Sedu bukanlah masalah besar kepada kesihatan manusia tetapi ianya agak tidak selesa dan mengganggu seseorang makan, menyanyi dan bercakap.
Mama Siti kongsikan 17 cara hilangkan sedu melalui pernafasan hingga pemakanan.
Ayuh, kita lihat apa lagi cara yang boleh hilangkan sedu.
17 Cara Hilangkan Sedu
#1 Kawal Pernafasan
Tarik nafas perlahan-lahan dan hembus perlahan-lahan.
Mama juga boleh melakukan ini dalam kiraan lima ketika menarik nafas dan menghembus nafas. Ulang berkali-kali sampai sedu hilang.
#2 Tahan Nafas
Tarikh nafas dan kira satu hingga 10 atau 20 dan hembus nafas perlahan-lahan.
Setiap kali ada sedu dalam masa 10 hingga 20 saat ketika tahan nafas, Mama perlu ulang semula hingga sedu hilang.
#3 Nafas Dalam Beg
Tutup mulut dan hidung Mama dengan beg kertas sambil menarik nafas. Kemudian hembus nafas perlahan ke dalam beg. Cara ini tidak sesuai jika menggunakan beg plastik.
#4 Peluk Lutut
Dapatkan tempat yang selesa dan duduk. Seterusnya, bawa lutut ke dada dan peluk kaki dan lutut Mama selama 2 minit.
#5 Tekanan Otot Diafragma
Lunjurkan kaki ke depan lanjut gerakan bahagian badan ke hadapan untuk memberikan tekanan di bahagian otot diafragma.
#6 Valsalva Maneuver
Caranya sama seperti orang yang meneran meneran kerana sedang membuang air besar. Iaitu keadaan di mana nafas ditahan dan tidak dilepaskan melalui hidung atau mulut.
#7 Tekan Diafragma
Akupresur ialah teknik yang melibatkan titik tekanan pada anggota yang sensitif terhadap tekanan badan. Menekan pada titik ini dapat membuatkan otot diafragma menjadi rileks.
Kawasan yang dimaksudkan ialah bahagian ulu hati iaitu antara dada dan abdomen.
#8 Minum Air, Tutup Hidung
Tutup kedua-dua lubang hidung dengan cara kepitkan bahagian tengah hidung atau bahagian lubang hidung kemudian telan air.
Buat berkali-kali sampai sedu hilang.
#9 Tekan Tapak Tangan
Letakkan ibu jari pada tapak tangan satu lagi. Selepas itu, tekan tapak tangan dengan ibu jari untuk hilangkan sedu.
#10 Minum Air Sejuk
Orang cakap kalau minum air sejuk perlahan-lahan dapat memberikan tindak balas atau stimulasi kepada saraf vagus.
#11 Minum Air Suam
Selain air sejuk, air suam pun boleh hilangkan sedu. Caranya adalah dengan minum air suam perlahan-lahan tanpa henti supaya sedu hilang.
#12 Kemam Kiub Ais
Mama panggil cara ini sebagai teknik ‘effortless’ hilangkan sedu kerana kita hanya perlu ambil kiub ais dan hisap hingga cair.
#13 Kumur-kumur Air Sejuk
Berkumur-kumur dengan air sejuk selama kira-kira 10 saat. Ia merangsang saraf vagus dan boleh melegakan atau menghentikan sedu.
#14 Makan Madu
Ambil satu sudu madu dan biarkan seketika dalam mulut. Sedikit demi sedikit, telan madu tersebut untuk hilangkan madu.
#15 Gula Pun Boleh?
Hanya perlukan secubit gula dan letakkan pada lidah ketika mengalami sedu. Selepas itu, tunggu 5 hingga 10 minit sebelum telan gula itu tadi.
#16 Urut Belakang Leher
Lagi satu cara hilangkan sedu adalah dengan menggosok bahagian belakang leher. Gerakkan ini memberi rangsangan kepada saraf phrenic agar dapat menghentikan sedu.
#17 Alihkan Perhatian
Sedu boleh hilang dengan sendirinya jika Mama tidak memberi tumpuan kepadanya.
Mencuba bermain permainan, membuat kira-kira atau melakukan silang-kata antara aktiviti yang boleh membantu Mama berhenti tersedu.
Walaupun sedu bukan masalah kesihatan tapi bila dapat sedu tu, tetap rasa menjengkelkan sebab susah nak makan, bercakap dan menyanyi.
Mudah-mudahan salah satu dari 17 cara hilangkan sedu ini membantu Mama dalam menjalani aktiviti harian.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Tingkatkan kualiti kesihatan seisi keluarga di SINI!