KelabMama

10 Cara Halau Belalang Berkesan Di Rumah Yang Praktikal!

Serangan belalang boleh berlaku dengan tiba-tiba. Tanaman menjadi rosak dan daun-daun pokok habis dimakan oleh belalang. 

Mama Siti kongsikan 10 cara halau belalang dengan bahan-bahan organik dan kimia tidak berbahaya agar tanaman Mama tidak dimusnahkan belalang. 

10 Cara Halau Belalang di Rumah

#1 Bawang Putih dan Cili Padi

Bukan drakula saja yang takut, belalang pun lari tau Mama. campurkan satu labu bawang putih bersama-sama dengan 5 biji cili padi dan 500 ml. 

Biarkan campuran bahan-bahan itu selama tiga hari dan saring atau tapis untuk asingkan airnya. Air peraman itu tadi boleh terus disembur sebagai racun mencegah belalang. 

#2 Serai Wangi 

Kredit gambar: Lazada

Binatang kecil seperti serangga selalu tak tahan dengan aroma serai wangi. Sebab itulah ianya digunakan untuk halau belalang. 

Bagi menyediakan air semburan serai wangi, rebus tiga batang serai dalam satu liter air. Apabila sudah sejuk, boleh pindahkan ke botol semburan dan sembur pada tanaman di rumah Mama. 

#3 Asam Keping atau Asam Gelugur

Kredit gambar: eBay

Rebus 10 keping asam keping hingga air mendidih. Apabila air mulai sejuk, tuangkan ke dalam botol semburan yang bersesuaian. 

Cara semburan air asam keping selamat untuk pokok dan tanaman kerana ia tidak akan mengakibatkan lecur daun. 

#4 Bunga Cengkih

Kredit gambar: kokospices.com

Sediakan satu periuk air dan masukkan 15 biji bunga cengkih ke dalamnya. Selepas itu, tambahkan 100 ml air dan hidupkan air dapur. 

Teruskan merebus bunga cengkih hingga air mendidih. Apabila ia sudah sejuk, pindahkan air rebusan bunga cengkih ke dalam botol semburan (spray) untuk memudahkan proses semburan pokok dan tanaman. 

#5 Air Beras

Kredit gambar: Root of Science

Belalang tak suka bau masam air peraman beras yang seperti nasi basi itu. Caranya adalah dengan menyiram air rendaman beras ke atas daun-daun pokok. 

Kaedah ini menghalang belalang dan serangga perosak lain hinggap dan makan tanaman kita.  

#6 Yis, Gula Perang, dan Cuka

Mula-mula Mama perlu sediakan bahan-bahan berikut;

Gaul semua bahan-bahan hingga ianya larut dan sebati. Selepas satu jam, masukkan air campuran itu ke dalam botol dan mulakan semburan halau belalang. 

#7 Kulit Bawang

Kredit gambar: Google

Hampir setiap hari kita akan kupas bawang sebagai persediaan memasak. Kulit bawang itu, Mama asingkan dan peram selama dua hingga tiga hari dalam air. 

Selepas itu ambil bekas peraman kulit bawang dan siram di pangkal pokok iaitu bahagian pukul yang dekat dengan permukaan tanah. 

#8 Pencuci Pinggan Mangkuk (Cecair)

Barang-barang lain mungkin kadang-kala tak tersedia di rumah kita. Tapi Mama jangan risau selagi ada pencuci pinggang, kita masih boleh berusaha halau belalang. 

Bahan-bahan diperlukan buat racun serangga:

Pastikan hanya menyembur tanaman satu kali sehari sahaja terutamanya di sebelah petang. 

#9 Perangkap Belalang  

Tahukah Mama yang belalang boleh dimakan? 

Ya, belalang halal dimakan oleh umat Islam. Kita boleh memanfaatkan keadaan ini dengan memasang perangkap belalang menggunakan botol air terpakai yang bersaiz kecil. 

#10 Racun Serangga

Kebanyakkan racun serangga ada dijual di kedai-kedai dan pasaraya termasuklah medium atas talian (online). 

Selain itu, Mama juga boleh membuat racun serangga organik sendiri di rumah melalui air rebusan cili kering. Kemudian, air rebusan itu dimasukkan ke dalam botol dan sembur di kawasan tumpuan belalang. 

Kredit gambar: Freepik

Racun organik ini juga boleh digunakan sebagai petua halau serangga, kutu dan ulat. 

Elakkan tanaman dan pokok di rumah Mama diserang serangga kecil dan belalang. Selamatkan kebun kecil kita dengan mengaplikasikan petua halau belalang dengan bahan-bahan selamat. 

Kredit gambar: Imbauwan Lalu

Semoga tumbuhan kita tumbuh dengan baik dan serangan belalang pun dapat dielakkan. 


Dapatkan lebih banyak tips tanaman rumah di SINI!