Walaupun kucing antara haiwan yang dianggap sangat comel bagi kebanyakan orang tetapi, tabiat haiwan tersebut yang suka berak merata itu kadang-kala menjengkelkan juga.
Kalau kucing peliharaan sendiri pun kita marah, inikan lagi kucing jiran. Kita perlu bertindak segera dengan cuba 13 petua halau kucing yang Mama Siti senaraikan di bawah ini.
Ayuh, kita ketahui cara-cara halau kucing dari berak merata tempat.
13 Cara Halau Kucing Berak Merata!
#1 Ubat Halau Kucing
Tahukah Mama sebenarnya memang wujud pun satu produk khas untuk menghalau kucing. Gambar kucing pada pembungkus menandakan ianya ubat halau kucing.
Letakkan ubat ini di kawasan tumpuan kucing berak dan berjalan-jalan.
#2 Air Cuka
Buat campuran air biasa dan cuka dan masukkan ke dalam botol semburan. Semburkan pada tempat yang terdapat najis kucing sebelum ini.
Oh ya, Mama jangan lupa buang dan basuh dulu tempat najis itu ya. Kemudian, barulah semburkan air cuka.
#3 Cecair Peluntur
Semburkan campuran cecair peluntur dan air biasa ke tempat tumpuan kucing berak. Bau dari peluntur membuatkan kucing menjadi tidak selesa.
Nota: 1) Jauhkan dari kanak-kanak dan labelkan botol semburan agak tidak mengelirukan pengguna. 2) Elakkan sembur pada fabrik kerana agak melunturkan warnanya.
#4 Serai Wangi
Kaedah penyediaan terpulang kepada Mama sama ada nak potong, belah, hiris atau potong. Kemudian letak di sekeliling kawasan rumah.
Selain menggunakan pokok serai, Mama boleh menggunakan alternatif dengan membeli produk berasaskan serai wangi.
#5 Limau Kasturi
Memandangkan kucing tak suka bau masam, kita boleh manfaatkan limau kasturi sebagai cara halau kucing.
Caranya hanya dengan perahkan jus limau tanpa campuran air dan sembur di kawasan yang selalu terdapat najis kucing.
#6 Ubat Gegat
Taburkan ubat gegat di tempat-tempat kucing selalu berak. Ubat gegat boleh didapati dengan pelbagai saiz, Mama Siti cuma nak pesan agar Mama berjaga-jaga dengan anak kecil yang mungkin menyangkakan ubat gegat sebagai makanan.
#7 Minyak Tanah
Kaedah halau kucing yang seterusnya dicadangkan untuk kawasan tanah dan berumput sahaja. Tekstur cecair minyak tanah meningkatkan risiko tergelincir jika diletakkan di atas lantai.
#8 Minyak Goreng Ikan
Bila kita curahkan bekas minyak goreng ikan di tempat kucing selalu berak, mereka akan menyangka itu ialah tempat makan.
Bijaknya kucing ini ialah mereka tidak akan membuang di tempat makan mereka.
#9 Belerang (Serbuk Sulfur)
Tabur serbuk belerang di penjuru dinding dan di halaman rumah Mama. Bau dan sensasi panas dari belerang itu dapat menjauhkan kucing dari berak di kawasan rumah Mama.
#10 Lada Hitam
Masukkan dua sudu besar lada hitam ke dalam air mendidih. Biarkan seketika dan tutup api. Apabila campuran air lada hitam mulai sejuk, curahkan di tempat tumpuan kucing.
#11 Serbuk Cuci Pakaian
Letakkan serbuk cuci pakaian di tempat kucing selalu tinggalkan najis. Sebagai tips tambahan, tabur serbuk cuci pakaian ketika panas terik dan angin tidak bertiup kencang agar ia kekal di tempatnya.
Nota: Elak siram air di tempat tabur serbuk pencuci untuk mengelakkan permukaan menjadi licin.
#12 Semburan Air
Tips ini boleh dilakukan ketika Mama nampak kucing dalam proses nak berak. Elok je kucing tu mencangkung, cepat-cepat Mama sembur air.
Mesti kucing serik dan nak berak merata di rumah Mama.
#13 Air Rendaman Cili Kering
Potong segenggam cili kering dan rendamkan. Kemudian, asingkan cili kering dengan airnya. Air itu kita gunakan untuk tuang atau sembur di tempat kucing berak.
Banyakkan bersabar menunggu hasil dari tips yang Mama Siti kongsikan ini. Jaga kebersihan rumah kita dan rumah-rumah jiran sekeliling.
Semoga salah satu dari cara halau kucing tadi berhasil menjadi kecantikan rumah Mama.
Ada banyak lagi tips kecantikan dan kebersihan rumah di SINI!