Bisul ni benjolan yang pedih dan bernanah pada kulit kita. Bisul boleh menjejaskan banyak bahagian badan seperti leher, ketiak, punggung dan paha. Jadi, macam mana nak hilangkan bisul ni?
Apa Punca Bisul?
Bisul berlaku bila folikel rambut dijangkiti oleh bakteria yang terdapat pada kulit kita. Bakteria ni yang paling biasa menjadikan bisul ialah Staphylococus Aureus yang biasanya terdapat pada kulit dan dalam hidung.
Bisul ni biasanya bermula dari folikel rambut dan secara beransur-ansur boleh menjangkiti dalam lapisan kulit kita. Bisul boleh merebak kepada orang lain juga kalau ada berhubung dengan nanah berjnagkit daripada bisul.
Punca bisul yang lain:
- Jangkitan luka
- Kebersihan yang rendah
- Memakai pakaian yang ketat
- Melecet
- Pendedahan yang kerap kepada beberapa bahan kimia atau kosmetik
- Gangguan seperti diabetes atau alkohol juga boleh meningkatkan kemungkinan bisul yang disebabkan oleh sistem imun badan yang lemah
20 Cara Hilangkan Bisul
1. Air Rebusan Garam
Garam ni dapat membantu merawat kulit seperti bisul kerana keupayaannya dapat mengeluarkan nanah dan mengeringkan proses rawatan.
Senang je caranya, Mama tambahkan satu sudu teh garam batu ke dalam air suam. Then Mama sapukan kain yang direndam tadi dalam air masin suam pada kawasan bisul selama 30 minit untuk setiap beberapa jam ye.
Ini akan membantu untuk memecahkan bisul dan mengalirkan nanah dengan lebih cepat lagi.
2. Kapur Sirih
Mama sapukan kapur sireh ke atas bisul supayacepat kecut. Bila kapur sireh dah kering, Mama sambung sapukan lagi. Mama ulang sehingga bisul tu menjadi kecut.
3. Bawang Putih
Mama ambil seulas bawang putih dan tumbuk sehingga halus. Selepas tu, Mama letakkan dekatatas bisul dan balut untuk elakkan bawang jatuh.
Ini pun Mama ulang sampailah bisul tu mengecut.
4. Beras dan Kunyit Hidup
Rendam segengam beras bersama dengan beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Then, Mama toskan air dan tumbuk beras dengan kunyit hingga lumat.
Selepas Mama dah siap tumbuk beras dengan kunyit tadi, Mama tepekkan pada bisul sehingga kering ye.
Bila dah kering, Mama gantikan pula dengan yang baru. Ulang langkah ni sampailah bisul hilang.
5. Daun Sirih
Cara ni mungkin pelik sedikit. Mama kunyah dauh sirih dan tepekkan pada tempat yang ada bisul tu. Biarkan sehingga kering.
Mama yang tak pernah rasa daun sireh ni macam mana, kalau Mama mengunyahnya akan rasa agak pedas sedikit.
Jadi Mama kena tahan la sikit rasa pedas daun sireh tu ye.
6. Uncang Teh
Uncang teh pun boleh hilangkan bisul juga tau. Mama redamkan uncang teh dalam air panas sehingga kembang.
Bila uncang sudah suam, Mama tekapkan uncang teh tadi ke tempat bisul. Bila uncang teh sudah sejuk, Mama ambil rendam semula sehingga panas.
Mama ulang langkah ni setiap tiga jam.
7. Teh Herba
Teh herba seperti dandelion dan red clover ni dipercayai boleh membantu untuk merawat bakteria yang menjadi punca bisul.
Jadi, kalau ada bisul, minum je teh herba ni untuk membunuh bakteria yang ada dalam badan.
8. Buah Delima dan Daun Lidah Buaya
Kredit Gambar: Majalah Sains
Mama asahkan kulit buah delima yang basah. Selepas tu, Mama campurkan dengan daun lidah buaya. Mama sapukan pada tempat yang ada bisul.
9. Kapas dan Cuka
Kredit Gambar: Lollipop
Mama ambil segumpal kapas dan celupkan seketika dalam cuka makan sehingga semua kapas meresap cuka tersebut.
Sapu di sekeliling bisul setiap malam, biarkan ia semalaman.
Time sapukan mungkin akan rasa pedih sedikit. Tapi kalau tak tahan rasa pedih ni, basuh je tempat bisul yang disapu tadi dengan segera.
Mama boleh ulang langkah ni sehingga bisul kelihatan mengecut.
10. Pucuk Daun Semalu
Mama tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat. Tampalkan di sekeliling tempat bisul.
Mama biarkan sehingga ia kering. Mama amalkan selalu cara ni sehingga bisul hilang.
