KelabMama

Luka Cepat Sembuh! 4 Cara Hilangkan Bengkak Selepas Bersunat Melalui Makanan, Gaya Hidup

Cara hilangkan bengkak selepas bersunat ada empat. Ianya termasuklah melalui makanan, pergerakan, gaya hidup dan pakaian. 

Di sini juga Mama Siti kongsikan tentang tempoh untuk sembuh dan kepentingan bersunat terhadap kepercayaan dan kesihatan.  

Berapa Lama Luka Sunat Nak Sembuh?

Kredit gambar: TudungSiComel.com

Bagi Mama dan Papa yang pertama kali ada anak yang akan bersunat, ini Mama Siti kongsikan bahawa tempoh untuk sembuh adalah kira-kira satu minggu sahaja. 

“Mama, Papa, abang rasa pedih ni”

Apa nak buat kalau anak mengadu rasa sakit selepas bersunat? Baik, pertama sekali ialah Mama perlu bertenang dan jangan panik. 

Rasa geli, sakit, pedih serta ngilu dianggap normal terutama apabila luka sunat tidak sengaja terkena atau tergeser pada fabrik. 

Namun begitu, jika berlaku salah satu dari tanda-tanda berikut dalam tempoh seminggu, dapatkan nasihat dan rawatan doktor dengan kadar segera. 

Tanda bahaya yang perlu diambil serius:

4 Cara Hilangkan Bengkak Selepas Bersunat

#1 Berpantang Makan

Kredit gambar: Van’s Kitchen

Kalau nak anak lekas sembuh dan melakukan rutin seperti biasa, Mama kena pastikan mereka ikut pantang ketika makan. 

Berikut Mama Siti senaraikan makanan yang disyorkan untuk menu makanan anak bersunat:

Paling penting, elakkan anak makan makanan segera, berlemak dan bergoreng kerana ianya boleh mengakibatkan keradangan pada alat kelamin mereka. 

#2 Kurangkan Lasak

Kredit gambar: iStock

Kalau anak masih nak buat aktiviti lasak ketika selesai bersunat, nasihatkan mereka agar kurangkan bergerak untuk mengelakkan anak daripada bentan. 

Jadi, adalah lebih baik untuk anak-anak baring dan berehat sehingga kesan luka bersunat betul-betul sembuh. 

#3 Mandi Dengan Air Mengalir

Kredit gambar: iStockphotos

“Mandi air kolah je lah ya.”

Bukan tak boleh tapi dinasihatkan agar anak-anak yang baru selesai bersunat ini untuk membersihkan diri dengan air yang mengalir. Jadi, galakkan anak Mama mandi di bawah pancuran air dalam bilik mandi atau shower.

Ini kerana jika menggunakan air yang bertakung seperti tab atau jakuzi, ia boleh mengakibatkan alat sulit menjadi bengkak oleh kerana suhu dan kelembapan. 

#4 Pakai Kain Pelekat

Kredit gambar: blog.uniklinik.com.my

Situasi yang sering kita lihat apabila anak-anak selesai bersunat tidak kira apa pun kaedah khatan yang digunakan. 

Pentingnya kain pelekat ini adalah untuk membantu anak-anak melindungi bahagian alat sulit yang dibuang itu tergeser dengan fabrik. Jika berlaku sentuhan antara alat kelamin dengan fabrik, risiko bengkak dan kerengsaan boleh berlaku. 

Anak Lelaki Perlu Bersunat Sebab…

Kebiasaannya kita lihat orang Melayu yang sering melakukan prosedur ini kerana tuntutan agama Islam yang menggalakkan orang lelaki bersunat. 

Dari segi kesihatan pula, bersunat meningkatkan kualiti kesihatan seseorang. Disebabkan itulah, ramai orang bukan Melayu bahkan yang bukan beragama Islam pun mula menjadi perkara ini sebagai norma untuk anak-anak lelaki mereka.   

Kredit gambar: Selangorkini

Ikut 4 cara hilangkan bengkak selepas bersunat seperti yang Mama Siti sarankan tadi supaya tak bentan dan cepat sembuh. Jika terdapat tanda-tanda bahaya, cepat-cepat bawa pergi jumpa doktor. Bimbang kalau ada jangkitan pada zakar. 


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan pelbagai informasi dan tips menarik yang lain di SINI!