KelabMama

Tentang Azan: Cara Jawab, Doa Lepas Azan dan Sunah Ketika dan Selepas Azan

cara jawab azan

Terlupa atau tak tahu, tak menjadi masalah kalau kita sentiasa nak tambah baik nilai diri sendiri. 

Mama Siti kongsikan cara jawab azan untuk setiap satu lafaz azan yang dikumandangkan. 

Begitu juga dengan doa selepas azan serta sunah yang boleh diamalkan ketika dan selepas azan. 

Cara Jawab Setiap Lafaz Azan

Kredit gambar: iqra.republika.co.id

Lafaz azan: اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ

Dijawab dengan: اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ

Lafaz azan:أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Dijawab dengan:أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ 

Lafaz azan: أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ

Dijawab dengan:أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ

Lafaz azan: حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ

Dijawab dengan: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Lafaz azan: حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ

Dijawab dengan: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Lafaz azan: اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ

Dijawab dengan: اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ

Lafaz azan: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Dijawab dengan: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Doa Lepas Azan

Kredit gambar: Serenamaklong

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، أتِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَالشَّرَفَ وَالدَّرَجَةَ الْعَالِيَةَ الرَّفِيعَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدتَهُ، إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Doa Lepas Azan Dalam Rumi/ Latin

Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.

Wassolatil qaimah.

Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.

Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.

Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.

Innaka laatukhliful mi’ad.

Maksud Doa Lepas Azan

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.

Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,

Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Sunah Ketika dan Selepas Azan

Kredit gambar: Salafi Shayiq

#1 Menjawab Azan

Paling utama ialah menjawab lafaz azan dan membaca doa apabila selesai azan dikumandangkan. 

Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahwa Rasulullah SAW berkata, “Jika kalian mendengar panggilan (Azan), maka hendaklah kalian mengucapkan seperti apa yang diucapkan oleh muazzin.

Namun pada ucapan “Hayya ala ash shalah dan hayya ala alfalah”, maka dianjurkan mengucapkan, “Laa haula wa laa quwwata illa billah.”

#2 Selawat Ke Atas Nabi

Daripada Abdullah bin Amr bahwa Rasulullah bersabda,

“… kemudian hendaklah kalian berselawat kepadaku karena sesungguhnya barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah SWT akan berselawat untuknya sepuluh kali.”

Maha baiknya Allah, setiap satu selawat kita kepada Rasulullah SAW, 10 kali Allah berselawat pula kepada kita. 

#3 Mohon Agar Dapat Kedudukan Wasilah

Rasulullah SAW bersabda, “…kemudian mintalah kepada Allah SWT untukku “wasilah” karena ia adalah kedudukan di surga yang tidak diberikan melainkan hanya kepada seorang hamba saja dan aku berharap semoga seorang bamba tersebut adalah aku. Maka barangsiapa yang memintakan untukku wasilah maka pantas baginya syafaatku.”

Wasilah ialah kedudukan istimewa disisi Nabi Muhammad SAW di syurga kelak. Semoga kita menjadi orang yang berdamping dengan Rasulullah SAW di akhirat nanti. 

#4 Lafaz Kalimah Tauhid

Kredit fambar: SeekersGuider

Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abu Waqqash bahwa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang mengucapkan ketika ia mendengar azan, “asyhadu an laa ilaha illa Allahu wahdahu laa syarika lahu wa anna muhammadan ‘abduhu wa rasuluhu, radhitu billahi rabban, wa bi muhammadin rasulan, wa bi al islami diinan,” maka Allah akan menghapuskan dosa-dosanya.”

Doa ini ada di dalam susuna al makthurat yang dibaca setiap pagi dan petang. Doa ini juga dijadikan sunah selepas azan. 

#5 Berdoa

Selepas waktu azan ialah salah satu waktu mustajab berdoa. Dalam erti kata lain, doa-doa yang dipanjatkan selepas azan akan dimakbulkan oleh Allah SWT. 

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bahwa seseorang berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya para muadzin mendapatkan kemuliaan melebihi kami,” maka beliau bersabda, “Ucapkanlah seperti apa yang mereka katakan! Setelah engkau selesai, mintalah (berdoa) maka (permintaan tersebut) akan dikabulkan.”

Kredit gambar: Arrival Guides

Jadi, begitulah caranya untuk jawab azan bagi setiap lafaz azan yang dilantunkan oleh muazin ataupun bilal. 

Demi melengkapkan ibadah ini, kita digalakkan membaca doa selepas azan dan amalkan sunah semasa azan dan selepas selesai azan. 

Semoga kita sentiasa ingat untuk jawab azan setiap kali bilal melantunkannya. 


Dapatkan lebih banyak tips, cerita dan panduan keagamaan di SINI.