11. Campuran Madu, Tepung dan Kuning Telur
Kredit Gambar: Rayhanah Madu Kredit Gambar: Cairo Food
Untuk cara ni pula, Mama perlukan satu sudu madu, satu sudu tepung dan satu biji kuning telur.
Mama campurkan kesemua bahan ini sehingga sebati dan sejukkan di dalam peti ais. Bila sudah sejuk, Mama sapukan ke atas bisul dan biarkan sehingga kering.
Bila dah kering, Mama gantikan yang lain pula. Ulang langkah yang sama sehingga bisul tadi mengecut.
12. Minyak Pokok teh atau Tea Tree Oil
Kalau Mama nak tahu, minyak tea tree ini sudah digunakan selama berkurun dah. Ia dianggap sebagai antiseptik, antibiotik dan juga sebagai agen antifungi.
Sapukan minyak pada bisul untuk beberapa kali sehari. Tapi Mama kena ingat ye, minyak ni boleh menyebabkan tindak balas alahan tau.
Jadi, Mama kena stop guna kalau rasa sakit atau bisul menjadi semakin merah.
13. Minyak Semambu atau Neem Oil
Minyak semambu ni mempunyai sifat antiseptik, antibakteria dan antimikroba yang dapat membantu untuk mengubati jangkitan kulit termasuk bisul.
Mama yang nak gunakan cara ni senang je, sapu terus je minyak pada bahagian bisul dan ulang sapu sebanyak tiga atauempat kali dalam sehari.
Oh ye, pastikan Mama mencuci dulu tangan sebelum dan selepas menyapu minyak.
14. Serbuk Kunyit
Kalau Mama nak tahu dalam serbuk kunyit mempunyai sifat anti-bakteria dan juga anti-inflamasi yang cukup untuk membantu meyembuhkan bisul dengan lebih cepat.
Apa yang paling menariknya, selain sapu pada bahagian bisul. Mama pun boleh juga membancuh air kunyit bersama dengan air atau susu dan minum tiga kali sehari.
Kalau Mama nak tambah lagi rasa sedap, boleh tambahkan halia atau lemon dalam minuman juga.
Selain minum, kedua-dua bahan ni pun boleh juga dijadikan sebagai masker dan disapu pada bahagian yag ada bisul tadi.
15. Ubat Salap
Dalam ubat salap ni mengandungi marshmallow atau elm yang melicinkan supaya boleh melegakan keradangan yang disebabkan oleh bisul.
16. Losyen Antiseptik
Mama gunakan losyen antiseptik seperti Cetrimide atau Acriflavine pada kulit yang luka untuk mencegahkan dari jangkitan.
17. Pakaian Ketat
Elakkan diri dari memakai pakaian yang ketat ye. Sebab pakaian yang ketat ni boleh menyebabkan kita banyak berpeluh.
Jadi peluh yang banyak ni menyebabkan banyak bakteria ada pada tubuh badan kita.
18. Jangan Menggaru
Jangan menggaru pada bahagian bisul. Kulit yang terluka akan menyebabkan bakteria punca bisul masuk ke dalam kulit.
Mama kena sentiasa pantau kalau anakanak yang naik bisul. Selalunya mereka suka menggaru kerana tidak tahan gatal.
Jadi, Mama kena sentiasa perhatikan mereka ye.
19. Mencuci Bahagian Bisul
Kalau bisul sudah pecah, Mama kena cepat-cepat bersihkan. Terutamanya pada bahagian yang tersentuh dengan nanah dari bisul yang pecah tadi.
20. Jangan Picit Bisul!
Ini yang paling penting! Mama kena make sure jangan picit bisul! Sebab kalau bisul yang pecah atau luka yang terbuka ni boleh menyebabkan jangkitan.
Memicit bisul boleh menyebabkan jangkitan masuk lebih jauh ke dalam kulit.
21. Menjaga Kebersihan
Kita perlu mengamalkan kebersihan diri terutamanya pada kawasan yang senang terjadinya bisul.
Sekurangnya mandi dua kali sehari untuk memastikan badan sentiasa bersih. Bagi yang senang berpeluh atau berada di kawasan yang kurang bersih, gunakan sabun antibakteria ketika mandi ye.
Lakukan salah satu cara atau petua untuk hilangkan bisul ini setiap hari sehingga bisul kering sepenuhnya. Selalunya dalam masa semingu atau dua minggu je bisul akan jadi kering dan cepat mengecut kalau Mama jaga betul-betul.
Kalau cara yang digunakan tak berkesan, Mama boleh cuba cara yang lain pula untuk hilangkan bisul ye.
Kudis buta? Mama Papa kenali apa itu scabies pada anak-anak. Klik di SINI.