KelabMama

9 Cara Hilangkan Bau Peti Ais. Remedi Mujarab dan Menyegarkan

cara hilangkan bau peti ais

Bahan-bahan semula jadi, sintetik kimia dan alat elektronik merupakan antara cara berkesan hilangkan bau peti ais yang busuk dek kerana bahan-bahan atau makanan yang sudah rosak. 

Rata-rata barang yang ada di rumah boleh dijadikan sebagai alat menghilangkan bau busuk peti sejuk. Ianya berfungsi dengan cara menyerap bau-bau yang tidak menyenangkan dan kembali menyegarkan aroma peti sejuk. 

Oh ya, Mama tahu tak? Sebenarnya bau busuk bukan hanya disebabkan makanan yang basi sahaja. Penjelasan lebih lanjut Mama Siti ada sertakan sekali termasuklah cara-cara menyegarkannya semula. 

Punca-Punca Peti Ais Berbau Busuk

Apabila peti sejuk mulai berbau, kita bimbang ia akan mempengaruhi makanan yang lain pula. Lebih-lebih lagi makanan yang cepat rosak (perishable). 

Punca bau busuk peti sejuk boleh disebabkan oleh tiga cara. Pertama ialah disebabkan makanan yang tertumpah. Kedua, bakteria dan kulat pada makanan yang telah rosak. Ketiga, terdapat takungan air di celah-celah peti sejuk. 

9 Cara Hilangkan Bau Busuk Peti Ais Supaya Kembali Wangi

#1 Buah Lemon

Kredit gambar: Freepik

Hiris buah lemon atau limau nipis dan letakkan dalam mangkuk. Mama tidak perlu memerah jusnya, hanya masukkan hirisan lemon ke dalam peti ais. 

Teknik ini bertahan selama tujuh hari. Jadi, pastikan Mama tukar hirisan lemon satu kali seminggu. 

#2 Biji atau Serbuk Kopi

Kredit gambar: The Kitchn

Cara yang paling mudah kerana tidak perlu dipotong, dibelah atau ditumbuk. Ambil beberapa biji kopi kemudian taburkan di setiap rak dalam peti ais. Bau busuk akan semakin berkurangan dan peti ais bakal berbau seperti kedai kopi. 

#3 Ekstrak Vanila

Kredit gambar: Kitchn

Sebiji bebola kapas direndamkan dalam ekstrak vanila. Selepas itu diletakkan dalam mangkuk kecil. Biarkan mangkuk tersebut melakukan tugasnya menyerap bau yang tidak menyenangkan dalam peti ais. 

Mama juga boleh gunakan kaedah ini ketika membersihkan peti ais. Pastikan sisa makanan yang tertumpah telah dibersihkan terlebih dahulu sebelum lapkan ekstrak vanila di keseluruhan ruang peti ais.

#4 Bunga Cengkih

Cucukkan beberapa biji bunga cengkih dalam buah limau yang dibelah. Kemudian letakkan dalam peti sejuk. Apabila limau mulai kering, segera tukar yang baru. 

#5 Kentang

Kredit gambar: Freepik

Masalah bau busuk peti ais boleh diselesaikan dengan hirisan kentang. Kentang ialah penyerap bauan yang baik, ia perlu ditukar setiap dua hingga tiga hari sekali.

#6 Refrigerator Deodorizer Fridge Purifier

Kredit gambar: Made In China

Letakkan alat penyahbau elektronik dalam peti ais untuk menyegarkan kembali bau peti ais Mama. Alat ini mampu bertahan sehingga 60 hari apabila menggunakan mod penyegaran bau. 

#7 Semburan Penyegar Peti Sejuk

Kredit gambar: Shopee

Aplikasikan semburan dalam peti ais ketika peti ais kosong mahupun terdapat bahan makanan di dalamnya. Ia juga berfungsi menghalang pertumbuhan bakteria dan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi.

#8 Arang

@needfulitems

I know u can totally relate to this, your refrigerator and freezer absorbing and retaining the smell of food items…. terrible bad odour..Refrigerator deodoriser..Price- 2,500…?To place an order:send a DM.Call/WhatsApp 08138761249/08171147812..?Delivery:Lagos: Next day delivery after payment.Outside Lagos: 2-4 days after payment.We Deliver NATIONWIDE and WORLDWIDE ?#refrigeratordeodorizer #dedorizer #kitchen #home #fridgedeodorizer rizer

♬ Pimpimpim – Boy Spyce ?

Letakkan arang dalam mangkuk dan biarkan dalam peti ais. Untuk kesan ketara, letakkan arang di setiap rak dalam peti ais. 

Kini, terdapat beberapa produk di pasaran yang menggunakan arang sebagai alat menyegarkan bau peti ais.

#9 Serbuk Penaik (Baking Soda)

Isikan serbuk penaik dalam gelas dan letakkan di penjuru dalam peti ais. Serbuk kimia sintetik ini mampu menyerap bau busuk dalam peti ais dengan sangat berkesan.

Benar, suhu rendah memastikan makanan tahan lama tetapi itu tidak bermakna tiada bakteria langsung. Peti ais melambatkan pembiakan bakteria. 

Makanan tertumpah dan takungan air antara punca peti ais berbau busuk. Diharap cara-cara yang Mama Siti kongsikan ini membantu menyegarkan semula bau peti ais di rumah Mama ya. 


Mama nak lebih banyak info tentang tips kebersihan? Klik di SINI.