KelabMama

Cara Betul! Jawab Azan Subuh dan Sunah di Waktu Subuh

Bagi sesiapa yang mendengar laungan azan sama ada secara langsung atau melalui rakaman ketika masuknya waktu solat hendaklah menjawab azan tersebut. 

Terdapat penambahan lafaz azan pada azan subuh dan ada cara tersendiri untuk lafaz tersebut. Berikut Mama Siti kongsikan cara menjawab azan subuh yang betul. 

Cara Jawab Azan Subuh

Kredit gambar: Sahan Journal

Lafaz azan: اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ

Dijawab dengan: اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ

Lafaz azan:أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Dijawab dengan:أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ 

Lafaz azan: أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ

Dijawab dengan:أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ

Lafaz azan: حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ

Dijawab dengan: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Lafaz azan: حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ

Dijawab dengan: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Lafaz azan: الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْمِ

Dijawab dengan: صَدَقْتَ وَبَرَرْتَ

Lafaz azan: الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْمِ

Dijawab dengan: صَدَقْتَ وَبَرَرْتَ

Lafaz azan: اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ

Dijawab dengan: اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ

Lafaz azan: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Dijawab dengan: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Kenapa Ada Masjid dan Surau Azan Dua Kali?

Kredit gambar: Flickr

Kalau Mama perasan ada beberapa masjid dalam negeri di Malaysia yang melaungkan azan sebanyak dua kali pada waktu subuh. 

Antara negeri yang melaungkan azan subuh dua kali ialah negeri Pahang, Selangor dan Pulau Pinang. 

Dari Abdullah bin Mas’ud R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ يَمْنَعَنَّ أَحَدَكُمْ ـ أَوْ أَحَدًا مِنْكُمْ ـ أَذَانُ بِلاَلٍ مِنْ سَحُورِهِ، فَإِنَّهُ يُؤَذِّنُ ـ أَوْ يُنَادِي ـ بِلَيْلٍ، لِيَرْجِعَ قَائِمَكُمْ وَلِيُنَبِّهَ نَائِمَكُمْ، وَلَيْسَ أَنْ يَقُولَ الْفَجْرُ أَوِ الصُّبْحُ

Maksudnya: Janganlah azan Bilal menghalang salah seorang dari kamu untuk memakan sahurnya. Sesungguhnya dia (iaitu Bilal) melaungkan azan pada waktu malam dengan tujuan untuk memanggil kembali mereka yang melakukan qiyamullail serta memberi peringatan kepada mereka yang masih tidur. Bukanlah (azan Bilal) itu bererti bahawa telah masuk fajar atau waktu pagi.

(Hadis riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis itu, fahamlah kita sunah seruan azan dua kali adalah untuk memanggil untuk qiyamulail dan membangunkan mereka yang masih tidur agar bersiap sedia untuk solat subuh. 

Amalan Digalakkan Waktu Subuh

Kredit gambar: iStock

#1 Sedekah Subuh 

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, 

‎مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada orang yang suka berinfak.” Malaikat yang kedua berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebinasaan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

#2 Solat Qabliah Subuh (Solat Sunat Fajar)

Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”.

(Hadis riwayat Abu Daud, Muslim dan al-Nasa’i)

Merujuk dari portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, surah atau ayat yang disunatkan untuk membaca ketika solat sunat Fajar adalah surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan al-Ikhlas pada rakaat kedua.

#3 Ayat 1000 Dinar (Surah At-Talaq: Ayat 2-3)

Kelebihan membaca ayat 1000 dinar salah satunya ialah diberikan jalan keluar dari masalah dan kesulitan yang dilalui selama ini. 

Mereka yang mengamalkan ayat ini juga dikurniakan kekuatan iaitu tawakal kepada Allah SWT walaupun dihimpit dengan rasa ragu-ragu. 

Kredit gambar: Mengaji Online

Maha suci Allah SWT yang maha baik Dia akan anugerahkan rezeki dari sisi-sisi yang tidak disangka oleh makhlukNya. 

Beruntunglah orang yang bangun sebelum azan berkumandang kerana dapat menjawab azan subuh dengan lengkap. Semoga kita semua beroleh berkat dalam melakukan perkara sunah di waktu subuh. 


Dapatkan lebih banyak tips, cerita dan panduan keagamaan di SINI.