KelabMama

Cara Hilangkan Sedu Bayi Jika Ia Menyebabkan Ketidakselesaan Pada Si Manja

Kredit Foto: Adobe Stock

Sebenarnya dari kita kecil lagi kita sudah mendapat sedu atau hiccups. Walaupun ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan pada kita, namun ia sebenarnya tidak sama sekali mengganggu si manja.

Malah, ia tidak memberi kesan negatif pun kepada si manja. Lagi menarik, bayi kita boleh tidur dengan lena tanpa gangguan walaupun ketika sedu.

Namun begitu, Mama dan Papa harus ambil tahu segala maklumat mengenai sedu bayi dari segi cara hilangkan sedu bayi tersebut, punca-puncanya dan juga apakah yang harus dielakkan jika bayi sedu.

Apakah yang Menyebabkan Sedu Bayi?

Kredit Foto: Adobe Stock

Sama seperti pada orang dewasa, sedu bayi berlaku disebabkan oleh contractions diafragma bayi yang kecil dan berkembang, otot besar yang melintasi bahagian bawah tulang rusuk dan bergerak ke atas dan ke bawah semasa kita bernafas. 

Walaupun masih belum ada kajian yang sahih mengenai ini, namun contraction tersebut boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara.

Sedu bayi boleh berlaku kerana bayi terlalu banyak makan, makan dengan cepat atau tertelan banyak udara semasa sesi menyusu dan apa sahaja yang boleh menyebabkan perut kembung atau banyak angin.

Ini akan menyebabkan kekejangan di bahagian perut dan seterusnya sedu pada bayi.

Cara Hilangkan Sedu Bayi dengan Selamat

Walaupun sedu bayi tidaklah membahayakan, namun terdapat beberapa cara hilangkan sedu bayi yang Mama dan Papa boleh cuba.

Kadang-kadang ia merisaukan kita sendiri sebagai ibu bapa, walhal ianya tidaklah memberi kesan negatif kepada si manja.

Jangan risau kerana Mama Siti telah mengumpulkan petua-petua penting dan cara untuk menghilangkan sedu bayi.

Klu: Ini ada kaitan dengan “burping”! 

1. Hilangkan sedu bayi ketika menyusu

Kredit Foto: Adobe Stock
Kredit Foto: Adobe Stock

2. Hilangkan sedu bayi yang diberi susu botol

3. Berikan Puting Bayi

Pacifier atau puting bayi juga dapat membantu mengurangkan sedu bayi. Jika bayi Mama sedu secara tiba-tiba (bukan semasa sesi menyusu), Mama boleh berikan puting bayi pada si manja kerana ini dapat membantu menenangkan diaphragm yang akan menghentikan sedu bayi.

4. Biarkan Ia Berhenti Sendiri

Bayi di bawah umur satu tahun, terutamanya bagi bayi baru lahir, amat normal untuk mereka mendapat sedu dan sebenarnya sedu tersebut boleh hilang dengan sendirinya.

Sekiranya sedu tersebut tidak mengganggu si manja, Mama boleh biarkan sahaja dan ia akan hilang dengan sendirinya.

JANGAN Lakukan Perkara-perkara Ini Ketika Bayi Sedu!

Kredit Foto: Adobe Stock

Akhirnya, ingatlah bahawa sedu bayi jarang menjadi perkara yang perlu dibimbangkan. Malah, kajian menunjukkan bahawa sedu atau hiccups ini turut memainkan peranan dalam perkembangan otak dan juga sistem pernafasan si manja. Senang cakap sedu bayi seperti salah satu ‘alat’ yang membantu dalam perkembangan anak kita.

Jadi, Mama tak perlulah risaukan sangat ya. Jika ia mengganggu tidur bayi, Mama boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat atau rawatan khusus.