda dari atas ke bawah dengan flanel suam basah. Tidak ada masalah jika tunggul itu terkena air. Ini tidak akan melambatkan pemulihan atau memudahkan infeksi.

Anda boleh mencuci tunggul bayi dengan air biasa atau sabun lembut tanpa wangian atau sedikit pencuci bayi pH neutral yang dicampurkan ke dalam air mandi. Selepas dimandi atau dicuci, tepuk-tepukkan tunggul itu dengan tuala atau kain lembut. Pastikan bayi anda tidak sejuk dan biarkan tunggul kering sebelum memakaikan lampin.

Anda tidak perlu menggunakan antiseptik untuk baki tali pusat itu. Cukup setakat memastikan ianya bersih. Menggunakan antiseptik bermakna tunggul itu akan mengambil masa lebih lama masa untuk tanggal. Bagaimanapun, jika bayi anda dilahirkan pramatang atau telah menghabiskan masa di bawah rawatan khusus, elok juga dipastikan tunggul dicuci bersih dengan antiseptik. Kakitangan unit neonatal akan menasihati anda bagaimana memastikannya bersih.

 

Beberapa Lagi Tip Yang Boleh Ikuti Untuk Merawat Tunggul Bayi Anda Adalah:

 

 

 

Sumber: Internet