Ruam susu muncul sebagai bintik merah pada dagu, pipi dan hidung pada bayi yang baru lahir. Manakala pada bayi yang lebih tua, ruam susu kelihatan seperti jerawat putih di muka dan bahu.
Mama Siti kongsikan 25 cara hilangkan ruam bayi secara semula jadi dengan petua tradisional.
25 Cara Hilangkan Ruam Bayi
#1 Lap Muka Bayi
Orang-orang tua cakap ruam susu berlaku disebabkan oleh sisa susu pada muka bayi.
Justeru, pastikan Mama lap muka bayi dengan bersih selepas menyusu. Tak kira sama ada itu susu ibu atau susu tepung formula.
#2 Susu Ibu
Susu ibu adalah salah satu rawatan yang paling berkesan untuk ruam susu bayi.
Ia selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan mempunyai sifat penyembuhan semula jadi.
Basahkan kapas dengan susu ibu dan sapukan pada ruam bayi secara perlahan-lahan. Lakukan setiap hari sehingga sembuh.
#3 Tepung Ubi
Mama boleh buat sendiri di rumah dengan cara membuat bancuhan tepung ubi dengan air sedikit demi sedikit kemudian sapu ke kawasan yang terjejas ruam.
#4 Bedak Sejuk
Bedak sejuk yang Mama biasa gunakan juga boleh diaplikasikan sebagai cara hilangkan ruam susu.
Sapukan pada kawasan yang terjejas setiap kali selepas bayi mandi.
#5 Kelapa Parut
Dapatkan kelapa yang telah diparut. Kalau dapat yang segar lebih baik. Selepas itu, masukkan kelapa parut dalam kain bersih dan olehkan ke bahagian badan yang terkena ruam susu.
#6 Bunga Melati
Bunga melati adalah bunga putih dan beraroma manis juga sering digunakan dalam perubatan semulajadi untuk menyembuhkan penyakit kulit.
Petik bunga segar dari pokok dan gosok perlahan-lahan pada ruam bayi Mama.
Minyak yang dikeluarkan daripada bunga melati bukan sahaja dapat merawat ruam susu malah dapat melembabkan kulit bayi Mama.
#7 Bunga Raya
Dapatkan beberapa kuntum bunga raya dan terus sapukan getahnya pada kulit bayi yang ada ruam susu.
Ulang langkah ini setiap pagi, hingga ruam susu hilang.
#8 Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara sebenarnya mempunyai sangat banyak khasiat. Salah satunya adalah untuk menghilangkan ruam susu bayi.
Caranya adalah dengan meletakkan minyak kelapa dara pada kawasan yang terkena ruam susu. Lakukan sekerap mungkin hingga ruam hilang.
#9 Minyak Zaitun
Selain minyak kelapa dara, minyak zaitun juga boleh digunakan untuk hilangkan ruam susu.
Sapukan minyak zaitun pada ruam sekerap mungkin sama seperti minyak kelapa dara.
#10 Tanah Liat Kaolin
Di antara banyak tanah liat di luar sana, tanah liat kaolin adalah yang terbaik dalam rawatan ruam susu bayi.
Terdapat banyak tanah liat kaolin di pasaran, tetapi pastikan Mama memilih jenama semula jadi dan selamat serta tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.
#11 Kanji Nasi
Masak nasi hingga menjadi bubur. Selepas itu, ambil sedikit dan letakkan di dalam kain nipis. Ikat dan picit sehingga keluar kanji. Air kanji disapu pada ruam susu.
#12 Lidah Buaya
Sapukan lendir lidah buaya pada ruam susu. Jangan lupa untuk keringkan dan bilas dengan air bersih. Terus ulang cara ini hingga ruam hilang.
#13 Ragi
Ambil satu ragi dan sagat hingga dapat hasil yang halus. Seterusnya campur dengan bedak tabur bayi dan sapukan lapisan nipis ke tempat yang ada ruam susu.
