Apabila diserang senggugut, kita akan merasakan ketidakselesaan dan sakit di bahagian bawah perut atau di bahagian rahim. Rasa sakit senggugut kadang-kala tidak tertanggung dan membuatkan kita mencari cara-cara hilangkan senggugut itu.
Mungkin satu cara masih belum mampu melegakan period cramp yang Mama alami. Disebabkan itu, Mama Siti senaraikan cara hilangkan senggugut dari segi pemakanan, senaman, ubat dan doa.
Mudah-mudahan dengan ikhtiar kita ini boleh membantu meredakan sakit senggugut. Jom kita mulakan dengan cara hilangkan senggugut yang pertama.
21 Cara Hilangkan Senggugut
1. Ubat Tahan Sakit
Makan ubat tahan sakit dan anti radang bukan steroid (NSAID). Contohnya, Ibuprofen dan naproxen.
Perhatian- pesakit gastrik dan alahan aspirin tidak boleh mengambil ubat (NSAIDS)
2. Tuam
Caranya adalah dengan merendam tuala ke air panas, perah air yang berlebihan dan letakkan di bahagian rahim atau belakang badan.
Tetapi cara tadi agak kurang praktikal sebab kena selalu pastikan air sentiasa panas. Oleh itu, Mama Siti cadangkan Mama beli heating bag atau beg tuam.
3. Teknik Pernafasan
Tarik nafas perlahan-lahan dan tahan beberapa saat kemudian hembuskan. Semasa tahan nafas, fokus sepenuhnya kepada pernafasan tersebut. Ia melencongkan minda kita daripada sakit senggugut kepada ketenangan.
4. Vitamin
Vitamin E berperanan dalam sistem imunisasi badan, melindungi hati dan sel dari kerosakan. Ia melegakan kekejangan otot rahim. Contoh makanan kaya vitamin E ialah telur ayam, kacang tanah, avokado dan kuaci.
5. Minum Air Suam
Air suam melegakan tekak dengan sensasi hangat ke seluruh sistem badan. Selain itu, ia membantu melancarkan peredaran darah.
6. Mengambil Suplemen
Sebagai alternatif, Mama boleh cuba makan makanan tambahan atau suplemen. Paling penting, pilih suplemen yang ada magnesium, vitamin D, minyak ikan dan Omega-3.
7. Jaga Pemakanan (Diet)
Untuk menghilangkan senggugut, Mama perlu banyakkan makan buah, sayur terutamanya yang ada banyak serat. Amalkan gaya pemakanan seperti ini walaupun bukan ketika datang haid.
8. Pakai Cloth Pad/ Organic Pad
Faraj perempuan ialah organ yang sangat sensitif. Kadang-kala senggugut mungkin disebabkan oleh bahan kimia dalam tuala wanita semasa proses pembuatannya.
Mama boleh mula beralih ke tuala wanita jenis kain untuk mengurangkan sakit senggugut.
9. Melakukan Senaman Ringan
Lakukan senaman dengan pergerakkan yang ringkas dan perlahan contohnya yoga. Selain itu, jika sakit senggugut Mama masih di kadar yang kurang sakit, Mama boleh buat senaman aerobik. Pastikan gerakannya tidak terlalu ekstrem ya.
10. Mandi Air Panas
Semasa haid, suhu badan kita cepat berubah-ubah. Dari suhu normal menjadi terasa sejuk dan sebaliknya. Bagi melegakan sakit senggugut, Mama boleh aplikasikan alternatif mandi air panas agar dapat meneutralkan suhu badan.
11. Kawal Tekanan & Emosi
Belajar untuk kawal emosi dan stress. Ini tidak bermakna Mama mengabaikannya tetapi Mama menjadi lebih bijak menguruskan tekanan dalam diri.
12. Halia
Tambahkan halia dalam masakan dan minuman. Kalau boleh lebih banyak dari kadar biasa.
13. Urutan
Teknik urutan pun boleh melegakan sakit period cramp. Selain itu, Mama juga boleh amalkan berurut ketika tidak datang bulan oleh tukang urut bertauliah. Tukang urut akan membetulkan kedudukan rahim dan meleraikan simpulan urat badan.
14. Minyak Panas
Kesan minyak panas dapat memanaskan perut dan mengecutkan otot rahim dengan lebih baik. Sapukan semasa Mama sedang datang haid.
15. Minyak Aromaterapi
Memandangkan minyak panas ada sensasi hangat, mungkin Mama boleh cuba kaedah minyak aromaterapi. Caranya sapukan minyak ke bahagian bawah perut dan urutkan.
16. Teh Herba
Masak halia, pinang tua, rumput emas, rumput cengkih padang dan daun pudina dengan air panas hingga mendidih. Kemudian, minum apabila rahim terasa sakit.
17. Air Asam Jawa
Amalkan minuman air asam jawa setiap hari sepanjang Mama datang bulan. Caranya, sediakan satu gelas air dan tambahkan satu sudu asam jawa.
18. Minuman Berkarbonat
Air bergas menyebabkan sakit senggugut bagi sesetengah orang bertambah teruk. Oleh itu, elakkan minuman berkarbonat semasa anda sedang datang bulan.
19. Ais
Ada yang mengatakan bahawa mengehadkan pengambilan ais semasa haid ialah mitos tetapi Mama Siti beranggapan ia sebagai salah satu cara ikhtiar melegakan sakit period cramp.
20. Zikir
Baca zikir dengan tatacara seperti di bawah.
- Selawat – 3 kali
- Al-Fatihah – 1 kali
- Ayat Kursi – 1 kali
21. Doa
Kemudian, terus sambung bacaan zikir tadi dengan doa-doa yang diambil dari al-quran dan tiupkan ke dalam air kosong dan diminum.
- Surah An-Nahl, ayat 65- 3 kali
- Surah Ali Imran, ayat 5 hingga 6- 3 kali
Apabila menghampiri hari-hari datang bulan, kita perlu membuat persiapan dengan makanan yang bervitamin, buah dan sayur.
Selain itu, jangan lupakan gerakan senaman dan cara pernafasan untuk meredakan sakit senggugut dengan kadar segera.
Paling penting, kalau satu cara belum berjaya, Mama cuba pula cara hilangkan senggugut yang seterusnya. Kadang-kadang badan kita dah ‘imun’ dengan bahan-bahan tertentu sebab itu lah tiada tindak balas. Jom baca cara mengatasi period lambat pula!
Ikuti pelbagai tips untuk kesihatan wanita dengan klik SINI.