“Dulu sebelum pregnant badan saya kurus, perut pun langsing je. Tapi sejak bersalin ni, berat dah turun tapi tang perut ni susah sangat! Tak tahu cara nak kempiskan perut lepas bersalin yang betul,”.
Mama Siti percaya pasti ramai para wanita yang telah bergelar ibu akan mengalami perubahan postur badan terutama sekali di bahagian perut., atau orang panggil “mommy pouch”.
Jika ditanya pada orang tua-tua lama, kebanyakan mengatakan ia adalah perkara normal kerana saiz rahim sudah tidak lagi seperti dulu.
Tapi tak kurang juga yang menyalahkan wanita berkenaan kononnya tidak berpantang dengan betul. Walhal, Mama telah berusaha sehabis baik untuk berpantang secara tradisional tanpa skip satu pun!
Punca Perut Buncit Selepas Bersalin
Hmm, jadi di mana silapnya? Menurut laman web oleh merdeka.com punca perut buncit selepas bersalin kemungkinan disebabkan oleh diastasis recti. Apa pula diastasi recti tu? Ia adalah keadaan menimpa wanita hamil dan mereka yang baru lepas bersalin.
Ini berlaku apabila otot rektus abdominis (six-pack ab muscles) itu menjadi renggang semasa kehamilan lantaran menampung bayi dalam rahim. Keadaan inilah membuatkan perut seseorang itu buncit berbulan-bulan atau bertahun-tahun selepas bersalin.
Bagaimanapun, berita baiknya adalah, otot six pack yang renggang ini boleh diperbaiki dengan latihan khas khususnya aktiviti yang melibatkan bahagian perut.
Jadi, Mama tak perlu susah hati bila tengok perut buncit lepas bersalin. Yang Mama perlukan hanyalah semangat dan azam tinggi untuk melakukan senaman serta menjaga pemakanan.
Senang kata macam orang nak kurus badan. Cuma ada amalan tertentu dalam misi menjadikan perut Mama kembali kepada saiz flat tummy. Bagaimana caranya? Ini beberapa cara kempiskan perut selepas bersalin yang Mama harus cuba!
5 Cara Kempiskan Perut Selepas Bersalin
1. Memakai Bengkung
Memetik laporan Hello Doktor, amalan mengikat perut dengan ketat dipercayai dapat membantu memberikan sokongan dan menjaga perut agar berada pada tempat dan keadaan sepatutnya.
Secara tidak langsung ia membolehkan tubuh terutamanya bahagian perut untuk melakukan perubahan setelah melahirkan anak.
Amalan ini juga membantu penyembuhan tubuh dengan betul. Cuma bezanya cara hilangkan perut menggeleber kini menggunakan bengkung yang lebih bervariasi dari aspek material dan kepanjangan.
2. Senaman Kegel
Senaman kegel ini adalah penting untuk mengetatkan kembali otot pelvik selepas bersalin. Senaman ini juga mudah kerana boleh melakukannya di mana-mana tanpa bantuan sesiapa.
Oleh itu, dengan senaman yang mudah ini dapat bantu anda untuk kempiskan perut buncit selepas bersalin dengan berkesan.
3. Mengawal Pemakanan
Makanan tinggi kalori seperti makanan proses atau yang tinggi gula pastinya bukan menu terbaik untuk tubuh semua orang.
Pengambilan makanan tidak berkhasiat seperti ini boleh menyebabkan perut Mama lebih susah nak kempis tau!
Makan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan protein yang sihat dijamin lebih mempercepatkan proses mengempiskan perut. Mama kena kurangkan pengambilan garam dan gula dengan sebanyak yang mungkin.
Untuk pengetahuan Mama, buah-buahan dan sayur-sayuran seperti betik, grapefruit, mangga, brokoli dan kale boleh membantu untuk kempiskan perut buncit selepas bersalin tau!
4. Menyusukan Bayi
Ini paling mudah Mama. Wanita yang baru bersalin dengan aktiviti menyusukan anak adalah perkara yang tak dapat dipisahkan.
Sebab tu ketika di awal berpantang, nurse yang memantau perkembangan Mama dan bayi sering menyarankan untuk menyusukan anak dengan susu badan bagi tujuan mengecutkan saiz rahim.
Bila Mama kerap menyusukan anak, darah nifas akan keluar lebih lancar sekaligus membantu menurunkan ketinggian rahim.
Malah, badan dapat meningkatkan tahap metabolisma, jadi lemak-lemak degil dapat dihapuskan dengan lebih cepat.
Apabila menyusu badan, tubuh Mama mampu membakar sehingga 500kalori setiap hari tau. 500 kalori tu bersamaan dengan aktiviti berlari tanpa henti pada kelajuan 10km/h selama 45 minit. Wah, tak larat rasanyakan nak berlari selama itu non-stop kan!
5. Bertungku
Bertungku juga merupakan salah satu cara untuk mengempiskan perut selepas bersalin. Antara khasiat bertungku kepada
Mama lepas bersalin adalah dapat membantu mengeluarkan peluh dan toksin berlebihan dalam badan sekaligus juga boleh memecahkan lemak badan.
Hasil bertungku, badan akan terasa lebih ringan dan segar. Bila nak bertungku? Boleh amalkan bertungku selepas mandi pada waktu pagi dan malam untuk mendapatkan manfaat bertungku sepenuhnya.
Khas untuk Mama yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Untuk pelbagai lagi tips mengenai kesihatan Mama, boleh klik di SINI tau!