Haiwan perosaklah yang menyebabkan rumah kita kotor dan berbau. Mana-mana rumah pun akan ada cicak dan yang paling buat kita geram ialah najisnya.
Sudah berbau busuk, mengotorkan dinding rumah pula. Lebih-lebih lagi dinding yang berwarna cerah, lama-kelamaan hilang nilai estetiknya.
Oleh itu, kali ini Mama Siti bawakan khas untuk Mama cara halau cicak dari rumah secara selamat dan berkesan. Jom kita lihat lebih terperinci dalam artikel di bawah.
12 Cara Halau Cicak Serta Merta Dari Rumah (Selamat dan Berkesan)
#1 Ubat gegat
Biasanya ia dijual dalam bentuk bebola dan berwarna. Bau menyengat ubat gegat sangat tidak disukai cicak.
Mama boleh letakkan di dalam almari, belakang perabot dan atas kabinet dapur untuk menghalang cicak bermaharajalela dalam rumah.
#2 Cara Halau Cicak Dengan Gam Tikus
Bukan berkesan untuk halau tikus je tau! Gam tikus ni pun boleh digunakan sebagai salah satu cara halau cicak di rumah.
Manfaatkan gam tikus untuk memerangkap cicak. Cara-caranya adalah dengan:
- Bentangkan kotak pada bahagian dalam dan sapukan gam di atasnya.
- Letakkan kotak tersebut di kawasan tumpuan cicak.
Gam ini sangat kuat kepada serangga dan haiwan perosak. Oleh itu, mana-mana yang melekat pada gam ini akan mustahil untuk meloloskan diri.
#3 Semburan Penghalau Cicak (Lizard repellent)
Terdapat pelbagai jenis semburan yang boleh Mama gunakan untuk membuat cicak menjauhi sesuatu kawasan. Salah satu cara ialah dengan menggunakan semburan di dalam botol atau secara eektronik.
#4 Serbuk Kopi + Tembakau
Campurkan serbuk kopi dan tembakau kemudian gaulkan bersama-sama. Selepas itu, bentukkan seperti bebola dan lekatkan pada pencungkil gigi.
Letakkan di beberapa tempat kesukaan cicak berkumpul. Bak kata pepatah kaedah ini ialah ‘serampang dua mata’ .
Pertama, kita tarik perhatian cicak dengan bau kopi. Kemudian, kita bunuh cicak dengan tembakau.
#5 Serai Wangi
Perbezaan serai wangi dengan serai biasa ialah aromanya yang lebih kuat. Sama ada menggunakan kaedah hirisan atau semburan, kedua-duanya boleh menghalau cicak.
#6 Lemon + Serbuk Cili
#7 Bawang Merah
Cara potong ialah samada potong, hiris atau kisar bawang merah dan letakkan pada tempat tumpuan cicak. Alternatif lain yang boleh diaplikasikan ialah bawang putih yang mempunyai fungsi yang sama.
#8 Cara Halau Cicak Dengan Kulit Telur
Tentang cara dan rupa, terpulang kepada Mama inginkan yang bagaimana. Apa yang penting ialah bau sulfur kulit telur itu menyerupai paruh burung pemangsa. Bahan sulfur juga mengakibatkan kesan melecur pada abdomen cicak.
#9 Jarakkan Perabot di Dinding
Pastikan jarak antara perabot dengan dinding sekurang-kurangnya 10 cm semasa proses menyusun. Cicak suka berlegar-legar di kawasan tersebut.
Jika terdapat banyak cicak di sekeliling rumah, mungkin idea yang baik untuk mengurangkan bilangan hiasan yang tergantung di dinding, seperti cermin dan bingkai gambar.
#10 Cuka + Lada Hitam
Cicak yang menghampiri campuran ini akan merasa kesan panas pada badannya. Cara-caranya ialah:
- Tuangkan serbuk lada hitam dengan cuka
- Masukkan ke dalam botol semburan
- Semburkan di kawasan yang selalu dilalui cicak
#11 Tutup Makanan
Apa-apa makanan yang terdedah dan boleh dimasuki cicak berpotensi menjemput lebih banyak cicak dalam rumah Mama.
Oleh itu, pastikan makan dalam plastik diikat dan tutup sentiasa pastikan makanan di atas meja ditutup rapat.
#12 Lap Meja Dengan Cuka
Sediakan air, cuka, pencuci pinggan mangkuk dan cecair pembasmi kuman (Dettol). Kemudian, campurkan bahan-bahan tadi dengan sukatan:
- 250ml air biasa
- 50ml cuka
- Tiga sudu plastik pencuci pinggan
- Satu sudu Dettol
Paling penting, Mama perlu lakukannya secara berterusan supaya dapat mengurangkan populasi cicak dalam rumah.
Dan jangan lupa untuk patuhi pantang larangnya sekali supaya kesannya lebih ketara. Semoga Mama berhasil menghalau cicak dari dalam rumah dengan salah satu cara yang Mama Siti kongsikan ini.
Ikuti tips dan panduan yang memudahkan kehidupan kita yang lain DI SINI.