#14 Tomato
Cubalah tomato pada bayi Mama sebagai ikhtiar sembuhkan ruam susu. Ia bukan sahaja berkesan pada kulit orang dewasa, kulit bayi pun boleh juga.
#15 Madu Asli
Penting untuk kita dapatkan madu asli kerana ada madu yang dijual dengan bahan tambahan seperti gula dan air.
Mama hanya perlu oles lapisan nipis madu asli ke bahagian kulit yang terkena ruam susu.
#16 Jangan Berada di Persekitaran Lembap dan Panas
Elakkan persekitaran yang panas dan lembap. Sebaliknya cari tempat yang mempunyai berventilasi baik.
Bayi akan lebih selesa dan bayi tidak banyak berpeluh. Jika perlu gunakan kipas elektrik mini apabila keluar dalam cuaca panas.
#17 Bayi Dalam Kesejukan
Sejukkan kulit bayi yang terjejas dengan tuala yang basah atau lembab. Mama juga boleh lap atau rendam dalam air suam.jangan lupa untuk keringkan kulit bayi selepas dimandikan.
#18 Losyen Kalamin
Mama Siti syorkan Mama untuk menggunakan losyen pada kulit bayi Mama selain kawasan sekitar mata.
Losyen ini boleh digunakan jika bayi banyak menangis dan tidak selesa apabila menyentuh kulit Mama.
#19 Jauhkan dari Losyen Tangan
Jika Mama suka menggunakan losyen tangan, mungkin perlu menangguhkan pemakaian losyen sementara waktu.
Ini kerana bayi Mama mungkin mengalami ruam susu akibat tindak balas kepada bahan kimia dalam losyen.
#20 Jangan Pakai Minyak Wangi
Bahan kimia dalam minyak wangi yang Mama gunakan boleh menyebabkan bayi mendapat ruam pada bayi, sama seperti bagaimana losyen tangan menyebabkan kerengsaan.
Khususnya, apabila disembur dengan minyak wangi pada nadi pergelangan tangan.
#21 Elakkan Syampu dan Sabun
Alahan kepada bahan kimia dalam sabun mandi dan syampu boleh menyebabkan ruam susu pada bayi.
Oleh itu, elakkan daripada membiarkan sabun atau syampu menyentuh muka bayi Mama.
#22 Tukar Susu Formula
Sekiranya bayi Mama mendapat ruam susu daripada susu formula, jangan tunggu lagi. Segera lah bertukar kepada jenama susu lain yang lebih sesuai untuk anak Mama.
#23 Elak Cium Bayi Jika Bersolek
Kulit bayi yang sensitif boleh juga bertindak balas secara negatif dengan alat solek seperti bedak, pemerah pipi (blusher), gincu dan maskara.
Elakkan cium bayi sekiranya terdapat bahan solekan pada wajah Mama.
#24 Elak Cium Bayi Selepas Merokok
Merokok bukan sahaja haram mengikut fatwa mufti tetapi ia juga berisiko kepada bayi mendapat ruam susu.
Jika ada pasangan yang merokok, minta mereka basuh muka, basuh mulut dan lebih baik jika tukar pakaian sekali.
#25 Jangan Biarkan Air Liur Bayi Meleleh
Air liur bayi juga merupakan salah satu punca ruam susu. Jangan biarkan sahaja air liur meleleh tapi pastikan Mama mengelap air liur bayi itu.
Ruam susu boleh diubati dengan cara tradisional dan petua orang tua-tua. Namun begitu, kesannya mungkin berbeza disebabkan kadar sensitif kulit bayi Mama.
Mama Siti cuma nak pesan, kalau masalah ruam masih tak sembuh lagi, Mama perlu segera berjumpa doktor dan dapatkan rawatan atau cara terbaik hilangkan ruam bayi.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Tingkatkan kualiti kesihatan si manja dengan membaca perkongsian yang lain di SINI!