KelabMama

“Wanginya Anak Mama!” 7 Cara Hilangkan Bau Badan Anak Dari Rumah

cara mengatasi masalah bau badan anak

Mari Mama Siti bantu Mama semua tentang cara menghilangkan bau badan anak-anak. Mama Siti juga suka nak kongsikan petua dan langkah pencegahan bau badan. 

Tujuh cara semulajadi hilangkan bau badan yang Mama Siti hendaklah diteruskan sehingga bau badan anak mulai berkurang dan hilang. 

Petua dan Langkah Pencegahan Bau Badan

Kredit gambar: BukaReview

Kenapa nak susah-susah hilangkan bau badan anak kalau kita boleh kurangkan dan cegah dari awal.  Berikut ialah tiga cara untuk menghalang masalah bau badan berlaku kepada anak-anak.

  1. Ingatkan mereka agar sentiasa pakai pakaian bersih. Jangan pakai semula baju yang belum dibasuh. 
  2. Mandi sekurang-kurangnya dua kali setiap hari. Beri perhatian di kawasan ketiak, alat kemaluan dan anggota badan yang banyak berpeluh. 
  3. Sentiasa pakai kasut yang bersih dan kering.  

7 Cara Hilangkan Bau Badan Anak-Anak

#1 Daun Neem (Daun Semambu)

Kredit gambar: Suara Merdeka

Pertama sekali kita perlu rebus daun pokok semambu dan selepas itu tuangkan dalam air mandian anak. 

Daun neem berfungsi menghilangkan bakteria yang ada dalam peluh anak-anak yang mendorong kepada bau badan mereka.  

#2 Cuka Epal

Kredit gambar: Google

Lakukan rutin menyapukan bebola kapas yang direndam dalam cuka epal ke anggota badan yang kuat berpeluh sebelum mandi. 

Proses ini hendaklah diulang sebanyak dua kali setiap hari sebelum mandi. 

#3 Ubi Kentang

Kredit gambar: Fimela

Salah satu anggota badan yang banyak berlaku perpeluhan ialah di ketiak kerana wujudnya banyak kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin di kawasan itu. 

Cara hilangkan bau ketiak masam adalah dengan menggosok hirisan kentang pada ketiak anak selama 15 minit. Jangan lupa untuk bilas selepas selesai. 

#4 Mandian Jus Tomato

Kredit gambar: Simply Recipes

Cara hilangkan bau badan dengan jus tomato juga antara yang berkesan untuk anak-anak. Mama perlu campurkan dua jus tomato ke dalam baldi mandian. Tunggu beberapa minit untuk sebelum siram badan anak dengan campuran air tadi. 

#5 Sapuan Jus Lemon

Kredit gambar: IndiaTimes

Dapatkan satu sudu jus lemon dan tuangkan ke dalam segelas cawan berisi air biasa. Selepas itu, rendam bebola kapas dan sapukannya pada ketiak anak Mama. 

Biarkan selama 10 minit dan barulah bilas dengan air bersih.  

#6 Mandian Jus Lemon

Kredit Foto: Adobe Stock

Caranya cukup mudah, hanya dengan menambahkan beberapa titis jus lemon dalam air mandian anak. 

Rasa masam buah lemon ialah petanda ianya mempunyai kadar pH yang tinggi. Oleh itu ianya mampu mencegah pertumbuhan bakteria pada kulit anak. 

#7 Rosemary

Kredit gambar: SideChef

Rebus daun rosemary dengan takaran secawan air biasa dan campurkannya dalam air mandian anak Mama. 

Lebih elok lagi kalau anak Mama rendam dalam air campuran itu selama 15 minit selepas itu barulah bilas dengan air bersih. 

Rosemary ialah pokok herba yang mempunyai sifat antikulat dan antimikrob; oleh sebab itulah ia mampu menyingkirkan bakteria pada kulit anak Mama. 

Anak Kecil dan Remaja Selalu Ada Masalah Badan Berbau Kerana…

Kredit gambar: Teman Kodomo

Salah satu penjelasan mengenai perkara ini adalah disebabkan oleh faktor akil baligh terutamanya apabila anak mencapai usia remaja. 

Ianya normal bagi anak remaja tetapi perlu dibimbangkan jika anak Mama yang berusia 3 hingga 8 lapan mengalami masalah bau badan melampau.  

Punca Terjadi Bau Badan

Bakteria yang melekat pada tubuh badan anak-anak ketika mereka bermain dan bersentuhan mula bertindak balas dengan peluh dan akhirnya menyebabkan bau badan terhasil. 

Kelenjar apokrin lah yang bertanggungjawab terhadap rembesan peluh yang disebabkan oleh aktiviti fizikal, rasa takut, bimbang atau tekanan walaupun pada asalnya peluh dari kelenjar ini tidak berbau.  

Kredit gambar: Berkeluarga.id

Mama boleh cuba tujuh cara menghilangkan bau badan yang Mama Siti kongsikan ini. Mudah-mudahan, masalah ini segera diatasi dengan kaedah semula jadi. 

Lihat juga cara pencegahan dan punca bau badan supaya kita dapat membuat persediaan menghadapi masalah bau badan pada anak-anak.  


Bantu anak Mama mendapat kualiti kesihatan tertinggi di SINI!